WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Tuesday, June 11, 2013

Kereta BMW milik BeautifulNara dilarikan penjenayah

Takziah ... 
Tergamam MakLady membaca artikel dari laman seorang blogger kejap tadi...

Blogger Portal Hiburan BeautifulNara
Tajuk sahaja dah buat hati ML berdetup. KERETA BMW BLOGGER BEAUTIFULNARA DILARIKAN. Bak kata org kita, Malang tak berbau. Berita yang baru dibaca mengisahkan nasib malang yang menimpa blogger terkenal, Abang Nara atau BeautifulNara boleh saja berlaku kepada kita. Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini. Saban hari, ada saja berlaku kes jenayah dilapurkan didada akhbar dan media elektronik. Hari ni pulak, dengan kes kejadian rompakan dan kecurian kereta BMW milik Abang Nara petang semalam. Di bawah ini adalah artikel mengenai berita ini daripada Sinar Harian.

"SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.
Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan. 

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.


"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Menurut Abang Nara lagi, mereka sekeluarga selamat dan telah melaporkan kejadian itu di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang. Harapannya lagi, jika sesiapa terlihat atau mempunyai maklumat berhubung kereta beliau, boleh la menghubungi nya di talian 017 267 8341


MakLady berharap kereta BMW BeautifulNara dijumpai semula. Kepada Nara, MakLady ucapkan takziah dan berharap Nara sabar dengan dugaan ini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah. Kena redha dan hanya ALLAH sahaja mengetahui segalanya.

PS: nasihat utk MakLady, keluarga dan rakan serta semua diluar sana : Jenayah ada di mana2. Harus lebih berhati2 dan jaga keselamatan diri dan keluarga. 

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]