Seperti biasa, puasa dikongsi bersama dgn bonda, anak2 dan rakan2. InsyaALLAH, dgn izin Allah juga mohon agar Kau sempurnakan puasa ku sepanjang Ramadhan. Permudahkan puasa ku di siang hari. Rahmati serta bersyukur dgn hidayah dri ALLAH swt. Moga dipelihara PUAsA ku dgn ganjaran yg dijanjikan... amin....
Kepada semua, jgn malas berpuasa k..nnti xmo kasi duit raya.. :))
tapi...seblm mula berpuasa nnti, jgn plak lupa baca niat puasa.
(bagi yg xtau - atau xreti nk baca niat puasa, boleh rujuk :>)
Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:

Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”
Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala
----------------------------------------------------------------
Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):

Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).
Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
No comments:
Post a Comment