WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, August 15, 2013

Istimewanya Kek Aidil Fitri 2013

Masih lagi cerita pasal RAYA...

Kali ni, ML nak share dengan korg tentang suatu yang istimewa beraya di sini. Bukan nak bercerita pasal keriangan bersama keluarga lagi. Sebab ML percaya korg punya raya lagi best! Lagi menarik! Lagi seronok sakan :)) Betul tak? 

Serupa je dengan kami. Sambutan raya lalu dah pun ML cerita kan pada entri sebelum ni. Dari awal persiapan hingga lah pagi raya. Selain dari juadah pagi raya, persediaan juadah dan suasana raya terasa seakan lazim cuma tahun ini, kami berkumpul bersama2 di rumah Erin dan suami. Excitement nya lebih sebab inilah kali pertama ML beraya bersama anak menantu.

Pada yang tak tahu mcm mana kami sambut Ramadan dan Syawal di Labuan, boleh lah jengah entry ML yang lalu. Yang menariknya, ML berkesempatan menyediakan juadah dan menziarahi teman2 anak menantu MakLady yang rata2 berasal dari Semenanjung. Taklupa juga kunjungan MakLady ke rumah kenalan orang Labuan bagi mengenali lebih dekat budaya beraya di sini.

Menziarahi rakan di sini, sempena Aidil Fitri sama saja. Masih ada rendang, masih ada ketupat cuma tak la lazim bagi orang di sini dengan masakan orang kita. Masakan tempatan yang dihidangkan menyelerakan. Begitu juga dengan juadah kueh mueh. Seperti di Semenanjung, biskut raya juga dihidangkan walaupun mereka lebih kepada KEK. Membezakan hidangan raya di sini lebih kepada pilihan kek yang superb sedap rasanya. Seperti yang diketahui umum, resepi kek yang sedap pastinya dari sini. Kek lapis dan kek kukus menjadi pilihan.

Inilah salah satu, kemeriah yang jarang kita saksikan di Semenanjung. Setiap rumah yang MakLady kunjungi (locals) menghidangkan bebagai jenis KEK. Seluas meja makan, tuanrumah menjamu tetamu dengan hidangan kek kek yang rata2 adalah kek Lapis dan kek Kukus!! 

Beberapa jenis kek yang dapat kami nikmati ketika
berkunjung ke rumah kenalan di Labuan...
MakLady dapat melihat dari budaya orang tempatan lebih kepada citarasa terhadap kek lebih dari biskut raya. Itulah istimewa nya beraya di sini. Pada penggemar kek, pasti tak lepas peluang utk merasa berbagai jenis kek dan perasa yang dihidangkan. Lagi menarik antara kek ini dimasak atau dikukus dalam jangkamasa yang lama. Ada tu, sampai lebih dari 24 jam pun ada! Kalau ditanya pasal RASA - perrgg susah gak MakLady nak terangkan keenakan kek tersebut. Tapi pada MakLady secara peribadi - tak penah lagi MakLady rasa kek yang sesedap kek kek dari resepi tempatan ini di mana pun MakLady merantau.

Seperti yang juga diketahui bahawa kek2 dari Sarawak maupun Sabah ini, merupakan resepi kek org di sini lebih kepada hidangan kek sebijik sebijik!! (macam gambar di atas) Seriously, kek yang hebat dan mewah citarasa. Pada mereka yang pernah merasa kek kek dari sini pasti setuju dengan pandangan MakLady. There's no other cakes can match the richness and deliciousness of these cakes made by Sabahan and Sarawakians. Thats for sure!!!  

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]