WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, October 16, 2014

Kasih Berbisik

PROMO : KASIH BERBISIK
TV3 - Primeworks & MediaCorp

Kasih Berbisik

Sebuah lagi drama yang melibatkan pelakon yang ternama dari 3 buah negara yakni, Malaysia, Singapura dan Malaysia. Usahasama dari pihak PrimeWorks dan MediaCorp dari Singapura menerbitkan drama yang turut dibintangi oleh barisan pelakon dari Indonesia. 

Berlatar belakang kehidupan dan panorama metropolitan Singapura, dengan keindahan panorama lokasi menarik di Malaysia serta suasana eksotik Bali, Indonesia - menjadikan kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. 

Drama ini berkisar dengan kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang berkahwin dengan Nora. Mereka tiada zuriat kerana Nora tidak mampu melahirkan. Suatu hari, ketika Imran bertugas ke Bali telah menemui cinta hatinya. Sulastri seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri dari pengetahuan isteri pertamanya selama 6 tahun, 

Sejarah Sulastri yang pada mulanya bertunang dengan Dharma telah cuba membunuh diri setelah Dharma ditahan polis. Dalam sekelip mata, cinta nya terhadap Imran berputik dan Imran jatuh hati padanya. Sulastri menerima Imran sebagai suami dan melahirkan bayi perempuan, Eka selepas setahun berkahwin. 

Pada masa yang sama, Dharma telah tekad untuk menuntut haknya keatas Sulastri dengan apa cara sekalipun. Bermula lah dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telah terdahulu mengahwini Sulastri. Bermula dari itu, segala peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam menyusul. Tak sabar rasanya untuk mengetahui, selanjutnya apa yang berlaku ... 

Apa jadi pada perkahwinan yang dirahsiakan dari isteri pertama? Walaupun apa alasan mahupun keadaan nya nanti, pasti timbul konflik antara mereka ye tak... Dari awal cerita nya, penonton dibawa menyelami hati seorang wanita yang telah dimadukan tanpa pengetahuannya. Pasti ramai yang bersimpati... Namun bila melihat konflik kehidupan beristeri dua melanda Imran, hati berbelah bagi. 

Sebenarnya, MakLady mula ikut drama ini dari awal. Jadi macam rasa excited kot nak tahu apa kesudahan kisah mereka ini. Mampu ke Imran menyembunyikan rahsia perkahwinan. Hati isteri yang mana harus dijaga. Apakah tindakan isteri kedua, dalam konflik rumahtangga mereka? Mungkin kah ada agenda disebalik perkahwinan yang meruntuhkan hati wanita lain berlaku diantara Imran dan Sulastri?

Apa akan jadi seterusnya? Tak sabar nak nanti siarannya pada setiap hari Rabu di TV3. Tambah pula bila pelakon yang pegang watak utama drama kali ni, Remy Ishak dan Keith Foo. Paling menarik dengan penampilan Nora Danish dan Tasha Shila. Pelakon lain yang turut sama - Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia.  

1958569_671252719577028_17468073_n.jpg
Para Pelakon dari 3 Negara yang menjayakan drama KB ini
KREDIT : TV3  & EDtvZahidizakariya
JANGAN LUPA SETIAP RABU @ TV3 
JAM 9MALAM - KASIH BERBISIK

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]