WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Monday, December 9, 2013

Playboy Itu Suami Aku

Join Get-A-Gift from My Worth Buying Shoppe : Kemungkinan ANDA blogger bertuah. Jom KLIK SINI untuk share your link :)
Playboy Itu Suami Aku
Kredit utk
NOVEL dari Suri Ryana
Playboy Itu Suami Aku
Dah lama ML tak menulis entri bagi kategori Drama Terbaik ML . Kali ni kita bual pasal Playboy Itu Suami Aku. PISA telah mula siaran awal bulan lepas setelah mengganti slot drama yang menerima sambutan luarbiasa dari peminat novel dan penonton drama -  I LOVE YOU MR ARROGANT....Pada mulanya rasa macam malas nak kaitkan PISA dalam blog ML sebab macam tak best jer..macam tak syok jer drama ni... 

Pada mulanya ML tak tahu pun yang drama ni adapsi dari novel. Bila google baru ML jumpa sipnosis pasal drama yang sedang ditonton di slot jam 7 malam setiap hari Isnin hingga Khamis ni. Pada mula nya macam rasa pelik bila tengok tajuk - seakan akan tajuk drama yang penah menjadi favourite ML dlu. Masih ingat lagi dengan " Sebenarnya Dia Suami Saya" ? 

Oklah... apa apa pun, ML tak mo komen pasal PISA sebab ianya telah pun mendapat kritik yang hebat dari penonton yang ramai juga tak berapa suka dengan lakonan teraju penting. Malah ML pun setuju dengan mereka sebab mungkin pelakon baru ini mungkin kena "brush up" skit dan harus pandai menjiwai watak yang diberi. I guess, kami sebagai penonton telah disajikan dengan lakonan yang mantap dari artis yang jauh lebih berpengalaman, so bila tengok cara lakonan yang ala ala drama budak skolah...well, of course la ramai yang tak puashati....

Anyway macam ML kata tadi, tak mo la komen banyak2. Cuma ML nak tengok saja kesudahan cerita PISA ni. Mungkin kot, lepas terima kritikan dari peminat, mereka yang terlibat akan mengambil sedikit pendekatan untuk memperbaiki mutu lakonan di masa akan datang....

Oklah, let's sit back and watch PISA! Sementara tu, kat bawah ni sipnosis yang telah ML perolehi dari hasil google ML mengenai novel Playboy Itu Suami Aku...

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blahmacam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]