WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Sunday, June 30, 2013

Cinta Jangan Pergi : Temujanji Akhir

JANGAN LUPA TEMUJANJI KITA...

EPISOD 25 & 26

Apakah kesudahan konflik yang berlaku
atas kedua kekasih ini.

Mungkinkah Cinta Ada Penggantinya?
Atau Mungkin Hati Terus Setia..?
Photo: Hi semua, episod akhir #CintaJanganPergi Ahad ni akan bersiaran selama 2 jam. Jadi, lapangkan masa korang okay. #LOVE
SIAPAKAH PILIHAN CINTA ALEA
KALIL atau HUD?
Credit : Face TV9 Di Hatiku

Clue : Ada Di Sini
Tiada siapa tahu yang Hud jumpa Kalil masa balik Malaysia


SELAMAT MENONTON Ok ;)

Meroyan Mak Dara Bawa Bahgia pada Mak Lady

Assalamualaikum semua my laling readers...
Selamat Berhari Minggu...

Sebelum tu , nk tanya ...tajuk entri Maklady ni okey tak...??.
hhmmmm...Lain Macam jer plak bunyi nya...

Mak Dara Meroyan?
Kenapa...?

Ye la.. bila saja dengar perkataan MEROYAN pasti paling tepat utk dikenang
adalah
MAK DARA
a.k.a
Adza Irdawaty

Photo: just for you... saja ja buat.. sementara angin meroyan dok menjadi2 malam ni hahahaha
Kekawan... CANTIK tak KakTOnnnn....

Kalau sapa pernah ke blog MakDara pasti tau apa maksuk meroyan itu.....
Apa yang wat dia meroyan ni? Setahu Mak Lady, waktu Mak Lady terima badges ni kat FB. Kebtulan masa tu MakLady dah pun beradu ~ tidoooo... zzzzzzz.....so tak tahu kenapa Mak Dara meroyan....

Esoknya ~~ Kira pagi tadi sesudah suboh .... MakLady tersenyum sebab ada KEJUTAN @ FB dari MD. Mak Lady pun heran gak bila dapat msg tentang badge2 diatas. Tambah pulak badges ni direka khas utk MakLady  ["_" ] birthday ML ke ni? huhuhu.

Haaaa... rupanya, malam sebelum tu Mak Dara meroyan! Menurut MD lagi, dia takleh nak tido so dia wat kan lah MakLay  badge yang macam yang kat ats tu. Rajin kan Mak Dara ni, .hehehe dont worry be happy! Apa yang Mak Dara reka dan buat utk ML diterima dengan hati yang terbuka. Nak kata nak celebrate bday Mak Dear - lambat lagi. Tapi amat berbangga dengan ciptaan MD ke atas badges tadi. Semua adaaa... 


TERIMA KASIH MAK DARA...
hhhmmm best giler dapat hadiah pepagi mcm ni...
Muaaahhhxxx Ida kat fb maupun bilik berehat.

Anyway - Mak Lady suka gak la klu MakDara mengoyan macm ni. hehehehe
terbaeeeekkk :)

Saturday, June 29, 2013

CInta Jangan Pergi Episod 24

Malam ni tadi, kita saksikan segala kebenaran terhadap "Siapa"
Dr Hud sebenar. Bermula dengan kepulangan Hud ke kampungnya
bertemu dgn Puan Asmah untuk berterus terang tapi Hud putuskan 
pertunangan tanpa sempat bertanya sebabnya, Sangkaan ibu Hud, 
Lea berubah dan meninggalkan anak bujang nya, lalu memberitahu 
Mak Lea agar menerima keputusan Hud.

Photo: #CintaJanganPergi dah mula. Apa yang jadi dalam episod malam ini?
http://www.facebook.com/TV9DiHatiku
Mak Lea tak puashati dan ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Hud takde pilih lain lalu menerangkan semua berpunca dari dirinya.
Di depan ibu dan Mak Lea, Hud berterus terang dari awal macam 
mana dia berjumpa dan kenal dengan Kalil. Semuanya terbongkar 
mengenai perjalanan mereka ke kampung Hud. 

Ketika perjalanan inilah, Halil menceritakan kepada Hud perihal gadis
kesayangan nya yang ingin dilamarnya, sekembaliknya ke Malaysia. 

Dalam perjalanan mereka berhenti berehat. Hud offer diri utk drive,
bila mereka teruskan perjalanan. Halil sempat bercerita mengenai Lea
yang gemarkan bunga tulip sambil memperlihatkan Hud gambar 
Lea Soraya. Ketika itu plak, gambar Lea terjatuh. Mereka cuba 
mendapatkan tapi kereta yang dipandu terbabas di tepi jalan. 

Kalil cedera tersepit di tempat duduk. Hud panik dan bimbang akan
keselamatannya, meninggalkan Kalil tanpa berusaha membantu Kalil. 
Hud meninggalkan kenderaan Kalil, yang terbakar. Dia berlalu pergi 
setelah kereta meletop dan menyangkakan Kalil meninggal dunia, dia
pun berlalu bersama beg pakaian Kalil dan gambar Alea.Ternyata 

Hud tak bertanggungjawab dan membawa bersama nya beg serta
gambar Alea Soraya! Dengan butiran dan gambar itulah Halil mengatur
semua nya utk rapat dengan Lea. Hmm..nampak tak permainan nya
disitu?? ;) hud! hud! oh Hud....

Diakhir episod ini, kita dihidangkan dengan adegan menyayat hati
dimana ibu Hud, Puan Asmah telah jatuh dan meninggal dunia. Hud
amat sedih dengan pergi nya ibu tersayang di saat2 ini.....

ESOK SAMBUNG ...

JANGAN KETINGGALAN SAKSIKAN 
EPISOD 25 & 26
FINALE... 
:))

Friday, June 28, 2013

Teduhan Kasih : MakLady Terjebak, Mak Dara pun.....?? :))

Pertama kali ML terjebak menonton episod pertama lagi, ML dah leh agak yang cerita ni, sure BEST! Pasti meletop KeBoom~Booommm!! Tambah plak, diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama. Sudah pasti drama yg dipersembahkan, memaparkan kehendak novel yang sebenarnya

Semakin hari , episod demi episod membuat kita nak terus menanti sambungan cerita nya. Seperti drama bersiri yang lain, bila lakunan yang mantap, bila actor/actress dia mampu menarik penonton - sudah tentu satu fenomena terhadap drama tersebut berlaku. Tengok je la - Teduhan Kasih ni ! Sekarang bila dah hampir ke penghujung nya, makin ramai pengikut yang terjebak menonton drama ni...Semua ni dipengaruh dengan kehebatan pihak yg terlibat menjadikan setiap episod itu menarik dan ke Boooommm Booommmm!!

Termasuk lah sepupu MakLady yakni MakDara yang baru menonton pertama kalinya minggu lepas pun dah terjebak dengan kehebatan jalan cerita dan ... dah tentu2 sebab beliau suka dengan keMeroyaNan yang ngalah tahap meroyan MakDara !! oppss sorry MakDara... nampak nya dua dua pompuan dalam TK tu, terlebih dlu meraih CROWN meroyan dari kita nooo....hahahaha

Bukan itu sahaja Uolz:

Seblum ni, MakDara tak tahu wujudnya drama ni - almaklumlah banyk sungguh drama dalam TV nowadays!! Sehinggalah ML mula racun MakDara dengan menceritakan semula secara ringkas [tapi padat...hahaha] dari episod pertama hingga lah minggu lepas nya episod. Siap berkempen suruh tengok drama tu...!!! (rasa2 boleh tak Mak Lady minta komisyen kat penerbit sbb jadi agen iklan tak rasmi ni...hahahaha)

Well , bermula dengan MakDara mula tonton , habis semua adik beradik nya yang di rumah turut diracunkan untuk menonton Teduhan Kasih. Hebat jugak MakDara kannnn... ;)

HHmmm inilah yang orang kata, "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Habis semua TERJEBAK !! hahaha.. semua gara2 MakLady berkempen kuat kat MakDarai. Pasti naik rating drama ni dalam masa terdekat sebelum episod akhirnya dijangka keudara minggu depan..

Khabar nya plak, satu perjumpaan antara peminat dan penonton setia Teduhan Kasih dijadualkan di adakan sempena tayangan episod AKHIR pada 2hb July ni. So sapa2 yang nak tengok sama2 epidos akhir bleh aja hadirkan diri. Jangan lupa bawa camera utk abadikan wajah kesayangan ramai ADI PUTRA ~!!
Photo: by @sherryibrahimfc "Nak tengok episod terakhir Teduhan Kasih bersama pelakon-pelakon Teduhan Kasih?Mari sama sama ke Rasta TTDI Damansara pada jam 7-8 malam! Jumpa anda di sana!!! @sherryibrahim @adp_adiputra
Kredit dan Terimakasih:  facebook SherryIbrahim

Thursday, June 27, 2013

Teduhan Kasih pulak..??

Assalamualaikum :)

Kebelakangan ni, makin hebat sungguh fenomena melanda peminat drama bersiri. Mana tidaknya, sana sini dok dengar cerita pasal drama itu...drama ini... Dari tajuk itu ke tajuk ini. Satu demi satu drama bersiri ini menjadi perhatian dan berjaya menyesatkan....ehhh bukan sesat tapi terjebak ~! hokeeeyyy....

Itulah dia, penangan drama yang mengheret MakLady terjebak ~! Nak tahu drama yang membawa MakLady ke dunia mereka, boleh je jengah kat KLIK KAT SINI

Malah bukan MakLady sahaja tapi RAMAI lagi kat luar sana yang terjebak! hehehe Tengok je la dengan entry MakLady semalam, pasal episod akhir Cinta Jangan Pergi. Peminat setia lagi tegar pun turut mengaku akan tahap gaban mereka terhadap drama2 ini.

In fact HARI NI, MakLady nak share plak dengan satu lagi drama TERhangat - lagi hangat dari bahang kesan kebakaran kat Riau, Indonesia tau. Apa lagi klu bukan drama lakunan jejaka idaman SeEntero Malaya terkinii, Adi Putra! - Teduhan Kasih ~ 

Siapa tak pernah dengar maupun tengok drama Teduhan Kasih ni? - rasanya rugi teramat rugi ..sebab nya, selain dari kesegakkan Papa Ehsan, sifat tenang dan macho si bujang, telah berjaya mencairkan hati penonton. Drama ni jugak menampilkan pelakun yang super duper hebat dan talented. Adanya watak meroyan baban mcm Ayu dan Along! Memang meriah laaaa...Jalan cerita makin mendapat perhatian. Mungkin juga sebab perangai meroyan ke dua nya, insyaALLAH mampu meraih award " Meroyan Gaban Sedunia" !! Itulah dia, kekuatan TK yang saban hari dinanti, mulai jam 7malam - Isnin hingga Khamis di TV3.

Setulusnya, jalan cerita TK pada mula mengisahkan crite silam, Ifa - anak perempuan tunggal dari perkahwinan kedua. Amat sedih bila dia diperlakukan mcm orang gaji oleh ibu tiri dan kakak semata2 taraf sebagai anak kepada perampas kebahgiaan keluarga mereka. Konflik demi konflik dipaparkan dengan pengajaran dan teladan. Segala sikap hasad dengki, dendam, maki hamun, sumpah seranah menjadikan gadis sekuat Ifa makin redha dengan ketentuan hidupnya..

Naik Geram bila tengok kerenah MakTiri yang tiptop meroyan sampai kan hidup Ifa yang 'ladylike' persis Wanita Terakhir Drama Melayu, hidup dalam kesengsaraan. Sehingga lah dia bertemu dengan Prince Charming - sape lagi kalu bukan Suami Tercinta :p Diawal perkahwinan, semua nya indah. Namun langit tak selalu cerah bila sang suami telah digoda oleh rakan baik sendiri..Ohhh tidakkkkkk...sanggup kan si kawan tu cantas suami kawan baik sendiri??

Segala indah musnah sekelip mata. Dari seorang isteri, Ifa terpaksa hidup sendiri kini. Telan sengsara, meniti kehidupan dengan kandungan yang kian membesar mmg la seksa. Apa yg lagi sedih, Ifa tetap menjadi bahan cerca dan kebencian ibu tiri nya sehinggakan dibiarkan melahirkan seorang diri..:(( Apa yang dilalui semasa kecil hinggalah setelah bergelar isteri amat memedihkan. Sehingga lah diselamatkan oleh jejaka kaya. Dari sini, bermula lah kehidupan Ifa yang bahagia disamping kehadiran Adam.

Tapi wait yer... ! Kebahagiaan Ifa mmg lah terjelas. Tapi apa kah kehidupan bersama Adam dan kehadiran Ehsan, menjanjikan kebahgiaan yang dicari Ifa? Mampu kah kebencian mengubat rasa kasih dalam sekelip mata? Apakah Ehsan menemui kasih yang abadi dalam Teduhan Kasih .....

Jommmmmm tonton episod yang mendebarkan di penghujung episod minggu depan ~!!

Salam Teduhan Kasih buat semua peminat Adi Putra ~! pewwiitttt ;))
Pelakun yang menjayakan TEDUHAN KASIH

Wednesday, June 26, 2013

Cinta Jangan Pergi : Episod Akhir

Assalamualaikum

Haaii Haaaiii...
Selamat Pagi Semua!! Apa khabar Peminat CJP !!

Hari ni rasa macam nak sambung lagi teori tentang promo episod akhir CJP. Mungkin ramai yang bleh teka kesudahan Cinta Kalil & Lea Soraya? Hmmm....Happy Ending ke, Sad Ending?

Tak sabar kan nak tengok episod akhir weekend ni..? Semestinya ~ by now ramai yang sudah meramalkan
apa yang bakal berlaku pada penghujung cerita ni nanti :)

Tayangan Perdana Akhir - 
CINTA JANGAN PERGI
Hari Sabtu ni ( Episod 24) dan pada hari Ahad pulak
 ~Extra Special dari biasa... 2 Episod sekali gus....
ya...Episod 25 & 26 selama 2 jam!!

Sama sama kita saksikan sambungan episod seterusnya bila Lea Soraya yang masih tidak dapat menerima cinta Kalil dan tetap memilih Hud yang dikira sang Hero :p (hhmmm...wait till u know the fact, Lea Soraya..)

OK ~masa di kampung Hud telah menceritakan hal yang sebenar kepada ibu nya. Lantas mengambil keputusan utk putus tunang dengan Lea. Ibu Lea telah ke rumah mak Hud untuk mengetahui kebenaran dari Hud mengenai kemelut hubungan mereka. Akhirnya terlerai segala di depan mata.

APAKAH Lea Soraya tahu cerita sebenar ...?

Haaaa... sebelum tu, nak flash back skit ~ 
korg ingat tak lagi, masa awal episod dlu, mcamne Hud pikat Lea? Kan Dr Hud ni selalu melakukan perkara yang Halil penah buat ~ Sebenarnya, dia meniru gaya serta tutur Kalil yang mampu pikat hati Lea utk merasakan ada persamaan diri dia dengan Kalil termasuk memberi bunga kegemaran Lea - tulip - Dengan cara ini, mudahlah Hud mendekati Lea ...

Apa yang kita tak tahu sebelum ini :
 Hud , Shireen & Kalil penah belajar di Universiti yang sama.
Seperti Shireen, Hud ni pun psiko gak. Konon bersikap
cool tapi sebenarnya lebih teruk dari Shireen gilernya.

Dalam diam, Hud menaruh cinta pada Lea, cuba menghalang hasrat Halil melamar Lea. Dengan merancang kemalangan itu, dia yakin akan dapat menggantikan tempat Halil. With his charming face and caring heart, mudah lah hati Lea akan cair. (oh Lea - u r so naive babe..) Hud amik kesempatan mengisi tempat Halil sebaik mungkin..

Itulah cerita yang Lea tidak tahu sama sekali.
Kalau kita tengok video kat bawah ni, pasti geram dgn 
keputusan Lea untuk terus bersama Hud. Konon, tiada 
apa yang boleh menghalang dia untuk menyayangi Hud...
not even Halil ..!!


Sementara tu, jangan lupa akan usaha JD dan El untuk mencari kebenaran tentang anak yang dikandung Shireen. Siapakah hubungan Shireen dengan lelaki yang mesra bergambar hinggakan mereka syak yang ini semua adalah perangkap Shireen utk aniaya Kalil. Ye laa..bukan senang nak yakinkan Lea. Remember? Lea tak tahu lagi pasal apa punca Kalil terpaksa berkahwin dengan Shireen dan penglibatan Hud dalam kes ni.....


Ingat tak bila Kalil bersemuka dengan Hud rumah Lea.
Kalil ada bersuara, " Sudah, sudah la tu ..."
(flashback lagii.....)
" Aku dah tahu apa yang kau dah buat kat aku..."

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?
Bila Lea Soraya diberitahu oleh ibunya...
" Hud bukan lelaki terbaik utk Lea.."

Jeng..Jeng..Jeng...

Setelah mengetahui hal yang sebenar ~ Rasa2 Lea meroyan tak? 
Mampu ke Lea menerima suratan Takdir.... Cinta yang Pergi ! 
atau Kebetulan? Cinta milik abadi!

Yang Pasti dari Kalil...
" Saya Takkan Berhenti Menyintai Awak, Lea Soraya.."

Apakah Cinta Soraya Milik 
Hud atau Kalil ?

*Sementara nak tunggu episod Akhir, apa kata kita tengok Promo 
episod minggu akhir ni.....mungkin ANDA akan temui jawapan nya :)) *

Tuesday, June 25, 2013

Dear Blogger ! Im watching U ...

Helooooooo
Salam Sejahtera 
Kawan2 Blogger
Salam Sayang Selalu
Pembaca Setia dan Blogwalkers 
yang Mak Lady hormati....

Tengok tajuk atas ni - macam Ganaz je..
ada yang baca ingat  - macam nak gaduh je..
he he he..

NO ! No ! NO!
Tidak sama sekali ....
Sebenarnya
Dunia blogging ni dah lama wujud dan penglibatan
para blogger semakin hari semakin ramai. 
Masing2 punya idea sendiri utk menyediakan 
blog utk tatapan. Menarik isi, layout, application 
maupun corak persembahan satu2 blog bergantung
kepada citarasa tuan punya itu sendiri....

Di sini, MakLady nak hargai kawan2 blogger yang 
mana mereka ini telah berjaya memikat hati MakLady
 dengan gaya penulisan dan rekabentuk maupun isian
rencana harian mereka. 

Saban hari MakLady cuba utk melawati setiap 
blog namun ada masa nya agak sukar sebab bilangan
mereka sangat ramaiiiiiii....

So utk memudahkan MakLady blogwalking, blog 
rakan2 bloggers ini, MakLady telah menyenaraikan
mereka mengikut kategori yang sesuai dan menarik
di mata MakLady...hmmm rasa macam nak wat
Anugerah Bloggers plak...hu hu hu

Bila dah di kategorikan, senang juga lah Followers
MakLady membaca dari Blog Dear Lady ni..

Blog & Blogger yang Mak Lady follow....
Blog List Kegemaran MakLady
Blog Dear Lelaki & Blog Diary Kreatif  & Comel
serta Jalan Jalan Cari Makan

Blog Walking - My Fav Bloggers
SERONOK kan..blogwalking ke blog kekawan.....
kalau dah disenaraikan begini...
bagi blogger yang blog dia ada di senaraikan...
dah tentu tentu suka! bangga! seronok....
sbb nnti ada juga follower ikut masuk ke blog mereka!!

Amacam? OK tak idea MakLady ni...
walaupun tak seberapa aja blog MakLady ni
atleast inilah caranya MakLady menghargai bloggers.....

Masing2 ada cara yang berbeza ~ 
bukan senang nak PLEASE kan semua orang...
Salam Blogger dan rajin2 la singgah k... 
kalau korg nak mak Lady follow, dan letak link blog 
kat LIST BLOG mcm ni..plssss kasi link K... :) 
Nanti MakLady letakkan dalam my blog list 
yang sesuai macam yang sedia ada...

Terima kasih kerana sudi join blog as my follower... 
TERIMA KASIH banyak2... 
Love u al so very much.... XOXO

Monday, June 24, 2013

CLUE : Bakal membantu Kalil dapatkan semula Soraya - Cinta Jangan Pergi Episod 24 / 25

Photo: Click http://bit.ly/YbdEQW to watch online Cinta Jangan Pergi


Assalamualaikum...
Kepada peminat drama bersiri yang paling HOT masa kini - Cinta Jangan Pergi mesti tertunggu tunggu episod seterusnya selepas selesai tengok episod 22/23 weekend baru ni.

Let me fresh your memory : Dalam episod 23 yg lalu, ada bnyak CLUE yang dapat bantu Kalil dapatkan Lea Soraya semula. Mungkin kita ( CJP fans) tertanya tanya akan kesudahan kisah cinta Kalil dan Soraya. Klu korg ingat - minggu sebelum ni, dorg ni dah serious nak menikah ! Tetiba si Shireen came into the picture with a shocking tale: she's pregnant, with Kalil's baby?

Oh yeaa..!! RAMAI terkejut besar - termasuk Soraya. So technically dorg tak jadi kawin bila Soraya dapat tahu dan berpaling tadah..Again! Kecewa dengan Kalil yang "terlanjur" dengan Shireen, dia ingin kembali kepada pangkuan Hud. Sengal jugak si Lea ni tau. Kejap Kalil, kejap Hud!! Arrggg stress....

Dalam pada yang sama, Kalil cuba cari penyelesaian tentang tipu helah Shireen dan buktikan dia tidak bersalah. Then, dalam episod semalam ( 23 ) kita saksikan bahawa satu persatu kebenaran terlerai. Mungkin ada yang tak perasan, ada jawapan @ clue, akan penyelesaian takdir yang berlaku dalam hubungan Kalil dan Lea Soraya selama ni..

CLUE PERTAMA : 
Kalil buntu dan nekad utk buktikan bahwa dia tak bersalah. Ketika berehat di dalam kampung keluarga angkat nya, dia bermimpi semula akan kemalangan yang menimpa 2 tahun lepas. Dalam mimpi tu, dia berbual mengenai Soraya dengan sesorang. Ya, Kalil tidak bersendiri. Dia ada dengan seorang penumpang. Kemudian dia kemalangan dan cedera. Dia dibiarkan utk mati di situ.... Selebihnya ~ tidak ingat apa2 yang berlaku setelah kemalangan itu. OK FINE~

TAPI Siapa kah "penumpang" yang meninggalkan dia dlm kereta masa tu? Kalil mula sedar yang "Clue" (dalam mimpi) menyakinkan Kalil dengan perpisahan dengan Soraya sebenarnya telah dirancang oleh seseorang. Di sini juga MakLady dah dapat agak Siapa yang bersama Kalil ketika kemalangan dan mahukan Kalil berpisah dengan Soraya!! What abt U?

CLUE KEDUA : 
Kalau korg ingat semula dlm episod semalam, El terdengar perbualan Dr Hud dan Shireen di hospital. Terbukti Shireen mendapat lapuran ujian materniti dengan bantuan ..... (siapa lagi klu bukan "doktor"). El bersemuka dengan Shireen nak kepastian. Shireen tunjukkan lapuran tu dan bagitau yang Dr Hud pun terlibat sama, sebab ingin bersama Soraya. Dah boleh agak kan, Dr Hud terlibat dengan Shireen aniaya Kalil dan Soraya.

El terkejut dan terus bagitau JD tentang lapuran tersebut. Seperti biasa JD "terlepas cakap" kat Kalil. Dorg pergi confront Shireen dan sekali lagi Shireen menjelaskan yang ujian itu sah walaupn tanpa DNA Kalil? Mana mungkin lapuran tu confirmkan yg itu anak Kalil? Tarrraaa.... dengan bantuan Dr Hud. of koz!!  Nampak tak permainan mereka di situ...hhhmmm....

CLUE KETIGA :
JD pujuk El utk membantu Kalil menyelesaikan hal mengenai kandungan Shireen ni. Kini jelas Shireen cuba memerangkap Kalil dengan kandungan tu. JD syak Shireen ada hubungan dengan lelaki lain bila dlm FB Shireen ada gambar mesra Shireen dgn sorang lelaki. El pun nak tahu apa kaitan nya Shireen dgn lelaki yang bergambar mesra itu. Mungkin kah anak dalam kandungan Shireen itu anak org lain? Mereka siasat dan Kalil terus mengatur langkah dengan yakin bahwa Soraya patut diberitahu akan hal yang sebenar.

CLUE KE EMPAT: 
Namun belum sempat apa2. Shireen yang kecewa dgn penolakkan Kalil telah cuba bunuh diri. Abang2 Shireen culik Kalil dan belasah Kalil kerana sangka Kalil cuba lari dari tanggungjawap.Setelah menyakinkan Shireen yang mereka akan brkahwin, Kalil pergi semula ke rumah Soraya dan terserempak dengan Dr Hud. Di sana, Kalil telah berdepan dengan Dr Hud dan menjelaskan yang dia dah tahu apa yang penah Dr Hud lakukan ke atas diri nya personally dan juga hubungan cinta dia dan Soraya. Soraya nmpk kedua dari balcony atas rumah. Apa yang terjadi sehingga Hud jadi tak ketahuan lalu berlalu pergi tanpa memberi penjelasan kepada Soraya. Soraya pergi ke rumah tunang nya tu, tapi malangnya Hud elak kan diri dengan bersembunyi ... kenapa agaknya? Kenapa Kalil nak Hud berterus terang dengan Soraya akan perkara sebenar?

Apa kah clue clue di atas membantu anda diluar sana, meneka apa yang berlaku pada hubungan cinta Soraya dan Kalil dalam episod 24 dan 25 nanti ?

JAWAPAN nya ada dalam episod akan datang....
* Bila mana El dan JD temui jawapan kepada pencarian mereka.
* Bila Hud bersemuka dengan ibu nya dikampung..
* Soraya nak tahu apa yang berlaku antara Kalil dan Hud di rumah nya tempohari?
* Shireen happy bila Kalil bersetuju utk berkahwin tapi  ....

Persoalannya, mampu kah janji cinta Kalil dan Soraya memberi keabadian cinta terhadap Shireen dan Hud? Dan siapakah petualang yang cuba melerai janji cinta mereka? Semua ini bakal terjawab pada episod2 terakhir CINTA JANGAN PERGI ...

CUTI Sebab Jerebu Di KL & Selangor




Hari ini, SEMUA sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup seperti diwartakan malam semalam akibat jerebu yang makin teruk sejak 5 petang Ahad.

Seronok kanak2 bila dengar CUTI!!!
Tapi ingat yer anak2... JANGAN bermain diluar rumah! Jangan mengadakan aktiviti luar. Rimas dengan keadaan sekarang. Even dalam rumah pun masih ada kesan jerebu. Nak kena guna mask ni.... Bukan apa, kalau hidu bahan jerebu ni ada yang boleh ganggu pernafasan ....

Indekz udara amat bahaya untuk kesihatan. Malah jika keadaan makin teruk mungkin diistiharkan DARURAT pulak. Macam apa yg berlaku kat Muar, Melaka dan Pahang..!!  Keadaan udara di sana lagi teruk...

Pihak berkuasa sedang berusaha mengatasi masalah jerebu yang melanda negara skrg. Diharap keadaan cuaca akan pulih. Difahamkan jugak, sistem penaburan "benih hujan" akan dilakukan untuk meredakan cuaca kering dan berjerebu ni.

Marilah kita berdoa segala akan pulih dan kembali seperti biasa..

PS: kat mana nak pi cari mask. kat sini dah kehabisan stok :(

Selera The Cafe bersama Mak Dara & Mak Lady

Salam Monday.. yg masih berjerebu...

 Memandangkan kita dinasihatkan supaya berada di dalam rumah... apa kata Mak Lady bawa anda semua...menikmati hidangan sambil bersantai... Sebenarnya hidangan ni ... yg Mak Lady dan Mak Dara order masa berkunjung ke The Cafe @Royal Selangor tempohari. Ingat kan? entry pasal date meroyan yg kami wat minggu lepas? hehe Bagi anda yang tak sempat nk view entry tersebut boleh jer, KLIK KAT SINI.

Maaf kpd anda berpuasa ... sila baca entry dan cuba jangan pandang gambar2 kat bawah ni yer.. tetapkan iman.... selamat berpuasa !! Yang tak puasa tu...teruskan pandangan anda ke sudut bawah ni.... hmmmm

What we had? Nasi Lemak & RS Fried Chicken, Spagetti tu...yumm yummmy ... baru Rm12 sepinggan. Portion utk 2 org makan tau. Mak Dara order Ice Lemon tea dan Mak Lady minum English Tea yg hanya berharga RM8 tiap satu. Tapi yang menariknya Tea yg dipesan tu, dihidang dalam teko Pewter yg bernilai RM 950 !! ko aderrr??? Rasa enak, rasa sedap x klu minum teh dari teko semahal itu??

 Kalau teringin nak merasa... pergi la berkunjung ke The Cafe kat Royal Selangor di Setapak. Jgn lupa update akn datang.. Take care. Jerebu ... go! go away!! ;) Come rain! rain wash away the haze... huhuhu

Dating, HangOut with Anak Bujang

Assalam Smua...
How was your day?

Jom MakLady share my weekend dgn korg. Sekali skala wat entry cerita pasal aktiviti keluarga di hujung minggu...boleh kan?? Xsempat nk update so arini bru free...

Lets start with my exclusive date with...??
Dengan sape lagi klu bukan buah hati pengarang jantung MakLady. Dah lama x kluar makan2 minum2 dgn anak bujang Mak Lady. He called n nak ajak dating, Hmm best gak skali skali kuar dinner. Boleh jugak spend quality time together. Biasanya dengan the Aimiez yg selalu kluar makan dgn MakLady. Kali ni anak bujang plak, siap nak blanja lagi huhu (bila lgi Mak nak rasa... esok esok dah kwin... hmm xtau la yerrr...) ehhh kesitu plak kita!! Belajar pun x abis lagi...!!

My date with kids adalah moment yg paling bahagi. Yer, selama they're away. Blajar! So bile dah mula cuti pengajian baru la dpt kerap berjumpa. Bila dah ada masa lapang, kerap la jugak mereka ajak Maklady kuar bersama. Begitulah lazimnya. Kali ni pun lebih kurang sama. We started dgn minum petang plus dinner kat WangsaWalk. Ahad pulak, janji nk tengok wayang. Hmmm mcm Bf n Gf plak, dating bbagai hehe :))

Syukuralhamdulillah. So far anak2 MakLady ambil berat pasal MakLady. Bukan nk kata atau nk show off ke apa....tpi ikhlas nk share tentang sikap anak2 ni. Mereka ni klu dapat rezeki lebih pasti mereka tak lupa nak spare utk mak dorg ni. Itu yg MakLady nmpk. Mereka sendiri sedar yg berkongsi rezeki lebih dgn mak ayah kita, diberkati dan diberi rahmat di kemudian hari.. insyaAllah. As the parent, Rezeki Anak2 mohon dimurahkan lg dan dirahmati slalu.. aminn...Doa setiap ibu utk anak2 mereka ;))

Petang tu MakLady hangout bersantai dengan anak bujang bertemankan anak bongsu dan sorg teman. We chat, dine, laughs. Kopitiam tu macam sepi. Rasa mcm kita je. Meriah. Selesai semua kami pun beredar. (Sebab tak nak terlepas drama Cinta Jangan Pergi) Anyway, the moment we spend boleh dikatakan meriah mesra dan manja.... Oppss jangan salah faham ;)) Ajat, panggilan anak lelaki MakLady - memang manja sejak kecik lgi. Cuma dh besar ni MakLady x mo manja kan sangat, takut.., dia over ngada2. Anak lelaki kena kasi dia tough skit..Baik Amer maupun Ajat, dua dua sbenarnya lebih manja dari kakak2 mereka.

As a proud mom, MakLady dapat rasa yg kasih serta perhatian dari anak2 amat melegakan. Dgn caring inilah wat Sejuk perut mak ngandungkan korg semua tau...serious. We gone thru lots together. Naluri anak - emak x pernah padam. Walaupn ada masa terpaksa berdepan dgn perangai yg agak keanak2an dan mencabar kesabaran seorang ibu!! Ye la kan.. anak lelaki ni beza perangai mrk dgn anak ppuan.... Anyway, care n love u no matter what, how, who and where....

Nak ikutkan, anak anak bujang MakLady punya ciri keistimewaan masing2 dlm memberi kasihsayang dan perhatian kat Mak mereka ni.(Termasuk si Kakak2 nye pun...) Perhatian dari mereka pun lebih kurang sama. Cuma yang lelaki ni,  miliki sikap penyayang yg org lain tak tahu, bila berdepan dgn mak mereka. Mungkin mereka jarang nak show off. Tapi bila bersama, mereka lebih memberi perhatian dan kasih sayang yang hanya kita , mak nya yang tahu akan keistimewa dan rahmat dari ALLAH swt kpd hubungan Mak & Anak ni... ;))

Setakat ni MakLady bersyukur dgn pencapaian anak2. Baik Amerz maupun Aimiez!! Walaupn kami hidup sederhana dan msih ada kurang sana sini tp semangat anak2 utk berusaha sgt MakLady hargai. Seronok tgk mrk berjaya dlm plajaran dan dalam kehidupan seharian. Kita sbgai mak x minta apa2. Cukup lega hati bila anak2 berjaya bawa diri dan sukses dlm hidup. Alhamdulillah ~ syukur...

Sunday, June 23, 2013

KLCC Hilang dek Jerebu ..

Assalam warga kota.
Assalam warga Malaysia
Ceria di hujung minggu.

Pagi Ahad yg sepi dikejutkn dgn keadaan cuaca yg suram melanda ibunegara. Kita dh pun tau keadaan ini dah melanda sebahagian negeri di selatan tanahair seperti Johor dan Melaka.

Said to say KL kini dh tercemar dgn Jerebu jugak! Tengok la photo yg Mak Lady sempat snap tdi..jalanraya lengang dan permandangan indah kini dah kabur! KLCC hilang ...

*tlg jgn kluar umah. Jika perlu, amik langkah keselamatan kesihatan. Mereka yg ada masalah pernafasan atau asma dilarang berada di luar kawasan. jangan lupa pakai TOPENG tau..*

Friday, June 21, 2013

Hadir Majlis PreView Ramadhan di Restoran Rebung, Bangsar

Assalamualaikum Semua Salam Jumaat :)

Tinggal bbrapa minggu lagi kita nk berpuasa. Rata rata yang sibuk wat persiapan adalah tuan tuan punya restoran! Yelaa, masa tu la, dorg nk kaut untung berlebih sempena Ramadhan. Macam2 iklan ditawarkn kpd pengunjung. Bukan stakat di Hotel2, restoran 5*, 4* malah restoran yg biasa2 pun akan ada Buffet Ramadhan. Smua utk tetamu menjamu selera berbuka puasa dgn berbagai jenis makanan - u name it, semua ada! Tepuk poket, tanya selera...

Dengan niat yg sama, pemilik bersama Restoran Rebung di Jalan Maarof, Bangsar, Chef Ismail telah berbesar hati melancarkan promosi Bufet Ramadhan malam semalam. Preview Bufet Ramadhan adalah utk memperkenalkan juadah yg bakal dihidangkan kpd pengunjung sepanjang Ramadhan nnt.

Ramai jugak yg hadir termasuk bloggers, wartawan media eletronik, media cetak, rakan artis dan celebriti, pengunjung serta rakan2 Chef Ismail. Konsep majlis - Arabic Nite. Kata Chef Ismail, nak kasi mood Timur Tengah sebab Ramadhan hampir tiba.. Menarik sangat! Siap dengan tema ...

Makin terpesona, bila melangkah masuk ke Restoran Rebung dah ada FEEL mcm brada di padang pasir. Kami dipelawa dan dibawa ke meja pendaftaran. Still in the mood selari dgn hadirnye musik latar dan wangian ala ala Padang Pasir.

Namun mood blogger Mak Dara berubah bila petugas dalam kesukaran utk mendaftar kami. Tambah gundah bila kehadiran kami rupanya tidak didaftarkn seperti sepatutnya..

WHAT? nama kami tidak disenaraikan? Sedangkan kami telah confirm akan hadir! Ada communication breakdown la katanya... Free sitting tapi meja telah dikhaskan utk tetamu yg berdaftar... hmmm Mood dari OK dh jdi KO uolz !

Sebagai tetamu yg dijemput dan telah confirm kan kehadiran, korg rasa2 mcmne yer, bila brada dlm situasi begini? Nasib baik petugas yg helpful dlm memberi jaminan yg kami msih boleh dpt seat lalu, diarah utk masuk ke dewan santapan..

Kami melangkah sambil terpinga pinga x tau nk duduk mana.. Lantas datang petugas lgsung mengarah 2 mak-mak ini.. duduk di meja di ruang yang agak terasing dari suasana majlis. Mungkin ruang yg kosong ni utk reserve kot. Sekitar bilik cuma ada meja tersusun indah dan hanya kami berdua sahaja kat dlm tu...

Well...masa tahap ni, Mak Dara dah mula rasa ... "kita x sepatutnya brada di sini" - uolz tau kan what's on our mind.

Eventhough mereka memohon maaf tapi rasanya kurang wajar untuk melayan tetamu yg x berapa nak glamor ni, begini semata mata kesilapan di pihak mereka..
Our mood yg bersemangat mula tdi, dah down.. Bukan sebab kami kena duduk kat area yg terasing, cuma rasa ralat la bila kita sbgai tetamu yg dijemput di beri layanan serupa tetamu Reserved! Maaf sgt2. Bukan nk suruh layan kami mcm tetamu VIP. bukan nak minta blogger mcm kami diberi red carpet, tp cukup la jika kami dihargai sbagai bakal pelanggan pun sudah cukup. Kami sure happy punya!

Rupanya bukan kami berdua yg tak disenaraikan malah ada 2-3 org blogger lagi yg hadir pn, nama takde dlm list dan 'dihantar' ke ruang terasing tu. Adoii..kata majlis ni utk kami - the bloggers - sbgai ahli media yg dijemput utk Preview (dan Review) Bufet Ramadhan ke? Tapi kami rasa mcm Unwanted Guest plak?

Anyway, ucapan Terima kasih kepada Chef Ismail atas undangan ke majlis Preview ni..Maaf bukan niat kami nk komen ngada ngada. Bukan nk mengaib atau mencongkil secubik kealphaan pihak Rebung maupun Chef Ismail, tp agar apa yg berlaku diambil iktibar supaya lebih peka dan bertanggungjawap. Namun, MakLady maupn MakDara, tidak menyalahkan Rebung kerana ape yg brlaku diluar kawalan. Biasa la, bila ada event mcmne, pasti ada cacat cela. Sebab tu jugak, wlaupun ada sikit ketidakpuasan hati di situ - kami decided to stay on.

Tambah pulak bila mereka sedar kesilapan, dan En Saiful sendiri slaku pengurus majlis memohon maaf bgi pihak tuan rumah dan urusetia. Lega skit la hati...Malah, Chef Ismail sendiri mempelawa kami duduk di meja khas. Layanan "persona" Chef Ismail sungguh mengharukan. Terimakasih skali lg. Personally, Mak Lady kagum dgn keramahan dan PR beliau trhadap tamu yg datang..sedikit sebanyak membuka selera kami untuk merasa Air Tangan Chef Ismail...Yela.. bila lagi kennn ;)

Review ??

Harap bersabar ye kekawan..
Mak Lady sambung nnti...

(Check us out on my next entry - dgn hidangan yg sempat kami rasa sebelum meninggalkan majlis...)

26 years ago...




Happy 26th Birthday
ERIN

Thursday, June 20, 2013

My Worth Buying Shoppe

selamat Pagi..
berkat hari Khamis ni,
ML nak ajak korg gi jalan jalan terjah menerjah blog kekawan..
Dah lama sungguh x buat segmen Terjah ni...
ye, hari ni ML nk terjah blog rakan2 niaga secara online.. known as Online Shopping Blog.
Therefore, ML nk minta tolong skit..boleh tak? .. boleh laaa ("_*)
Tolong suggest kan mana mana blog niaga yg korg suka terjah klu nk dapatkn something. Kira your favourite online shoppe la...
Blog, yg pada pandangan korg - berbaloi utk di terjah. Komen sikit pasal blog niaga tu. Kenapa u suka shopping kat sana. Type simple2 je pun OK. Nanti ML akan terjah, dah klu blog dan produk dia menambat hati ML, ada hadiah misteri menanti utk korg sbb share dgn ML. Amacam?
Boleh jugak share dgn kekawan lain ... Lagi best klu Uol punya business ONLine sendiri ! Sekurang2 buat pahala, perkenalkn business utk rakan2 terjah nanti. Almaklum lah raya dah nk dekat, ML malas nk kuar shopping ... blogshopping jer . ahh gteww lerr.. (^_^)
Sementara tu, jom singgah kat blog My Worth Buying Shoppe.. cuci mata pepagi...kasi segar pepagi Khamis ni.
ML pun nk ajak korg singgah blog anak2 ML - Closets of Amy Amy. Check them out kat instagram : closetsofamyamy atau whatsapp 0142737253 or email aaron_axquack@yahoo.com klu nk order produk mereka.
Ok, uolz.. sila tinggal kan URL blog shoppe fav korg kat COMMENT ye. Mana tau, sambil terjah and sharing, diberi rahmat pepagi Khamis ni.. aminnn..
Happy Blogwalking and Shopping...

Wednesday, June 19, 2013

Mak Dara, RSVC & Lunch Date bersama MakLady

Assalam Semua...

Dah Minum Petang? bagus...
Mak Lady msih kenyang lagi ni....
he he he....

Hmmm... apa pun MakLady & Mak Dara berharap waktu Lunch korg semua tadi, berlalu dengan tenang. Alhamdulillah....
Macammana dengan Lunch kami?? ....
Cer tengok wajah orang puashati kat atas ni...hehehe...

Mak Lady tau, korg sure tertunggu-tunggu nak baca entry ni kan? hmmm x tunggu pun ?? :(( oh kejamnyaaa...:)  Takpe laa... dah alang2 singgah tu - teruskan membaca atau menjamu mata korg dengan hidangan kami pada LUNCH DATE kali ni....(sebenarnya kami speechless ..tak tahu nak crite macam mana seronoknya ketika di Royal Selangor di Setapak.

Oh yee...  MakLady pasti ada diantara blog readers kesayangan Mak Lady yang kenal dengan Mak Dara. Kami ni adik beradik sepupu belah mak, di mana Makcik Aaa ( ibu Mak Dara yakni Puan Zaleha Darus) adalah adik kepada bonda MakLady...Sempena pengenalan ni jugak Mak Lady nak ucapkan, Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 63 kpd bonda Mak Dara.

TODAY is her birthday!!! 
Semoga diberi kesihatan yang menyegarkan dan sihat walafiat hendaknya, disamping kami ni - anak dan anak sedara serta keluarga tercinta. Aminnnn....Yang penting, selepas Lunch Date ni, Mak Dara akan bersama adik bradik yang lain meraikan bonda dengan satu lagi jamuan.... .hhhhmmm Busy sungguh Mak Dara kan.... :))

Takpe! Takpe! Rancangan kami diteruskan dan kami sampai di destinasi kul 12 tengahari. Hmmmm nampak Mak Dara teruja sebab menurut nya, belum penah lagi berkesempatan nmelawat Royal Selangor. Bukan satu kejutan pada MakLady kerana ramai lagi kekawan MakLady yang tak pernah ke sana. Walaupun lokasi nya terletak tidak jauh dari tempat kami. Selain dari tarikan pelancung, orang kita juga akan merasa selesa utk melawat. MakLady yakin kalau korg pun berkunjung,  ke RS pasti teruja jugak~!!

Lebih tepat sekali, kunjungan ke Ibu Pejabat, Kilang Memproses, Bilik Pameran dan jugak The Cafe di bangunan yang sama. Di sini lah kami menikmati Lunch tengahari tadi. Sebuah restoran Barat bersulam dengan menu tempatan menarik ramai pelancung dan pengunjung untuk mendapatkan makanan setelah penat berpusing2 melihat pameran yang tersedia di sana.
Sebenarnya MakLady penah bercerita perihal
 The Cafe ni kat entry lepas MakLady.
Rajin2 lah intai segmen MakLady pada ruang
SELERA MAKLADY & JALAN JALAN CARI MAKAN.
Keunikkan hidangan di The Cafe, di mana kita dihidang dengan
teko teh yang diperbuat dari Pewter . Harga sebijik hanya RM950
- Terasa masam minum teh di tempat eksklusif  jerr..
 Alamak~! MakLady melalut plak dahhhhhhh... *Maaf yer...*
Selepas menjamu selera Mak Lady pun membawa Mak Dara bersiar2 disekitar Royal Selangor Visitors Center. Habis satu RSVC kami ronda... Sempat pose gak ler.... hehehe....Biasa la klu dah nama blogger tu, tak sah kalau tak amik gambar( " .)

Apa yang menarik di sini, Mak Dara juga teruja menikmati Spagetti dan minum teh panas dari teko termahal yang penah dihidangkan kepada beliau....Ada tak rasa macam Mem Besar tengah bersantai mewah. Mak Dara? hahaha.. Tak lupa juga pengalaman Mak Dara menyarung cincin yang harga nya melebihi pembelanjaan untuk kerja kan HAJI..!! Ko aderrr...??

Cerita banyak tak guna! Apa pun, Mak Lady rasa puas dapat berkongsi pengalaman dengan Mak Dara ketika di sana. Kalau nak bercerita mau kena wat entri bersiri..macam drama berseri Teduhan Kasih..hahaha..Oleh itu, rajin la jengah entry kami nnti, siap dengan gambar yang lebih menarik lagi yer.. ;)
.
PENDEK KATA hari suppose to be the WORDLESS ..Wednesday...Sebab tu laaa panjang tak terkata apa2. Ye dok??  :p

OKlah Uolz. Kami nak gi jalan2 cuci mata plak dilepas ni.....hehehe Cari bahan utk our next entry ~ Stay OnLine  :)) dan sila layan gambar2 yang sempat di snap nanti k... :))
Take care - Wa'salam

Lunch Date with Mak Dara

Assalamualaikum BlogWalkers
Welcome to My Dear Blog...

Seperti di WW kan pagi tadi - Kini tiba masanya MakLady melapurkan event yang sederhana (sbb kami je tetamu undangan dan juga teman date lunch yang memeroyankan event kali ni)  Yang penting ~ tetap meriah !! :)

MAHU TAK MERIAH???? 

Bila Mak Dara bertemu Mak Lady!! - Confirm Meroyan.!!. ha ha ha

Tambah pulak tempat temujanji ni belum penah Mak Dara singgah. Tu la sebabnya MakLady ajak Mak Dara mengalami sebuah pengalaman yang sangat .... berharga! the best of the best!! bila berkunjung ke sini...

Bagi yang nak tahu Di Mana?
Bagi yang Nak tahu meriah ke tidak....seronok ke tidak.....
Kena bersabar dulu yer... (nak enjoy our food dlu - later kita update k ;)

Tungguuuuu.... lepas ni MakLady dan kezen kesayangan MakLady ni,
akan update entry tentang our LUNCH DATE...
Xpe! Xpe! sempat lagi kalu korg nak pi solat atau makan dulu....

Dont worry! later2 nnti kami update kan "event meroyan" kami, siap dengan gambar....
(sorry hari ni tak berapa nak WORDLESS sangat yer....)

Jangan lupa tau - singgah blog Bicara Mak Dara , kalau nak tahu APA yg meriah sangat tuuuu.....

Oklah Uolz - kami dah lapar ni. Hidangan pun dah terhidang ni....
hhhhmmm yuummmmmyyy....
Mak Dara sempat pose utk pembaca MakLady :)
<3 Thanks luv <3

Bismillahirahmanirrahim.....
(HARUS BACA DOA MAKAN DULU ...tau :p~~ )
sbelum snap! snap!

Exclusive Lunch Date with Mak Dara

WordLess Wednesday
http://www.bicaramakdara.com/
NANTIKAN Lapuran sepenuhnya...
Tunggu ....

"Chakkk!" ... Good " Wordless Word " Morning!!

Monday, June 17, 2013

Candy Crush CrazyNess

Morning!! Assalamualaikum semua. Minggu Baru ... Hari pun baru.. Kini ada Fenomena baru! Mana saja pergi..ada saje kedengaran org dok brcerita pasal game ni... Dari remaja sampai la ke remaja purba mahu pn remaja batu hahaha (remaja batu - pinjam istilah baru kamus my BFF hehe)
Craziness of Candy Crush! Dah jdi mcm dlu nya, dgn Farm Ville, Cafe dan ntah mcm2 online game yg melekakan tu. Addicted habis semua masa tu, trmasuk MakLady. Sampai klu kat Farm Ville tu dah berekar ekar tanah. Berjenis2 tanaman, binatang ternakan yg MakLady bela. Kalah Old Mc Donald punya farm. Duit yg dpt hasil tuai jangan ckp la. Klu d bumi nyata ni, MakLady dah ada luxury bangalow Uolz ! Hahaha Nak tau tak! Masa tu, sanggup balik keja awal semata mata nk tuai tanaman yg dh masak ikut waktu. SERIOUS addicted!!
Skrg ni plak MakLady tengok rmai dh addicted dgn game pecah gula gula utk dapatkn duit or point ni? Mak Aiii..maaflah xmo terjebak lg...sbb tu x amik port how the game is played. Cuma rasanya Mereka yg main ni lg mahir dgn memastikan mrk dpt pecahkan candy utk score! sampai ke level yg tertentu ada la agaknya dapat xtra point... Hmmmm ape ape pun MakLady xmo terjebak!! Laaarrriiii Hahaha
Dahlah bulan Ramadhan nk dekat ni. Takut nanti MakLady leka dok main Candy Crush - amalan nak tambah pahala tak terbuat.. Mana taknye dok ngadap Candy Crush jer - Ape pun Tak Boleh... Hehe
ohye. Ada kawan nasihatkn MakLady gak : Jangan Main sampai Addicted. Takut trikut perancangan pihak tertentu di sana untuk melalaikan umat Muhammad...
Jangan Sampai...Melekakan kita. Sampai kerja pun terbengkalai. Urusan dgn Allah pn tergelincir. Jadual harian terganggu... Semua gara gara online game - Candy Crush...?? Alahaiii caabuuttt laarriii...

Sunday, June 16, 2013

Mencari Amer .. Bersama ZZ Soccer Junior

Salam Ahad.
Pepagi lagi maklady dh bangun. Hari Ahad yg sinonim dgn hari rehat bagi yg bekerja di KL, xde beza nya ... Sebab hari ni slalu nya Amer akn jalani soccer training kat kelab bola yg disertai sejak usia 10tahun lgi. Ala-ala team soccer kid di area WangsaMaju ni.

Sebenar team Akademi ZZ Soccer ni dah lama ditubuhkan utk memberi didikan kpd kanak kanak berusia semuda 5tahun sampai la peringkat skolah menengah. Coach yg ajar budak2 ni berpengalaman dan ada yg penah wakili kelab2 dan pemain kebangsaan. Pendekata, bukan calang2 mereka ni dlm misi menjadikan kelab akedemi bolasepak mereka ini, hebat setanding kelab bolasepak remaja yg lain.

Amer pn, sejak join team ni dh bnyk skil dan teknik soccer dia blajar. Maklumlah bidang sukan bolasepak ni Amer minat sejak dari dia kanak kanak lgi. Bakat dan minat mungkin diwarisi dari bapa MakLady kot. Sebb arwah bapa salah seorang pemain bolasepak seangkatan dengan Arwah Ghani Minhat. Mereka penah sama-sama bermain dlm satu pasukan wakil Selangor Rangers dan Malaysia, suatu masa dlu. Bak kata org tua...Mana tumpahnya kuah klau tak ke nasi.

Tambah lgi dengan bakat yg ada ni nti, mampu diketengahkan diperingkat skolah, kelab dan jika ada rezeki, join team Selangor! Hmmm tinggi azam Amer nii., insyaAllah ..sape tau sekarang kita MENCARI RAMLI....esok esok mereka cari Amer... ;))

Sblum tu - maklady ade "warning" Amer...JIKA nk berjaya dlm soccer HARUS tumpukan juga bidang akademik. Pasti kan berjaya kedua nya... Barulah jamin masa depan.... Jadi pemain yang berilmu dan berjaya dlm sukan mampu bentuk jati diri !! Tak gitu?? ;))

Happy Father's Day

To All Fathers... and Mothers who became the "father" and still doing it...

Friday, June 14, 2013

Monsters Masuk Universiti : A kid in you!

In everyone of us.. Even at my age, we still have with us the "little kid" who hides inside our body and only come out once awhile. But when can u see that?
Ahh haaa... Wait till your "kiddo friends" come to visit u. Or being in a place that bring the kid in you!! Perhaps visit the funfair, kids playground or even watching cartoons and animation movies will.do the tricks.
X caya?? Try gi Disneyland ke..gi Legoland ke..watch yr favie cartoons, tengok wayang Monsters Inc..ke? Ade tak rasa korg brada di dunia mereka..Sekurangnya trasa gak yg kita masih ade jiwa kanak2 ada dlm diri kita .. ;))
KALAU xde gak..?? hmmm... Apa kata try method ni plak: All u have to do is ... To have a look at these soft toys ( karaktor2 dlm movie ni)Then, kalau dh ade rasa teruja dgn kecomelan merek ni..kira mmang ada je the Kiddo in you. :) btul x? Huhuhu
Jom tonton movie Monsters Inc ....Kali ni Monsters enrol masuk Universiti jdi pelajar. Kat universiti jdi havoc dgn karektor dibawah ni. Sure imbas kembli zaman kanak kanak korang ni...

Salam Jumaat

Salam Penghulu segala hari.

Moga Allah swt, kasiani kita. Mohon Allah kekasih hati kita sentiasa memberi RahmatNya dan memelihara kesejahteraan kita dunia dan akhirat.

Ya Allah, Kau dekatkan lah hati ku dengan sinar keimanan. Limpahkan lah rezekiku, luaskan hidayah mu agar aku sentiasa ingat pada mu. Ya Allah. Ampuni dosa2 ku, dosa ibubapaku, anak2ku serta sekalian sahabatku.

Ampuni dosa dan alpha kami dalam  mengingati mu. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lgi Maha Penyayang.

Amin2..Rabbulalamin
Alhamdulillah
Salam Jumaat

Berbuka Puasa Bersama Adi Putra.

Tak lama lg kita akan jumpa bulan Ramadhan. Maka dlm masa kita sibuk berpuasa, pasti dah rmai yg dok wat macam2 plan...

Selain dr niat utk jalani ibadah dan amalan yg mulia di bulan Ramadhan ni, trmasuk amalan berterawih di mesjid2, ada juga yg berura ura utk banyak kan amalan kearah menguci diri. Memangpun dituntut utk buat amalan yg baik sepanjang bulan semampu yg boleh...

Termasuk menghadiri majlis berbuka puasa. Xkira la kat mesjid, surau maupun di rumah. Janji harus amalkan dgn jalan yg diredhai. Ape jua niat di bulan puasa nanti harus betul...tau.. ;))

Begitu jugak la dgn acara demi acara yg bakal berlangsung sepanjang Ramadhan nnti oleh hotel2 maupun arena medan selera dan restoran. Contohnya. Majlis Berbuka Puasa bersama Adi Putra yg akan diadakan di restoran Bora Ombak pada hujung minggu kedua puasa!!

Sambil itu jamuan ditempah utk bersama anak anak yatim. So jgn lupa hiburkan mrk kerna mrk juga nikmati rahmat dibulan puasa nnti....

Ps: haaaaa... maklady nmpk rmai pulak Ladies yg dh start beli barang utk sambut puasa...amacam?? Dah ready ke....huhu

Apepun, jgn lupa.. Wat temujanji dgn Adi Putra. Sambil berbuka puasa bersama, dapat kenali Hero Teduhan Kasih ni.

Selamat Berpuasa Uolz ;)

Special Dad & His Miracle Baby

A STORY OF A GREAT DAD....
rrwnj
Mahmoud Saliman, 29 tahun,
Tidak dapat menahan perasaan SUKA
atas kelahiran bayi, Aya yang dilahirkan
ketika beliau berduk kehilangan isteri
tersayang 2 hari sebelum kelahiran Aya
secara pembedahan. 
sl9qr
Ibu bayi ini, Jayne Saliman (41) telah disahkan meninggal
akibat komplikasi "brain disfuntional" ketika kandungan
nya baru 25 minggu. Untuk menyelamatkan bayi, setelah
diberi bantuan pada jantung bayi, pembedahan dilakukan
utk kelahiran Aya, bayi perempuan yang comel.
bayi
Walaupun berat mata memandang, berat lagi hati si bapa
menerima takdir kehilangan isteri dikala dia menyambut bayi
mereka. Nama Aya diberi kepada bayi ini, yang bermakna
keajaiban merupakan nama yang dipilih oleh si ibu, ketika
dia masih hidup. Kelahiran ajaib ini, memberi harapan buat
si ayah berkongsi kasihnya pada isteri dan bayi Aya, yang
 diselamatkan dengan kepakaran perubatan moden. 
OYgUu
SUBHANALLAH
Beginilah Keajaiban dari ALLAH swt...

HAPPY DAD'S DAY!!

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]