Assalamualaikum..
Selamat Pagi Semua..
Dah breakfast ke blum?
Yang sedang menikmati hidangan sambil tengok blog Mak Lady, via HP, Tap maupun yang tengah semak kerja kat desk tu - terima kasih sudi berkunjung... Tpi berhati hati yerr...jangan sampai leka. Nanti lambat masuk pejabat.. Or maybe BOSS lalu kat belakang tak perasan pulak!! Kantoii ... Masyaakkkk !! Hehe
Anyway.. Apa pun yang penting Breakfast kena utamakan sebelum mula kerja. Sebab semalaman badan kita rehat dan untuk mulakan hari kita - we need energy!!
Pastikan minum segelas air suam atau mineral selepas bangun. Selalu lepas solat kalian bersiap untuk ke pejabat kan... Dan ramai juga tidak bersarapan pagi sehingga sampai ke pejabat. Lepas punch card baru bergegas ke pantry atau kedai mamak kat bawah pejabat atau on the way tdi singgah kat warung Nasi Lemak. Bungkus Mee Goreng dan kuih untuk breakfast di pejabat.
Hhhmmm...scenario biasa utk yang bekerja tambh yg perlu memandu ke pejabat. Ada tu ..sambil memandu ade yg singgah kat Drive Thru je utk pesan secawan coffee... Hhhmmm x kesah la mcm mana gaya nya korg bersarapan - yang penting - pastikan amal makanan sihat dan berkhasiat..
MakLady pun dah kurangkan yang berminyak, kurangkan garam dan kurangkan manisan dalam hidangan.
Tetapi....Tetap Banyakkan MANIS dalam senyuman :)) Furthermore, it's Good for your heart and health too!!
Happy breakfast. Happy Day :)
singgah sini ^^
ReplyDelete