WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, June 27, 2013

Teduhan Kasih pulak..??

Assalamualaikum :)

Kebelakangan ni, makin hebat sungguh fenomena melanda peminat drama bersiri. Mana tidaknya, sana sini dok dengar cerita pasal drama itu...drama ini... Dari tajuk itu ke tajuk ini. Satu demi satu drama bersiri ini menjadi perhatian dan berjaya menyesatkan....ehhh bukan sesat tapi terjebak ~! hokeeeyyy....

Itulah dia, penangan drama yang mengheret MakLady terjebak ~! Nak tahu drama yang membawa MakLady ke dunia mereka, boleh je jengah kat KLIK KAT SINI

Malah bukan MakLady sahaja tapi RAMAI lagi kat luar sana yang terjebak! hehehe Tengok je la dengan entry MakLady semalam, pasal episod akhir Cinta Jangan Pergi. Peminat setia lagi tegar pun turut mengaku akan tahap gaban mereka terhadap drama2 ini.

In fact HARI NI, MakLady nak share plak dengan satu lagi drama TERhangat - lagi hangat dari bahang kesan kebakaran kat Riau, Indonesia tau. Apa lagi klu bukan drama lakunan jejaka idaman SeEntero Malaya terkinii, Adi Putra! - Teduhan Kasih ~ 

Siapa tak pernah dengar maupun tengok drama Teduhan Kasih ni? - rasanya rugi teramat rugi ..sebab nya, selain dari kesegakkan Papa Ehsan, sifat tenang dan macho si bujang, telah berjaya mencairkan hati penonton. Drama ni jugak menampilkan pelakun yang super duper hebat dan talented. Adanya watak meroyan baban mcm Ayu dan Along! Memang meriah laaaa...Jalan cerita makin mendapat perhatian. Mungkin juga sebab perangai meroyan ke dua nya, insyaALLAH mampu meraih award " Meroyan Gaban Sedunia" !! Itulah dia, kekuatan TK yang saban hari dinanti, mulai jam 7malam - Isnin hingga Khamis di TV3.

Setulusnya, jalan cerita TK pada mula mengisahkan crite silam, Ifa - anak perempuan tunggal dari perkahwinan kedua. Amat sedih bila dia diperlakukan mcm orang gaji oleh ibu tiri dan kakak semata2 taraf sebagai anak kepada perampas kebahgiaan keluarga mereka. Konflik demi konflik dipaparkan dengan pengajaran dan teladan. Segala sikap hasad dengki, dendam, maki hamun, sumpah seranah menjadikan gadis sekuat Ifa makin redha dengan ketentuan hidupnya..

Naik Geram bila tengok kerenah MakTiri yang tiptop meroyan sampai kan hidup Ifa yang 'ladylike' persis Wanita Terakhir Drama Melayu, hidup dalam kesengsaraan. Sehingga lah dia bertemu dengan Prince Charming - sape lagi kalu bukan Suami Tercinta :p Diawal perkahwinan, semua nya indah. Namun langit tak selalu cerah bila sang suami telah digoda oleh rakan baik sendiri..Ohhh tidakkkkkk...sanggup kan si kawan tu cantas suami kawan baik sendiri??

Segala indah musnah sekelip mata. Dari seorang isteri, Ifa terpaksa hidup sendiri kini. Telan sengsara, meniti kehidupan dengan kandungan yang kian membesar mmg la seksa. Apa yg lagi sedih, Ifa tetap menjadi bahan cerca dan kebencian ibu tiri nya sehinggakan dibiarkan melahirkan seorang diri..:(( Apa yang dilalui semasa kecil hinggalah setelah bergelar isteri amat memedihkan. Sehingga lah diselamatkan oleh jejaka kaya. Dari sini, bermula lah kehidupan Ifa yang bahagia disamping kehadiran Adam.

Tapi wait yer... ! Kebahagiaan Ifa mmg lah terjelas. Tapi apa kah kehidupan bersama Adam dan kehadiran Ehsan, menjanjikan kebahgiaan yang dicari Ifa? Mampu kah kebencian mengubat rasa kasih dalam sekelip mata? Apakah Ehsan menemui kasih yang abadi dalam Teduhan Kasih .....

Jommmmmm tonton episod yang mendebarkan di penghujung episod minggu depan ~!!

Salam Teduhan Kasih buat semua peminat Adi Putra ~! pewwiitttt ;))
Pelakun yang menjayakan TEDUHAN KASIH

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]