RESEPI RAYA dari Mak Lady :))
BISKUT CORNFLAKES MAKLADY
1 kotak Cornflakes (500g)
250g butter
1 kotak Cornflakes (500g)
250g butter
10 sudu besar madu
8 sudu besar gula - boleh kurangkan jika mahu
8 sudu besar gula - boleh kurangkan jika mahu
100 biji Paper cup
Buah2 campur kering/ kismis - jika mahu
Cara-cara membuatnya1) Panaskan butter di atas api yang perlahan, bila dah cair masukkan gula.
Cara-cara membuatnya1) Panaskan butter di atas api yang perlahan, bila dah cair masukkan gula.
2) Bila gula dah cair, masukkan madu. Kacau hingga sebati.
3) Selesai ramuan tadi, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
4) Sediakan paper cup secukupnya. Masukkan cornflakes tersebut dengan menggunakan sudu kecil ke dalam paper cup. Kalau nak masukkan kismis atau buah kering boleh campurkan dalam adunan.
5) Panaskan oven pada suhu 160 celcius. Bakar selama 10-15 minit. (hingga cornflake warna perang.)

RESEPI RENDANG RUSA - Mak Lady masak macam nak masak rendang daging kambing...
Pastikan cuci daging rusa dengan betul. Petua MakLady dapat dari rakan yang mengatakan daging rusa ni boleh dicuci agar tidak ada bau hanyir adalah dengan melumurkan tepung gandum secukup nya selepas bersihkan. Amik masa dalam 15 minit or so, lepas tu basuh dengan air bersih dan bilas. Masak seperti biasa.
RESEPI KUAH KACANG ALA MAKLADY -
300 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
15 ulas Bawang merah *
10 biji cili kering *
3 sudu besar gula perang
1 mangkuk air asam jawa
3-4 cawan air secukupnya
5 tangkai serai*
2 inci lengkuas*
3 inci halia*
Cara memasak
1) Blend halus dan Tumis bahan (*) hingga wangi dengan minyak masak secukup nya.
2) Setelah naik bau nya, atau pecah minyak, masukkan kacang tumbuk, gula perang, air asamjawa dan garam secukup rasa.
3) Kacau hingga rata dan masukkan air sedikit sedikit hingga kuah kacang sebati.
4) Pastikan kuah menjadi pekat dan kacau hingga mendidih sebelum diangkat.
rendang rusa, lain dari yang lain ni...
ReplyDelete