Al Fatihah...
Takziah Buat Keluarga Pak Sudin di Singapora, atas kembalinya kerahmatollah pada jam 10.46 pagi tdi. Berita kematian beliau diterima dengan redha oleh semua peminat Filem melayu dlu dan kini di Malaysia melalui twitter Astro Awani.
Bismillahirahmanirrahim
AL FATIHAH...
Hari ini, Kita kehilangan seorang lagi Seniman Veteran yang banyak memberi sumbangan dalam dunia filem melayu. Allahyarham S. Shamsuddin yang berbakat besar, sering digabungkan bersama rakan sepejuangan yang hebat seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Biduanita Negara Allahyarhamah Saloma, Pak Aziz Satar dan ramai lagi artis veteran ketika di Jalan Ampas lagi.
Segala filem Arwah masih segar dalam ingatan. Malah baru semalam sahaja ulangtayang filem Bujang Lapok. Infact, anak bongsu MakLady ade bertanyakan pada nenek nya..."Tok Mama, Pak Sudin ni ada lagi ke?". "Isshhh...Adalagi laa..tapi dengar cerita dia tak berapa sakit..."jawap si nenek. Tapi ketentuan Allah Pak Sudin yg masih ramai peminat ini, kembali mengadap Ilahi ketika berusia 84 tahun. Moga rohnya ditempatkan diantara mereka2 yang beriman disisi Allah swt.
InsyaAllah, Pak Sudin tetap kekal dalam ingatan generasi akan datang. Pergi mu sebagai Lagenda Bintang Filem Komedi yang sukar dicari ganti.
No comments:
Post a Comment