assalamualaikum wahai semua
Ramai yang dah tahu pasal insiden pencerobohan warta Filipina terhadap Lahad Datu.
Sejak mereka mendarat dibumi Sabah (dikhabarkan sejak 09/2 lalu), anggota tentera bersenjata yang diketahui oleh Askar Diraja Kesultanan Sulu, keadaan di Lahad Datu dibawah kawalan pihak berkuasa tempatan. Sehingga kini, Ramai pun dah tahu, betapa rakusnya mereka terhadap nafsu ingin menakluki tanah yang kononnya milik datuk moyang mereka~!
Bermula dengan tangkal 15/2 di mana , sejak kedatangan Askar Filipina yang bergelar Askar Diraja Kesultanan Sulu dikalangan penduduk setempat, berbagai rundingan dijalankan Kehadiran mereka difahamkan utk melancarkan pencerobohan jika Kerajaan Malaysia engkar membenarkan rakyat mereka yang berketurunan Sulu utk terus tinggal di Lahad Datu tanpa dihantar pulang.
Menyedari perkara ini, kawalan keselematan diketatkan di sekitaran pengairan Sabah dan kawasan penempatan rakyat Filipina ini, utk mengawal aktiviti dan kehadiran mereka.
16/3 - Dilapurkan askar seramai 100 org itu dilapurkan telah mendarat dan bersenjata mengadakan rundingan dengan penguasa tempatan dan berjanji akan meninggalkan Sabah jika syarat tuntutan mereka dituruti. Setelah rundingan demi rundingan yang berlanjutan hingga ke 17/3/2013, mereka enggan keluar dari Sabah.
17/2 - Pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar. Polis Sabah enggan memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.
Setakat ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan dialog berterusan
MALANGNYA....
18/2 - Penceroboh TIDAK MAHU TINGGALKAN SABAH mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina
21/2 - Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang memaklumkan situasi di Lahad Datu di mana kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh masuk di Kampung Tanduo masih terkawal Tambah beliau, isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin.
"Kami mengharapkan penyelesaian dilakukan secara aman,” katanya kepada pemberita Ismail menyangkal dakwaan bahawa polis telah berlembut dengan penceroboh terbabit. Kami mahu mengelak sebarang pertumpahan darah…kami berjaya mengawal keadaan. Kami berharap isu tersebut diselesaikan segera,” katanya
LEBIH MALANG LAGI BILA....
Bunyi tembakan kini turut kedengaran akibat dari gempur antara tentera Sulu dan Pihak Malaysia. Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung. Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.
Info Terkini kematian - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina. Dan 3 anggota polis cedera parah setelah terkena mortar pihak musuh. Difahamkan juga, ini merupakan serangan hindap pihak musuh utk menumpaskan kawalan keselamatan terhadap mereka.
Al Fatihah kepada mereka yang terkorban demi Negara Tercinta. Sama2 lah kita berdoa agar kedua dua arwah, ditempat kan disamping mereka yang beriman. Kepada yang masih bertahan (anggota keselamatan termasuk Polis dan Tentera Malaysia) diharap tabah dan kekal berani menentang pencereboh durjana habis habisan demi keselamatan rakyat Sabah dan anggota keselamatan amnya.
Sementara itu, pentempuran di Lahad Datu tempohari, menyaksikan 12 orang penceroboh telah ditembak mati termasuk seorang wanita.
Sumber: melvister.com
No comments:
Post a Comment