
Tidak dinafikan sejak kenal FB, rmai kenalan lama MakLady masa belajar dulu dapat berhubung kembali. Melalui perjumpaan di alam maya inilah jugak kami kenali dan merapatkan siratulrahim yg terputus sjk meninggalkan alam student dulu -lebih kurang 35tahun lalu.....
Maka dari pertemuan semula or ReUnion dialam maya, masing2 berusaha utk menjalinkn semula sesama rakan kuliah. Dengan niat yg tersendiri, maka bnyk la diadakan majlis2 REUNION. Tak kira la , di mana pasti ada yg sertai. Secara formal atau pn tak formal. Tpi yg penting, ianya dianjurkan utk merapatkan lagi kemesraan sesama kita sambil bertanya khabar dan bertukar2 cerita....
Macam tu gak ler, dgn usaha "junior2" MakLady yg sempat mengadakan majlis REUNION di Kelab Darul Ehsan pd petang tadi. Kami akak2 senior dan ahli alumni UiTM Pahang khususnya bekas2 pelajar di kampus di Kuantan seawal 1985/86 dijemput hadir.
Penganjur majlis yang terdiri drp bekas pelajar yg bergabung di bawah nama MAINSTECH Kuantan, bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. [Bagi pihak bro & sis pioneer dan Alumni UiTM Pahang amnya, amat berbesar hati dgn jemputan tersebut dan kami, akak2 & abg2 senior ucapkan
TERIMA KASIH dau n keladi....]

Excited jugak la bila dpt tahu, kami turut diraikan bersama. Atleast wln MakLady tak berapa ingat atau kenal "junior" ...nmun mereka amat mesra alam. Very the best rasanya tika itu. Minus the fact, MakLady sampai majlis dah pn bermula. [Sorry la dik! Kak Sheena & Kak Zack tiba agak lewat sbb jammed kat highway Seremban-KL...] Majlis mmg best. Santai tapi meriah. Tak bosan sbb ada persembahan band dari geng2 lama, ada cabutan bertuah - siap kena jawap soalan berkisarkan kehidupan kami semasa di Kampus Kuantan dulu. Nasib baik soalan dia tak la susah sgt...hehehe.. Anyway, MakLady gembira jgk sbb menang Lucky Draw ptg tu. Hadiah dia besar sgt...in fact paling besarrr.. Mak aii..!! Mcm mana nk angkut balik ?? (Syukur ada Roslan my intake yg sudi memikul hadiah bersama2 Dona...thanks guys ;)
For all yg wonder apa yang berbungkus ni... haaa..ini la dia..hadiah sumbangan dari bekas pelajar , Ku Mohd Anuar... Terima Kasih MakLady ucapkan atas hadiah ini.... ;))

Overall.. we had a great time~!! Syabas Organiser for such an event .... esok2 jgn lupa jemput kami lagi k :)
No comments:
Post a Comment