Assalamualaikum. Selamat Berhujung Minggu
Bercakap pasal hujung minggu pasti ada majlis yang berlangsung. Sekarang ni, tak perlu tunggu cuti sekolah. Tak perlu nantikan tarikh yang cantik! Especially Kenduri Kahwin ! Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada saja majlis kenduri kahwin dijalankan. Harapan tuan punya majlis meraikan majlis di waktu gini adalah untuk berkumpul ahli keluarga, sedara mara dan sahabat handai - jauh dan dekat. Sama-sama meraikan kebahagiaan mereka!
Seperti biasa, majlis Kenduri Kahwin menjadi Top List jemputan. Bagi mereka yang meraikan pasangan yang baru berkahwin, inilah masa nya untuk bersama memeriahkan majlis.
MakLady pun saban waktu menerima kad jemputan untuk hadiri majlis seumpama. Tak berkecuali dengan jemputan kahwin sempena Cuti Umum dan Musim Cuti Sekolah yang bakal tiba.
Kepada SEMUA yang menjemput... Terima Kasih.
INSYAALLAH akan turut sama meraikan, jika tiada aral melintang.
Hari ini juga dikhabarkan ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Ape tidaknya, bagi pihak MakLady ni pun sudah ada 2-3 jemputan. Datangnya dari kenalan yang anak perempuan bertandang. Rakan kawan sekolah, kahwinkan anak bujang. Anak jiran kahwin kan anaknya pun terima jugak!
Alhamdulillah... Sampai jodoh mereka dan siapa yang paling bahagia selain pengantin kalau tak IbuBapa Pengantin. Tahniah untuk kalian semua :) Lepas dapat menantu, insyaAllah cepat2 dapat cucu - macam MakLady :)
MakLady pun bercadang dengan family untuk hadiri majlis mereka. InsyaAllah sampai nanti, boleh lah bertemu dengan rakan-rakan lain. Kira reunion gak ni bila ke majlis kahwin, ye tak :)
Apa pun, Selamat Pengantin Baru untuk pasangan yang melangsungkan majlis. Doa kami sekeluarga agar hidup bahagia hingga ke Jannah. Moga kebahgiaan keluarga hari ini berkekalan hendakNya.
Kepada ibubapa kepada pasangan, MakLady ingin panjangkan doa agar majlis berjalan dengan lancar dan kalian beroleh keberkatan dari ikatan kekeluargaan yang terjalin.
Aaminnnn...
GAMBAR HIASAN dari album family |
No comments:
Post a Comment