Thursday, February 21, 2013

Fizz Putus - Tunangan Isteri Orang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MasyaAllah.  Agung sungguh kebesaranmu, Ya Allah.
Pertunjuk dari Mu sungguh terang lagi jelas.. 
Kita hambanye terima dgn penuh insaf. Moga kita sama sama amik ikhtibar ats apa yg berlaku. Setiap kejadian yang berlaku ada sebab musababnya. Segala musibah harus dilihat sebagai dugaan dari Nya agar kita lebih mengenali diri. Nescaya banyak yang dapat kita pelajari dari pengalaman ini. Tidak perlu lah kita menghukum, sesungguhnya ada hikmah yang ingin ALLAH berikan. InsyaALLAH.
Yg penting INGAT pd Allah slalu. slmt bramal :)

Dari Sumber : Harian Metro
Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Beginilah pengakuan FIzz Fairuz......
Seperti mana yang dilapurkan. Sedih juga bila hal ini berlaku dalam masyarakat kita, dimana orang yang kita sayangi, percayai selama ini, sewenang wenangnya melakukan sesuatu tanpa memikirkan hak atau perasaan orang sekeliling. Paling teruk jika ianya dilakukan dengan sengaja dan melibatkan hati orang yang penah disayangi. Apa pun yang berlaku - biarlah ALLAH yang menentukan selebihnya... Apa yang berlaku ini, tidak mungkin melenyapkan rasa di dalam hati insan yang terbabit, namun INI adalah ketentuanNya.

MakLady harap Fizz dan keluarga tabah dengan dugapan ALLAH ini. Untuk Almy Nadia - ALLAH MAHA Pengasih lagi Menyayangi dan hanya DIA yang tahu hati mu - terimalah dengan hati yang terbuka. Ini hari sidia, hari kita? kita tak tahu lagi.... assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment