WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Monday, July 1, 2013

Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek ( Short Film )

Assalamuaalaikum Kekawan ;)


Photo: 1st day at Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek opened up my eyes to the world of filming.. excited nk sambung sehari lgi. Esok, kupas lg topik yg lg menarik... cant wait! :))Pada hujung minggu yang lalu, MakLady telah berpeluang untuk menghadiri satu Program Latihan Perfileman anjuran pihak FINAS. Sebenarnya, matlamat Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek ini, bertujuan untuk melahirkan bakat baru yang berilmu dalam bidang pembikinan Filem Pendek. Bengkel ini juga diharap dapat memberi pendedahan kepada umum tentang pentingnya media Filem Pendek dalam industri Perfileman di negara ini. Ianya merupakan usaha FINAS memberi latihan sewajarnya kepada bakal2 penerbit filem pendek melangkah lebih jauh ke persada dunia. Sesungguhnya industri Filem Pendek berpotensi tinggi dimajukan melalui media global demi FILEM KITA!

My 1st day at Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek opened up my eyes to the world of filming.. So excited nk kupas topik yg lg menarik sepanjang hari selama 2 hari ni. Oh dear, cant wait! Kiranya terExcited gak ler sebab dah lama idamkan ilmu yang mcam ni. At my age ni, inilah baru pertama kali ML kenal apa itu SHORT FILM. Maklady sentiasa yakin, tak salah kita nak cari ilmu walaupun kita dah berusia. Bukan alasan utk tidak turut sama utk belajar benda baru. Janji ada minat dan ianya bawa menafaat. Setidak2nya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sesama peserta bengkel.

Di sepanjang bengkel berjalan, MakLady dan peserta berpeluang mempelajari cara yang terbaik utk menerbitkan Filem Pendek. Sebelum ni, hanya pandai guna camera dan amik video. But now, lebih berilmu dan pengetahuan mengenali aspek utk bikin filem pendek yang bermutu. Nampak mcm susah sebenarnya Senang saja... Pendek berkata "Tak kenal Maka Tak Cinta." ... sebenarnya "perkenalan" pertama ni, telah diperkenalkan oleh sepupu MakLady, yang juga merupakan seorang ScriptWritter yang berbakat. Merangkap Idola MakLady :) Siapa lagi kalau bukan Puan Adza Irdawaty Adenan @ Mak Dara dari Blog BicaraMakDara.

Terima Kasih kepada En Martias Mohd Ali atas bimbingan dan tunjukajar. Beliau merupakan penggiat seni yang mahir dalam dunia penulisan skrip dan cerita/filem pendek. Dengan ilmu yang hebat, beliau tidak lokek berkongsi bersama kami pada bengkel selama 2 hari ini. MakLady yakin ramai akan berminat utk merealisasikan usaha beliau untuk galakan dunia pembikinan filem pendek, selagi gus melahirkan para pemikir dan mencetus idea mengenai arah tujuan industri filem pendek kita.

Cikgu kami ~ En Martias tak lokek ilmu.
Selama 2 hari , beliau telah mengajar kami bebagai
topik mengenai Short Filem serta ilmu Penerbitan Filem Pendek
Selain mengenali lebih mendalam tentang pembikinan Short Film, peserta juga diberi penerangan mengenai potensi menjadikan filem pendek ini sebahagian dari punca pendapatan. Hasil yang positif dari idea pembikinan filem tersebut boleh mencetus sumber kewangan di mana, peluang luas terbentang menanti buat penerbitan Filem Pendek atau Short Filem di media dunia khasnya.

Peserta sedang kusyuk mengambil bahagian dalam pembincangan
kumpulan. Peserta diberi tugasan utk menerbitkan SHORT FILM
 sempena Ramadhan - sessi brain storm...
Sehingga kini, dah banyak kali kita mengadakan pertandingan dan penyampai award kepada penggiat Filem Pendek namun tiada yang tahu bahwa industri penerbitan filem pendek ini WUJUD! Bukan saja di negara kita, tapi luar negara khasnya telah diberi penghargaan terhadap penggiat2 Filem Pendek. Memandangkan ianya merupakan platform utama industri perfilemanan, FINAS melangkah setapak lagi untuk memastikan industri Filem Pendek ini terus berkembang dan membawa Short Film dari orang KITA ke persada dunia.

Rasanya tidak terlewat bagi MakLady dan penggiat filem pendek untuk terus membawa aliran baru dalam meneroka ke pasaran antarabangsa sambil memastikan FILEM KITA tidak hanya tertumpu kepada penghasilan bakat dan idea utk satu aliran sahaja.... Hidup FILEM KITA! Hidup FILEM PENDEK kita :))

2 comments:

  1. Macam apa plan nk sertai bengkel2 macam nie...

    Nak berubah minat dan mencipta kerjaya dalam hidup ini.

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  2. Boleh je bro. Kalau ada minat. Boleh check dengan FINAS bahagian latihan ;)

    ReplyDelete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]