WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Friday, August 16, 2013

Indahnya Bergaya Di Aidil Fitri

Jauh berjalan Luas pandangan....

Mungkin inilah kebenaran perpatah Melayu bila bercakap pasal pengalaman ketika berada jauh merantau...
Mungkin dengan ini, juga kita akan kenali budaya orang lain (di tempat kita kunjungi) walau dimana maupun dalam apa jua situasinya.

Pengalaman beraya di sini - walaupun sekadar pandangan kasar dan pengalaman ML yang berpeluang beraya bersama kluarga pada Aidil Fitri kali ini, atleast dapat juga berkongsi bersama pembaca di entri seterusnya. Semuanya sebgai tanda kenangan ketika diperantau.. ;))

Maksud ML wlupun beraya di tempat orang rasanya takde beza sangat la klu nk dibandingkan. Malah secara jujur kemeriahan beraya di Labuan ni sama saja. Cuma bezanya mungkin, boleh dikatakan lebih meriah dalam beberapa situasi. ML cakap mcam ni bersandarkan pengalaman yang ML sendiri lalui ketika berada di sini - Labuan. Frankly, apa yang nak ML kongsoi, jarang2 kita dapat lalui jika beraya di Semenanjung. Ini yang ingin dikongsi sebagai suatu yang menarik tentang budaya rakyat kita.

Perkara ini turut menarik perhatian rakan2 yang pernah merayakan Aidil Fitri di Sabah maupun Sarawak. Pasti ada yang setuju dengan ML bila - berpeluang braya di Labuan ini, dapat merasakan perbezaan nya....
Nak tahu ape dia?

Salah satu yang menarik TENTANG AIDIL FITRI di sini, adalah budaya bergaya ketika sambut Syawal ...
File:Baju Melayu.jpg
Segak Bergaya Sepanjang Syawal menjadi budaya yang
menarik perhati MakLady ketika beraya di sini

Photo sekadar Hiasan : Kredit dari
http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Baju_Melayu.jpg
Sepanjang beraya di sini, MakLady perhatikan gaya berpakaian org sini, semasa beraya amat meriah dan menarik. Yang lelaki nya berpakaian lengkap baju melayu dengan bersongkok dan bersampin tampak segak bergaya. Kaum wanita nya pula dengan fesyen terkini. Sungguh ceria bila melihat mereka bergaya dengan baju raya. Mungkin ini biasa pada kita. Tapi ADA LAGI yang menarik pasal budaya beraya ini... 

Mereka (the locals) sentiasa berpakaian lengkap baju melayu ketika berkunjung. Bukan setakat pada hari raya pertama tetapi suasana raya masih terasa walaupun pada raya ke dua atau ketiga. Suasana begini jarang sekali terlihat kalau beraya di KL. Tak tahu lak ML klu ada terlepas pandang. 

Malah inilah unik dan istimewa nya beraya di sini ! Pada ML, barulah kita rasai suasana RAYA. Kat mana kita pegi - keriangan Raya masih terasa!! Lain nya di Semenanjung - orang lelaki kita akan berpakaian begini bila pagi raya. Jarang kita nak tengok yang mereka berpakaian lengkap baju melayu lengkap dengan sampin sepanjang hari.

Kalau ada pun, mungkin segelintir sahaja yang akan mengenakan baju melayu lengkap ketika menerima tetamu maupun berkunjung. Masih ML ingat lagi ketika beraya di Kuching dulu, orang lelaki mereka berpakaian melayu lengkap seminggu - 7 hari 7 malam!! Seronok dan meriah di hati bila melihatkan suasana raya sebegini. Baru lah terasa keseronokan nya beraya... :)) Tak gitu??

1 comment:

  1. aah..betul la ML
    yumida org swak
    klo pg berziarah..kompom pakai baju melayu klo lelaki la
    teringat dgn keenseman my hb pakai bj melayu n bersongkok..ooops...kikiki

    jemput baca & komen entry yumida ni ML:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]