WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Saturday, December 7, 2013

Kapsul The Movie



Bermula dari Disember ini, sebuah lagi filem bergenre kan patroitik akan mengambil tempat di persada dunia hiburan dan perfileman kita. Bakal menjadi bualan dan pemerhatian umum. Filem baru yang khabarnya bakal dipertontonkan di perusuk dunia! " KAPSUL THE MOVIE" begitulah tajuk nya. 


Photo: “We have taken what we consider to be the correct attitude. We are not blindly supportive of the U.S. We support the fight against terror, but we also want to stand up for the Muslim countries and the Muslim people who are oppressed,” - Tun Dr. Mahathir
Filem yang lain dari yang lain ini, sebenarnya telah diinspirasikan dari idea Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohammad yang memperkenalkan Wawasan 2020 suatu masa dulu.

Kenapa MakLady cakap ...lain dari yang lain?

Yer laaa...selain berkisarkan pandangan Tun Dr Mahathir sendiri mengenai matlamat yang dipegang untuk Malaysia ketika memerajui Malaysia, kita juga akan disajikan dengan penghayatan semangat oleh anak bangsa kita sendiri. Menurut jalan cerita, Kapsul The Movie ini akan membawa kita kepada merealisasikan serta mempertahankan semangat dan matlamat yang diilhamkan oleh Tun sendiri di mata dunia. Apakah yang ingin diamanatkan oleh anak bangsa yang berjasa ini kepada kita? Kena lah tonton Kapsul The Movie nanti....

Filem Kapsul The Movie diterajui oleh pengarah dan penggiat seni filem yang dikenali, Martias M Ali dan merupakan sebuah lagi filem yang hebat dari produksi Two Tones Sdn Bhd. Sipnosis penuh filem akan MakLady dapatkan melalui Mak Dara dan akan diselitkan melalui entry akan datang. FYI, Mak Dara penulis blog Bicara Mak Dara merupakan isteri kepada pengarah dan penulisan skrip berbakat itu. Oppsss.. kozen sista makLady la tu.. :))


Senarai penuh pelakon KAPSUL yang bakal menjayakan kapsul terdiri daripada pelakun yang berbakat dan telah mencipta nama seangkatan dengan kehendak karactor dalam filem kali ini. Mereka yang terlibat merupakan pilihan pelakon versetil dan berbakat seperti  Faizal Hussein, Dato Rahim Razali, Nad Zainal, Shahruddin Thamby, Rashidi Ishak, Normah Damahuri, Zaidi Omar, Eja dan Adlin Aman Ramli. Malah ramai lagi pelakon yang tidak kurang hebat nya, mengambil bahagian dalam penerbitan filem Kapsul ini. Yang pasti mereka adalah barisan pengiat seni yang dikenali bakal menjadikan filem Kapsul ini dikategorikan sebagai filem yang HARUS TONTON apabila ianya masuk panggung!!


Tak sabar rasanya MakLady menantikan saat itu. Bakal bermula penggambaran di sekitar Kuala Kangsar mulai hari ini. MakLady doakan segala urusan dan perjalanan crew dan para penggiat serta pelakon dipermudahkan. 

 Dikhabarkan pihak penerbit dan pengarah nya Encik Martias telah pun mulakan sessi awal sebelum penggambarannya. Bermula dengan kelas Kapsul "script reading" oleh para pelakon. Seperti yang diberi penerangan oleh tuan pengarah, mereka dilihat tekun memahirkan diri dengan watak mereka. InsyaALLAH dengan adanya komitmen dari para pelakon dan crew yang terlibat , MakLady percaya filem Kapsul The Movie ini bakal menjadi sebuah filem yang menjadi kebanggaan kita semua. 

 
Jom kita sama2 memberi kerjasama dengan menyokong Filem Kita. Kalau bukan kita, siapa lagi??

* Foto-foto diatas adalah milik pihak penerbitan dan koleksi dari akaun FB milik filem KAPSUL THE MOVIE . Kredit kepada tuan penerbit dan admit page filem Kapsul The Movie @ FB

Untuk mengetahui mengenai filem Kapsul The Movie ni, sila lah berkunjung dan jangan lupa LIKE acc page filem Kapsul The Movie ni sekali :))

Join Get-A-Gift from My Worth Buying Shoppe : Kemungkinan ANDA blogger bertuah. Jom KLIK SINI untuk share your link :)

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]