WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Tuesday, April 3, 2012

7 Petala Cinta

7 petala cinta watch online


Yee..tak silap baca la tu,,,

Bukan 7 petala bumi...7 petala langit...

tapi kali ni, kita disajikan 7 Petala Cinta. Sbuah filem yg penuh dgn keindahan Islam sebenarnya dlm mencari CINTA yg dituntut. Dari apa yg MakLady baca ttg movie berunsur Islamic ni, ramai yg suka dgn jalan cerita. Ye la.. klu tgk gambar kat iklan ni, macam ala2 DAKWAH semata2. Tpi bila dh tgk cerita dia, MakLady puashati dgn jalan cerita dan bakat2 pelakun yg berjaya membawa watak mrk ke dlm cerita ni.

Wlaupn ada sedikit "hiccups" sana sini - klu ditelitikan dari sudut logika...filem itu sendiri. Tapi buat apa nk pertikaikan semua tu. Kita mana boleh nk bawa segalanya dlm dunia filem. Realiti pn mana ada yg PERFECT!! Tak heran la nnti ...pasti mulut2 atau jari2 yg bakal membawa cakap2 blakang lepas tonton 7PC. 

Namun, MakLady nk puji la pihak berusaha dlm pembikinan filem sebegini. Kerana BERANI bawa filem mcm ni kpd penonton...  Tpi mcm biase.. ADAT MANUSIA. Mana penah nk puas hati dgn kejayaan org lain. Wlu baik & bagus sekali pn, pasti ada yg tak puashati. Yg penting tak melanjar etika dan hukum syarak agama sudah.....

X gitu.... ?? ;))

Kpd mereka yg blum saksikan filem 7 Petala Cinta ni, elok2 la p tgk~! Klu panggung dh xde, p la dload kat internet...~!! Klu xdak gak...CUKUP la sekadar baca sipnosis dia, kat bawah ni.....

Sinopsis: Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]