Bulan Februari adalah bulan ke dua dalam kalender tahun masakini. Ramai yang sambut ulangtahun jugak pada bulan ini. Hari ni juga bermula pada hari pertama, kita warga kota Kuala Lumpur sambut Hari Wilayah. Tahun 2014 tak terkecuali. Selamat bercuti sempena Hari Wilayah.
Pada tahun ni juga kita raikan Tahun Baru Cina pada dua tarikh yang mewakili 2 bulan yang berbeza. Kongsi Raya Tahun Kuda !! Menurut kepercayaan orang cina, Tahun Kuda dikatakan amat baik untuk memulakan kehidupan baru. Ibarat titik permulaan gitew.. Dipercayai tahun kuda bawa Good Start charm.
Sebabnya mungkin kerana tahun ini CNY jatuh pada penghujung bulan Januari dan berkongsi dengan Februari... Mungkin juga sebab kuda mula berlari pantas dan makin laju pada hujung dan sukar berhenti...
Mungkin jugak sebab mengapa kaum cina kata tahun ni bagus untuk memulakan perniagaan atau pun pekerjaan menurut predikal mereka secara mengkaji perihal sifat kuda itu sendiri kot.. Allahualam.
Apa apa pun, pada MakLady harap samada tahun kuda ke, tahun harimau ke, tahun naga ke.. Kita semua kena berusaha untuk kehidupan yang lebih cemerlang dari tahun tahun sebelum ni. Berdoa selalu. Amalkan sikap positif dan jangan berputus asa. Redha dan selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. InsyaAllah sedikit sebanyak bakal ceriakan kita untuk menempuh hari hari mendatang.
Selamat Sambut Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya .
kejap je dah bulan 2 kan. fuuuhh... rasa berdebar-debar je.
ReplyDeletehmm... ye la dah pun minggu pertama bulan 2. adusshh berdebar debar pasal apa plak ni Fyna ;))
ReplyDelete