Inilah dia yang dinamakan bersahabat. Tak kira usia mereka bertemu atas nama sahabat.
Begitu juga dengan geng motor milik sahabat baik MakLady. Jangan salah faham tau...bukan MakLady join pun...hehe.. (buat gelak dek orang je kalau ML bawak moto besau ni...join deme ni..hehe) Difahamkan ahli grup motor kawan ML ni terdiri dari berbagai peringkat umur. Cool je kann...
Seperti grup bermotorsikal yang lain, mereka juga sering bertemu pada hujung minggu dengan aktiviti2 berfaedah.
Makin erat lah hubungan siratulrahim sesama ahli, ye tak ! Selalunya program dirancang ketika mereka berWassap sesama mereka. Macam2 plan diatur sebelum mereka berkonvoy...
Selain menikmati kgindahan alam dengan bermotosikal, mereka ni gemar singgah ke tempat2 menarik yang menjadi tumpuan geng motor. Berkumpul dan pakat bermotosikal ke luar daerah semata mata ntuk menjamu selera merupakan aktiviti riadah mereka. Pelik tapi sungguh teruja! Itulah kata kawan ML. Mungkin nikmat yang hanya mereka sahaja yang tahu keistimewaan nya.
Minggu lepas tidak terkecuali bagi Grup bermotosikal sahabat MakLady ini. Di siap hantar photo via WhatsApp lagi... Nak Jeles kan kita la tu... :p
Photo yang dikirim sudah cukup buat ML jeles..sebab teruja bila tengok Iklan kat kedai makan ni.. hhmm MENARIK TERTARIK nii... kat mana ni?? |
Apa yang istimewa nya Nasi Bamboo Sungai Kiah.... ??
Menurut kawan baik MakLady, yang kebetulan asal dari kampong sana tu, memang terkenal tempat makan ni. Bila beliau bercerita tentang keunikan menu di sana, terasa macam nak ke sana suatu hari nanti.
Hmm dont worry!! walaupun MakLady tak turut sama ke Sungkai, Perak aritu, tapi insyaAllah dalam masa terdekat ni, nak terjah gerai Cendol Sungkai ni.. .yum, yumm..yummy :)) Semesti nya sedap sebab ramai yang dah mencuba....
ANDA tak try cuba test ke? hehe
Ooohhh Deme gi Sungkai kerr ..?? Cendol Sungkai yang femes... kamo nunggu teman datang... |
No comments:
Post a Comment