Awal pagi tadi, MakLady ada bertanya akan
aktiviti yang dirancangkan pada hari Ahad kali ni?
Apakah Aktiviti korg sama dengan MakLady?
Mungkin korg boleh Agak, di mana MakLady habiskan
hujung minggu selain dari mengarang entry ini....
MAKLADY berada di tempat ini petang tadi... Jauh dari kesibukan kota. Oh yer... cer teka kat mana ni? |
Sebenarnya, tak plan pun nak ke sini hari ni. Tapi seperti biasa, ML ni dah selesa dengan aktiviti spontan ni...Maknanya, tak boleh nak plan or janji sebab selalu nya klu atur perancangan, last minit sure tak jadi lah.. tak sempat la...dan mcm2 hal. Tapi kalau aktiviti begini, selalu nya spontan ajer. Macam orang selalu kata "UP ..jadi jer.."
Mungkin secara kebetulan plak pagi tadi (masa bfast dengan kawan baik MakLady), idea jalan-jalan cari kawan ni pun timbul ;) Sebulat suara untuk menziarahi rakan sekolah yang menetap di daerah ini. Lagipun, sebelum ni, beliau kerap juga mengajak kami bertandang ke rumah nya yang dikira berdekatan dengan lokasi resort yang terkenal. Memang ramai orang berkunjung ke sana. Di hujung minggu, terutama bagi mereka yang ingin bermandi manda, atau makan ikan bakar, Korg boleh lah drive ke Sepang Circuit, dan selepas melintas tempat arena permotoran itu, apa kata teruskan perjalanan ke persisiran pantai atau dikenali sebagai Gold Coast Sepang.
Amacam? ..."ADA BRAN brani ke ....??" |
Selain dari aktiviti riadah, dan merasa mcam pelancung tempatan. Apa kata menikmati Cuti-cuti Malaysia ini dengan aktivit yang adventure. Sesungguhnya negara kita banyak tersimpan keindahan semulajadi. Dapat juga, menikmati kemudahan di persisiran pantai. Contohnya, perkhidmatan glider bermoto ini ! AWAS - kalau korg teringin nak cuba fly benda ni, Make sure tanya harga dulu dengan mamat warga asing yang kendalikan pesawat ringan ini ya. Oleh kerana tak pasti dia guna natawang aper adalah baik jika korng tanyakan dulu tambang utk "terbang" disekitar pantai dan resort itu, Sebab MakLady dapat tahu dari pengunjung di situ, bahawa harga nya RM180 untuk fly dalam 10 minit. Hmm macam tak brbaloi jer....
PEMANDANGAN YANG TENANG Sebelum kami pulang, sempat juga menikmati keindahan matahari di kala senja mengapa kami di sana... |
PENGALAMAN PERTAMA MELAWAT GOLD COAST SEPANG
No comments:
Post a Comment