WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, December 12, 2013

Sah ! Rozita Che Wan Kahwin Zain Saidin

Kini pelakon serta artis berstatus  ibu tunggal yang hot lagi ngetop, Rozita Che Wan, 40 tahun telah sah menjadi isteri kepada Zain Saidin, 29 tahun dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah kedua mempelai telah berjalan dengan lancar di Gazebo Setia City Convention Center, Shah Alam yang diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan. Rozita menerima mas kahwin sebanyak RM 9,300 dan cincin nikah bernilai RM93,000. Mungkin ada pengertian dalam angka yang dipilih...
Sementara itu, wang hantaran dalam bentuk cheque tertera angka 23,200 diberi bersama 9 peti hantaran oleh kedua pihak pengantin. Hadiah berupa pakaian persalinan, kasut, beg, telekong, sejadah, baju melayu, telefon bimbit,  set minyak wangi, jam, gelang tangan dan cincin menjadi gubahan hantaran lebih bermakna.
Rozita juga turut menerima sebentuk cincin pertunangan yang disarungkan oleh ibu kepada Zain, Puan Siti Aishah Abdullah, sebelum acara akad nikah dijalankan di hadapan ahli keluarga kedua pihak dan teman rapat keduanya.
Doa selamat sejurus selepas lafaz nikah disahkan menandakan kesyukuran dan hadirin mendoakan agar kedua mempelai diberkati. Begitu jugalah doa kita semua, agar perkahwinan kedua bagi Che Ta dan yang pertama kali buat Zain ini sentiasa aman sejahtera dan berkekalan sehingga ke jannah. Moga kedua nya saling hormat menghormati dan aman bahgia selalu.
To both of you ..
Selamat Pengantin Baru
From Mak Lady :)

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]