Assalamualaikum
Terutama peminat setia
Remy Ishak & Tizz Zaqyah
Remy Ishak & Tizz Zaqyah dalam CINTA JANGAN PERGI |
Dah lama dah kita tahu yang mereka berdua ni -
NO longer BerKasih atau berCinta ~!
Tapi apa yang diharapkan oleh keduanya adalah.....
CINTA JANGAN PERGI ?
Actually, MakLady tak selesa nak "sohseh" pasal kisah peribadi mereka. TAPI izinkan MakLady mengimbas keindahan cinta "sepasang kekasih" yang terbukti WOWWW ini...!! As I saw them from their movie & drama, It was a REAL thing! Real feeling of loving couple! Seolah olah kita melihat kecintaan mereka amat ikhlas dan tulin! MUNGKIN itu jugalah yg membuat mereka tertarik pada masing2 lalu bercinta sebelum ini??
Apa yang Pasti - ramai yang akan setuju dengan MakLady - yang Tizz dan Remy sememangnya pasangan kekasih yang secucuk walaupun di dalam drama ~ Buktinya, drama Nur Kasih meletop Uolz !! Korg tentu masih ingat drama NUR KASIH yang memperlihatkan kemesraan mereka sebgai mana kehendak skrip itu sendiri. Keserasian dan didorong dengan hadirnya Bunga Dalam Taman ketika itu pula, sekali gus mewujudkan kemesraan yang tulus ikhlas. Fenomena Nur Kasih yang berjaya memikat hati penonton dan peminat mereka terus jatuh hati dengan hubungan itu.....
Setelah menonton drama terbitan TV9 kali ini, MakLady dapat melihat - masih ada keserasian atau chemistry antara mereka. Masih jelas terpancar. Masih segar. Memang menjiwai sungguh! Seolah mereka bukan sahaja berkasih sayang malah merealisasikan jiwa dan perasaan masing2 menyusuk ke jiwa kita... .
Ewwwaahhh... dah macam pakar hubungan plak MakLady ni kenn....ha ha *Cuma MakLady tak pasti samada ketika penggambaran drama CINTA JANGAN PERGI ini, mereka masih ON atau tidak....
Seperti manusia biasa, mereka merancang tapi ALLAH swt yang menentukan. Walaupun kini mereka tidak lagi bersama nescaya sedikit sebanyak bila menonton drama tersebut, terdetik juga dihati mereka akan memori indah bersama... Mungkinkah selepas episod malam ini... Remy akan ucapkan kepada Tizz - seperti watak Kalil mengungkap kata kepada Lea tadi dalam Cinta Jangan Pergi...?? * Itulah sajian kecintaan yang ingin diperlihatkan dalam drama 26 episod yang menjadi pilihan MakLady saban minggu ....*
..."Cinta kita bukan lah cinta semusim. Kita ditakdirkan untuk bersama selamanya..."
HHmmmm....Manalah tau - jodoh itu kan Rahsia ALLAH swt. huhuhu
(maaf jika kenyataan MakLady ini akan buat pihak2 diluar sana tak senang hati. Namun apa yg MakLady harapkan, ianya tidak diambil kira secara serius kerana ini adalah pandangan MakLady semata2. Tiada apa niat kecuali mendoakan yang TERBAIK UTK mereka. Doa MakLady agar keduanya - sukses sbb kedua2nya my Favourite !! love uolz :))
(maaf jika kenyataan MakLady ini akan buat pihak2 diluar sana tak senang hati. Namun apa yg MakLady harapkan, ianya tidak diambil kira secara serius kerana ini adalah pandangan MakLady semata2. Tiada apa niat kecuali mendoakan yang TERBAIK UTK mereka. Doa MakLady agar keduanya - sukses sbb kedua2nya my Favourite !! love uolz :))
No comments:
Post a Comment