WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, March 1, 2012

Oh "Vanilla Coklat" ku...


 Sejak mula ditontonkan pd Disember tahun lepas, melalui slot Lestary @ TV3, MakLady dh mula tertarik utk tonton drama bersiri ni.... 



Tengok jalan cerita dia pn, dah rasa MACAM BEST jer.... so dari awal episod sampai lah nk akhir2 ni. Temujanji dgn Amir & Zara tak penah MakLady hampakan....


Im sure ramai peminat mrk ni akan setuju.... klu MakLady kata, cerita ni mmg syok utk semua lapisan. Bukan saja remaja malah org yg dah senja mcm MakLady ni pn masih berpaku depan tv setia menunggu kisah2 romantik remaja cam ni.... Ye laaa..asyik disajikan dgn drama2 stereotype je BOSAN gak~! Sekali skala kita di bawa ke dunia yg romantik ala2 muda remaja ni ... BEST gak...huhu...(jgn jeles...MakLady mmg punya jiwa muda - bak kata org hati mau muda sentiasa baru ceria hidup ~!! ) 


So klu korg nk rasa ceria selalu, kena la join mrk dlm watak2 "Vanilla Coklat" sbb bukan saja si Amir & Zara nya gelagat menceriakan hari Selasa kita tapi kita pn mampu tersenyum dgn kerenah ibu bapa mrk. Mungkin kehidupan keluarga dan hubungan suami isteri yg dilalui oleh 2 kluarga ini, ada persamaan dgn kehidupan seharian kita...


Kalau tak caya, jom kita sama2 tonton kisah seterusnya minggu ni.... (For yr info, dh masuk episod 11 dah skrg ni... kira dh nk habis dah tak lama lagi.....) Oh im gonna miss AMIR & ZARA ....Im gonna miss VANILLA COKLAT!!!


Sinopsis Vanilla Coklat:

Kisah ini mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, (Nabila Daly) rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah kekasihnya. Sering berkepit dengan Aamir agar dilihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang kasar tapi "berlakun" dgn bersifat lemah lembut agar dpt rapat dgn Aamir. Bercita2 utk berkahwin dengan Aamir, anak Dato' lagi kaya. Zara anak seorang doktor, rapat dgn Kamal (Iqram Dinzly) yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi. Kamal suka dengan Zara. Tapi Zara lebih suka tumpu pd pelajaran.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka bahagia sebagai pasangan suami isteri.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Apabila mereka mengetahui akan perkahwinan Aamir & Zara, mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus menghukum Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa. Menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa tetap tidak mengizinkan Zara dan Aamir bersama kembali. 
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka? 
Hmmmm.....suspen kan....???


Issskkkk....tak sabar rasanya MakLady nak tahu kesudahan cerita ni...
Jom kita tonton sama2...Vanilla Coklat lakunan hebat ~ Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi & Liza Abdullah.



*gambar2 di atas kredit kpd produksi Vanilla Coklat*

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]