Selamat Pagi 1 Malaysia
Selamat Pagi Semua di mana ANDA berada...
Dah sarapan pagi ke belum ni?
Kalau belum elok la makan pagi dulu sebelum mulakan tugas.
OK ... kali ni MakLady nak kenalkan kepada satu lagi makanan 1Malaysia yang menjadi favourite MakLady - especially for breakfast. No more nasi lemak! Mee goreng atau yang sewaktu dengan nya.
Selalunya bila MakLady hantar anak MakLady training bola, Maklady akan lepak mamak for breakfast. Adakala bila dah jemu breakfast ringkas di rumah, tekak ni ngada2 teringin pulak nak makan breakfast serba ringkas kat mamak. Lokasi of coz la kat kedai mamak yang femes kat area MakLady stay ni.
Lazimnya, Sarapan pagi kalau di kedai mamak ni, rata2 Orgramai paling suka order roti canai dan teh tarik Tapi pada Maklady - tosei is better, dan nescafe tarik always my favie. Lagipun, MakLady tak minat nak order yang heavy2 kat mamak. Tambah pulak tu, roti canai MakLady dah lama tak sentuh. So cukuplah sekadar makan tosei atau capati maupun roti bakar.
Inilah rupanya Tosei Rawa yang garing lagi nyaman :) |
Yerrr...Kalau MakLady sebut Tosei pasti ramai yang tahu atau kenal rupa nya. Tapi pernah tak uolz makan TOSEI RAWA? Haaa.. MakLady leh agak yang ramai lagi yang tak penah lagi rasa. Kalau nak bezakan Tosei biasa dengan si Rawa ni, dia lebih rangup dan "berperisa" helba. Ada berani ke nak mencuba?.. So, apa kata tukar selera dengan order Tosei Rawa pulak selepas ni. Amacam, boleh??
Tosei Rawa ni, tak de banyak beza dari tosei biasa. Rasa dia sama sahaja. Bancuhan tosei diperbuat dari beras yang direndam semalaman dan di blend halus. Jadilah bahan bancuhan perapan untuk dijadikan tosei. Bancuhan dituang dan diratakan lebar atas kuali leper. Kemudian ditaburkan rempah, seperti jintan manis, jintan putih, biji sawi dan biji lada hitam. Ada kalanya akan dicamparkan hirisan cili ke atas tosei rawa yang masih di atas kuali leper tadi. Dibiarkan atas kuali leper tu sampai ianya garing sedikit. Lepas tu, baru letakkan ke dalam pinggan dan dihidangkan bersama kuah dal ataupun sos pudina yang enak.
Bagi mereka yang masih blurr macam mana rupa Tosei Rawa ni, bleh lah tengok gambar kat atas tu. Tosei Rawa ni sedap. Lebih sedap dari tosei biasa. Tpi masih bergantung pada tekak masing2. MakLady suka yang ni dari tosei biasa sebab terasa enak dengan rempah. Paling best bila makan tosei rawa ini, boleh rasa rangup sekali. Tak pulak rasa solid tosei lagi. Garing itu yang buat dia lain dari yang lain. Tak la rasa tosei semata-mata. Cuba la sendiri... :)
*Tosei rawa superb! Mabeles! ada kat NZ Wangsamaju.. ;) *
No comments:
Post a Comment