Semenjak 2menjak ni, drama2 yg telah diadapsi dari novel2 hebat dari penulis tempatan kian mendapat tempat di hati penonton. Tiap2 hari, kita sanggup menanti masa tayangan dgn harapan dapat ikuti apa sudahnya sambungan cerita sehari sblmnya. Haaa...ini lah dia fenomina yg melanda diri para peminat drama bersiri masakini. Ape ntah lagi klu mereka juga adalah pembaca novel2 tersebut. Ye laa..., klu dlu cerita novel yg kita baca dari buku (novel), hanya menjadi inspirasi minda selari dgn jalan cerita penulis itu sahaja. Tapi kini, kita dpt saksikan segalanya dipaparkan di kaca TV! Pasti hebat!! Kira mcm tgk LIVE story. Seolah2 mimpi yg nyata, seolah2 kita dibawa ke alam yg penah kita bayangkan ketika mmbaca novel2 ini. MakLady yakin itulah punca drama2 ini diminati...
Terimakasih kpd penulis, dan penerbit drama sbb mampu merealisasikan cerita dlm novel terus menerus. Menarik lagi bila apa yg kita baca dulu, lebih jelas dari segi penceritaannya. Kita mampu utk menerima suasana seperti membaca novel itu sendiri, yg dilakunkan semula ke layar perak maupn TV kita. Drama spt Nora Elena, Tentang Dhia dan tak lupa filem Legenda Budak Setan, Ombak Rindu mampu membawa penonton ke dunia dlm novel dan berjaya mengutip rating yg tinggi. Tak heran la lepas ni ramai lagi penerbit drama akan bekerja keras utk hasilkan drama2 yg diadapsikan dari novel2 yg lain.

Hasil dr fenomena ni, rasanya pihak TV3 selalu menghidangkan slot Akasia nya dgn drama sebegini. Terbaru adalah drama GEMERSIK KALBU.. drama bersiri yg sedang HOT dipasaran. Dimana2 skrg ni, ramai yg bercakap pasal crita ni. Sehingga minggu ini, cerita agak lebih PANAS sbb penonton menjadi lebih teruja dgn hubungan Raihana dan Sufian yg seakan mudah bergoyang. Sikap Raihana yg masih tak dpt nk terima Sufian wlpn dah bernikah~! Tapi pd MakLady yg dh penah baca novel ni, kira macam tak suspen laa sbb dah tau akan ending crita ni. Tapi masih lagi teruja utk saksikan reaksi Raihana bila Sufian dah mula "dingin" terhadapnya. Haaa...disitu la bermulanya golakan perasaan Raihana terhadap Sufian terserlah. Bak kata org, bila depan mata diendah pn tidak tapi bila dah tak de baru la nk meroyan...hahahaha...hammbik kooo Raihana...~!!
Xpelah. nnti kita tgk la sama2 apa kesudahan nya... Bgi mrk yg tak penah lagi tonton slot drama Akasia ni, sila2 kan la diri anda utk mengenali isipati novel tersebut. Di bawah ni, MakLady sediakan SINOPSIS : Gemersik Kalbu dari Anis Ayuni...
Raihana seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.
Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.
Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.
Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.
Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....
Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.
Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.
No comments:
Post a Comment