WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Monday, June 3, 2013

Cinta Jangan Pergi


Haiii.. haiii...
Assalam Semua.. 
Salam Pagi Isnin

Mulakan hari Isnin anda dengan senyuman :))

How was your weekend?
My weekend lately, lebih meriah. Nak tahu kenapa? 
Salah satu nya, sebab keriuhan anak2 yang balik bercuti dan kesibukan melayan kerenah dan menemani mereka bercuti.... Walau bagaimana pun, setiap hujung minggu MakLady ditemani oleh si dia. Sape lagi kalau bukan Cinta Jangan Pergi ...:))

Photo: Cinta Jangan Pergi..

Drama ini ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8:30 malam di TV9..Cinta Jangan Pergi dibintangi oleh Remy Ishak, Tiz Zqayah dan Nadiya Nisaa, disamping pelakon lain seprti Josiah Hogan, Ramona Zamzam serta Kartina Ayob.

Sinopsis : Sinopsis Cinta Jangan Pergi

Kisah ini berkisar mengenai perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya dan Kalil, dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalinkan cinta sejak bertembung dalam perjaanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.

Tetapi Lea akhirnya membenarkan Kalil menjelajah bersama-samanya dan sejak itulah bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil. Apakah kesudahan janji cinta di antara Lea Soraya dan Kalil?
Ramai yang tonton drama TV9 kali ni sebab ada abang Remy Isyak, ada Tizz, ada Nisya !! ...katanya. Ini fenomena baru - Ramai yang setuju dengan MakLady : ) Selain itu, ada yang minat sekadar watak2 yang menjayakan drama slot jam 8.30 malam setiap Sabtu & Ahad ni. Seperti drama bersiri Nur Kasih, Khabir Bathia berjaya mengarah sebuah drama yang menyentuh perasaan dan tidak keterlaluan jika MakLady kata - menonton drama arahan Khabir Bathia seolah melihat diri kita sendiri berada di layar. Belayar bersama  realiti kehidupan kita! 

Secara realiti, apa yang dipertontonkan dalam drama masa kini telah pun berlaku atau pernah berlaku di dunia nyata. Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Segalanya takdir dan kita mampu utk menentukan takdir dengan berusaha kearah itu. 

Takdir menentukan keduanya, KALIL ( Remy Ishak) dan Lea Soraya (Tizz Zaqyah) bertemu ketika bercuti di Eropah. Sebagai sepasang kekasih yang bertemu secara tidak dirancang menerima kehadiran cinta sebagai takdir dah jodoh mereka. Janji akan sehidup semati dan taat setia menjadi kekuatan cinta mereka. Walaupun kasih sayang mereka diibaratkan "Made In Heaven", namun ketentuan ALLAH swt tidak siapa pun dapat menjangka. 
Pertama kali Mak Lady melihat poster iklan ini, di tepi
highway Lebuhraya KL - Seremban .... 
CINTA mereka diduga dengan kehilangan Kalil dalam kemalangan ketika pulang ke Malaysia untuk melamar Lea Suraya. Mereka sangkakan Kalil dah mati, tapi Lea tetap setia mengharap dan berusaha mencari Kalil. Tetap menanti serta percaya yang Kalil masih hidup. Teman baik dan ibu menyakinkan sebaliknya dan mengharap Lea teruskan kehidupan tanpa Kalil. Demi janji yang dikatakan di saat bersama dulu menguatkan semangat Lea untuk terus menanti Kalil kembali menunaikan janjinya. 

Masa terus berlalu, Kalil tidak muncul2 pun. Lea terdesak dengan keadaan, apabila muncul Hud (Josiah Hogan), seorang Doktor yang jatuh hati pada Lea. Dengan segala usaha dan yakin, akhirnya Lea redha dan menerima Hud. Mereka pun bertunang....

Apa yang berlaku seterusnya? ....
Berjaya kah Lea menerima takdir yang menanti mereka? Mempertahankan CINTA Kalil bakal menguji   setiajanji yang dimeterai? Atau Mampukah Lea menyintai insan yang dikasihinya seperti nyawa nya itu, sedangkan ada insan lain yang mungkin terluka? 

Suspen MakLady~! Menanti minggu depan akan kesambungan episod seterusnya hingga tamat~!! 

2 comments:

  1. KA x sempat nak follow lah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA ..ada masa tengokla drama tu kat tonton.com

      Delete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]