Tuesday, July 8, 2014

Door Mat : Tell It All

Door Mat atau lapik/alas kaki harus diletakkan di muka pintu masuk rumah ataupun bilik.

Lapik kaki yang lazim di depan pintu rumah kita
Dalam masyarakat kita, ianya menjadi kebiasan bagi setiap kediaman, untuk ada benda ni. Kalau tak ada depan pintu masuk, lapik kaki ini akan diletakkan di depan bilik air. Mungkin di ruang untuk masuk ke bilik2 khas. Tujuan adalah untuk mengesat kaki anda maupun tetamu, sebelum masuk ke ruang yang lebih selesa. 

MakLady bukan nak bercerita pasal fungsi kegunaan pengesat kaki ini. Apa yang penting, door mat kini direka mengikut tema dan qoutes yang menarik perhatian si tetamu/pengguna. Terdapat doormate yang berupa Humor yang MakLady rasa sesuai diguna di kediaman. Ada kala hiasan/tulisan di reka bagi menyambut tetamu yang mungkin akan muncul di depan rumah kita.

Contohnya,  MakLady pernah terlihat akan door mat yang direka seperti bentuk kucing tidor. Terkejut gak bila melihat ianya diletakkan di depan pintu. Bayangkan kalau orang terpijak doormat, mau menjerit kerana ingat mereka telah terpijak seekor kucing....
Padahal ianya hanya DOORMAT !!
Ha Ha Ha....

Maka di bawah ini, MakLady kumpul kan jenis dan tema doormat yang MakLady rasa korg akan teruja memiliki sejurusnya menggunakan nya sekadar menjemput tetamu dengan keunikan rekaan.

Mungkin kah pemilik ini seorang yang tak
boleh hidup tanpa smart phone nya. Jadi depan
pintu pun mesti slide dulu sebelum masuk.

Anda Pasti Di sini. - ye laaa... kalau dah ada di depan
doormat ni, confirm korang tahu arah tuju selepas itu??
Yang ini pulak, amat sesuai diletakkan di depan
pintu utama bila anda EXPECT pemungut hutang
datang berkunjung.... 
Door Mat ini, harus diletakkan di depan pintu
utama sebelum anda pulang  ke kampung untuk
beraya. InsyaALLAH Rumah anda tidak mungkin
dimasuki pencuri.. OK x idea ni..?? :)
Yang ni pulak, ANDA letakkan bila mana tetamu
yang anda kurang senang dijangka melawat anda
atau mereka yang suka melepak lama di rumah anda! 
DOOR MAT : reverse saikologi
Fungsi dia boleh digunakan secara 2 IN 1
KEPADA TETAMU YANG ANDA NANTIKAN
boleh letak yang sign nya "Come In" dan jika
sebaliknya, boleh pusing arah pelapik kaki
itu yang tertera " GO AWAY" dan letak di depan
pintu sebelum tetamu anda tiba ;)
AMACAM? Menarik tak?
Rasanya, kalau korg jumpa Lapik kaki begini..
nak tak letak kat depan pintu rumah korang ?
Yang mana satu pilihan hati ? :)) 

No comments:

Post a Comment