WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, February 28, 2013

Back To Back - Setia Hujung Nyawa

 Assalamualaikum Semua

Sejuk mata tenang hati MakLady
tengok gambar kat bawah ni....
  
Koleksi dari drama SHJ oleh Suhan Movies
Apa idaknya ~ 
Cuba korg tengok dan tafsirkan sendiri
Istimewa nya SAAT ni...

Antara adegan yang BEST pada MakLady
ialah Masa Zain ingin mengimamkan solat bersama L
very the shahdu and touching!
Oh so sweet :))
*harap ramai lagi pasangan suami isteri di luar sana 
yang sempat solat berjemaah bersama...*

Hari ni tadi, MakLady takde aktiviti penting so apa lagi.....
tonton semula Back to Back TOP drama 
dari episod 1 - akhir (episod 28)
SANGAT - SANGAT SUKA & PUASHATI
(jangan lupa solat waktu - jgn leka..)

Seronok ke Jadi Blogger ni?

Hello... Salam Sejahtera

Pemah Tak Orang tanya....., "Seronok ke Jadi Blogger?"
Apa yang Best dan Tak Bestnya bila jadi Blogger ni??

Seperti sebahagian kekawan blogger yang lain... MakLady muncul sebagai blogger bukan dirancang. Namun, Bahagia sungguh masa mula jadi blogger. Bersemangat!  Saban hari ada saja entri yang MakLady karang. Tak kira la topik apa pun. Ye laaa..nama pun "blog diary" - Macam Macam Ada...

Bahagia, Suka duka MakLady berblog dapat dilihat pada entri MakLady. Atleast, kala itu, tak terlintas pun di hati kecik ni, utk jadikan blog MakLady dikenali! Sekadar Seronok2 bila ada Blog sendiri. Blog tu MakLady namakan, My Shades of Love yang tersimpan segala jua situasi MakLady samada gembira, seronok, terhibur maupun stress, geram, sakit hati, mengampah!! ALL of that, I put them in my entries. Senang jer - dh selesai menulis. baca dan published ~ baru rasa lega. RASA PUAS HATI... :) Itulah yang SERONOKNYA~~

Menulis cerita MakLady, tak usik sesiapa pun... Pada blog MakLady, tertulis kisah pasal diri, keluarga, kerjaya dan life sehari2. Rasanya Im Not Alone. Ramai je lagi yang menulis pasal diri termasuk story mory pasal buah hati. Pasal cinta sayang itu, ini - sangat berlambak!hokeyyy... siap dengan photo sana sini lagi? Itulah dunia blogging. Itulah hakikatnya.....
Best ke jadi Blogger? bila niat yang kita semai utk berblog ni telah dicemari oleh jari jemari yang kurang adap dan ajar? Pada MakLady, menulis perihal diri selagi tidak mengancam dunia itu bukan kesalahan. Segalanya bergantung pada diri kita, tanggungjawap kita apabila kita berkarya. Namun, bak kata perpatah, BUAT BAIK BERPADA PADA, Buat jahat jangan sekali... Buruk padahnya.

Dunia Blogging ini bukan lah luas mana. Macam dunia artis jugak. Esok esok kita akan terbaca juga. Bagi mereka yang tak bertanggungjawap tu, memang tak kudis bagi dia. Cuma apa yg diperkarakan jika perlu, harus berlandaskan rasa hormat sesama kita. Menjaga maruah orang seperti menjaga maruah kita sendiri. But as for me, we are free to say our peace!! Just like U & your diary. Cuma kali ni, apa yang kita tulis dan published, akan menjadi tontonan dunia. So be ALERT dear !! Silap haribulan, silap komen, silap cakap, silap tulis, SIAP! nnti kena Saman~!!

Kenapa MakLady cakap macam tu?? Sebabnya, pada mula MakLady bina blog, MakLady dah tanam sikap I DONT CARE!  Maksudnya, MakLady tak kesah la apa org lain nak buat dengan blog mereka, tak kena mengena dengan Maklady. Yang penting bagi MakLady - ada blog and im happy to reach others and share my writings.

First Publish : 23/4/2011

Tuesday, February 26, 2013

Segmen BDL: I Follow U Back

Salam Sejahtera Sayangku
Credit: Sembangcyber.com
Terlebih dulu MakLady nk mohon maaf
sebab dah lama tak buat segmen BlogWalking....

Tambah plak sekarang musim demam - agak lemau la nk buat update entry. So dengan manis muka, Maklady nak ajak rakan2 bloggers utk sertai segmen Blog Dear Lady : I Follow U Back~!

So hari ni, MakLady nak buat kunjungan berbalas .....
Jom kita Blogwalking ke blog Followers kesayangan MakLady.
Harap sudi lah menerima kunjungan MakLady ke blog anda (",)

1.   http://seneoritabaharin.blogspot.com/
2.   http://furrasbubblynotes.blogspot.com/
3.   http://boladaribintang.blogspot.com/
4.   http://farrakeyna.blogspot.com/
5.   http://apriljune2011.blogspot.com/
6.   http://norhayatiberahim.blogspot.com/
7.   https://plus.google.com/115821076882243736970/posts
8.   http://saffiyanafisah.blogspot.com/
9.   http://azievee.blogspot.com/
10. http://azhamvosovic.blogspot.com/
11.  http://trueny.blogspot.com/
12.  http://enyusnizar.blogspot.com/

13.  http://quenieyline.blogspot.com/

Bagi yang belum FOLLOW Blog MakLady selama ni, boleh Follow then letakkan link blog anda kat kotak Comment kat bawah ni.. Nanti MakLady terjah blog anda dan Follow U Back~!!

Letak message kat COMMENT :
MakLady - Saya dah follow Blog Dear Lady . Sila berkunjung ke blog saya : (letak link blog anda di sini)
Then, boleh la MakLady FOLLOW uolz plak...

Happy BlogWalking ;)

Blog MakLady Ganti Diary

Assalamualaikum wahai teman2 sekian...

Dah baca ENTRI MakLady sebelum ni? Nak tahu sambungan dia??
Teruskan membaca entry di bawah ni - TQ ;)

***
Bila plak MakLady mengambil keputusan utk jadi Blogger??
Dari awal penglibatan, tidak pernah terdetik utk hadir dikalangan rakan rakan blogger lain. Pada MakLady dapat mencurahkan idea di arena blog ni, sekadar hobi itu pn dah cukup! Almaklumlah, MakLady memang suka membaca dan menulis blog.

Bila dibelek2 blog ni, ttiba MakLady tekenang saat mula2 MakLady berjinak2 dgn BLOG! Bila diingat2 kan, MakLady mula bblog secara aktif sekitar 4 - 5 years ago. Tak la sehebat mana pun blog MakLady masa tu, jika dibanding dgn mreka yg dah lama blogging ni. Bloggers pun masa tu, takde la ramai sangat. Xmcm Skrg ni, makin ramai bloggers muncul. Blogs dah tumbuh mcm cendawan musim hujan.. Smakin rambang mata la plak bila MakLady blogwalking.

Mcm2 cerita, ada yg best ada gak yg kurang sengatnya. Mcm blog MakLady pn sama! Kurang sengat sbb nya ...?? hmmm rasanya kurang kreatif kot. Lagipn MakLady bukan pandai sgt bab2 nk godek2 widget yg tersedia. Tgk je la blog MakLady compare dgn yg kat luar sana... sungguh sederhana!! (pd pandangan MakLady laa)

OK .. MakLady mula buat blog dah lama. Klu xsalah MakLady my first blog masa tu, bnyk bercerita kesah suka duka harian. Mcm diary! Tapi masa tu MakLady xde laptop sendiri. Terpaksa catit apa yg nak tulis dulu then masa rehat guna PC di tempat keje utk update blog. Sanggup tak kluar Lunch!!

Almaklumlah..masa tu broadband ni blum bnyk mcm skrg! klu nk ada pn, harga dia mahal sgt. Xmampu nk buang duit utk benda2 mcm ni. Then blog MakLady terkubur sbb selain dr xde masa nk online, keja bnyk plak kat opis. Hanya weekends je leh berkarya. Then, bila MakLady dh ada laptop, mula semula dgn menulis entry utk blog yg dah lama bersawang. Boleh dikatakan  tiap2 hari MakLady luahkan idea n karya dlm blog tu. Pendek kata apa saja terlintas, MakLady akan turunkan ke dlm entry blog. Dari hari berganti bulan . bulan berganti tahun... Akhirnya blog yg aktif tadi, menjadi teman setia MakLady!

Mulai mengarang entry mengenai apa yg MakLady lalui saban hari. Sekurang2nya dapat release segala yang ingin diluahkan. The blog seperti diary MakLady masa tu. Segala suka duka kami kongsi bersama. Followers yg mula dr kalangan kluarga terdekat sudah merebak kpd rakan bloggers. Walaupun pada mulanya hanya sekadar kunjungan namun makin hari, makin ramai yang setia bersama blog MakLady tu. Sehingga mencecah ribuan dalam masa setahun~! Mula dah ada yang rajin menegurMakLady di sana, dan beri komentar mereka mengenai entry yang dibaca. Ada juga antara mereka yang masuk baca entry sekadar membaca (silent readers) tapi MakLady tak kesah sbb minat utk menulis mmg tujuan utama MakLady buat blog ni. Klu selebihnya I gave the credits to my talent and ideas.

Ideas? Ye la..klu dah menaip tu mcm air sungai mengalir laju idea tu datang. So klu menulis tu, tak penah lagi MakLady nye entry pendek2. Smua panjang berjela..jelaaaaa.... JUST LIKE THIS ONE!!! [hahahaha...]

*oleh kerana dah panjang berjela entri ni - kita sambung next ENTRI k ;)) tunggguuuuuu.....*

Monday, February 25, 2013

Aidil Zafuan Tidak Sayangkan Rita Lagi !

"Saya Sudah Tidak Sayangkan Dia..."
Itulah kata kata yang paling Kurang Sopan Dan agak Kurang Ajar 
yang MakLady kira...tidak harus dilafazkan oleh seorang SUAMI terhadap isteri 
walaupun pada ketika itu, sang suami ni sudah ada pengganti....
atau pun sudah nekad untuk lepaskan isteri nya.

Walaubagaimana cara pun, jika sudah tidak ada hati, 
harus lah dilepaskan cara baik. Tak perlu lah nk buat kenyataan BODOH!
oleh seorang anak lelaki yang dilahirkan dan diberi nama Aidil Zafuan...

Rata rata - ramai peminat yang bengang !
seolah Aidil lupa bahawa orang yang dia tujukan itu adalah orang yang sama yang penah dia sayang dia puja dia puji dia kasih dia sayang. Orang yang sama yang penah LAHIRKAN 2 orang putera untuk diri dan keturunan dia! Ni kes kacang lupakan kulit ke? atau Hilang Madu Sepah Dibuang...??

Pada pendapat MakLady, Adalah kurang bijak bagi Aidil Zafuan
mengeluarkan kenyataan sebegini...walau apa pun alasan beliau
untuk menceraikan Rita Rudaini, sedangkan umum tahu siapa 
Aidil Zafuan - dan siapa Rita Rudaini....

Mungkin Aidil lupa kot atau tak diajar untuk hormat wanita yang penah hadir dalam hidup dia sebelum ini. Sedangkan ibu dia pun wanita bergelar isteri! Apa perasaan Aidil Zafuan, KALAU ibu dia sendiri diperlakukan seperti ini? Tak Mustahil kan hal yang sama ALLAH perturunkan? ALLAH kan Maha Mengetahui..Maha Memahami.. Maha Adil.. Jangan terlalu Ego hingga lupa adat yang diajar...

(maaf, MakLady hanya kata KALAU bukan mendoakan yerrr)

rita dan aidil
Saya sudah tidak sayangkan dia. 
Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan 
dan tiada jalan penyelesaian.

How to be A blogger? - MakLady's style~!


Assalamualaikum 
Happy Monday! wahai teman2 sekian...

Sambil wat keje di pejabat / rumah, apa kata belek2 blog dan baca entry MakLady ... (siap promote tuuu...) 
Kali ni, MakLady nk share - How I became A Blogger?

Ramai kawan2 rapat MakLady pun tak tahu - Im a blogger. Lately ni baru ada yang sedar...." Oh U blogger ke?" ... "Tak sangka plak u ada blog?" .."You tulis apa dlm blog you tu?" 
Ye laa..at my age ni, masih ade ke masa nak berblogging? Kenapa nak berblog? Macam2 soalan yang bermain di fikiran mereka dan org luar sana ....

Pada MakLady...usia bukan penghalang utk sesorang utk berkarya, terutama dalam dunia penulisan. Cuma method atau media je yang membezakan. Ada yang lebih gemar ilhamkan penulisan dalam penerbitan buku atau novel. Ada tu plak cenderung dalam menulis hal hal yang lebih serious seperti rencana, forum, idea pemikiran dll. Pendek kata selaras dengan perkembangan sosial dan usia penulis itu sendiri. Masing masing ada gaya dan cara tersendiri.

Bila Minat Menulis timbul dan kenapa pilih untuk BerBlogging?
Dulu ketika remaja, diary menjadi teman MakLady mencatit segala peristiwa kenangan saban hari. Macam2 MakLady luahkan. Minat menulis ni rasanya masa sekolah lagi. Masa tu, DIARY menjadi teman. Apa saja dituliskan kat situ. Kira segalanya diluahkan, sehingga lah MakLady meningkat remaja ketika itu. Seingat MakLady. diary ni menjadi teman masa mak Lady masuk sekolah menengah hinggalah ke ITM.

Tiap tiap tahun, MakLady akan sediakan diary utk catatan. Masih ingat lagi, kali terakhir MakLady gigih menulis dalam diary adalah sekitar tahun 1986/87. Sebab masa dan ketika itu, MakLady tak sempat nak menulis lagi secara serious sebab ketika itu MakLady dah pun mula sibuk dengan persiapan utk menerima kehadiran org baru..... walaupun begitu, minat menulis tidak tinggal di situ aja. Malah MakLady masih ingat lagi, dengan typewriter yang kecik yang boleh dibawa ke hulu hilir yang dihadiahkan oleh suami MakLady ketika tu...Sebab dia tahu - minat mendalam MakLady dalam penulisan. Masa terluang MakLady akan diisikan dengan mengetuk kunci abjad pada typewriter....

Diary dah bertukar kepada Blog pulak....
Kini setelah beradab lamanya, diary dan typewriter tidak penah hilang walaupun kegunaannya dah digantikan dengan komputer dan notebook. Hmmm bila dikenangkan semula - terasa begitu pantas teknologi dunia! Sekarang dengan peralatan canggih, lebih senang utk berkarya.

 Kini, masa beredar, so here we have BLOG to replace my Diary .... then  ML decided to have my own blog - I named it, My Shades of Love. Mulai mengarang entry mengenai apa yg MakLady lalui saban hari. Sekurang2nya dapat release segala yang ingin diluahkan. The blog seperti diary MakLady masa tu. 

Ada blog hanya untuk kepuasan diri sendiri...Ketika org lain sibuk dengan membina website atau blog, MakLady masih tumpukan pada ruang utk membina blog dan menulis entry. Sebenarnya pada masa tu, Maklady hanya pandai menggunakan blogspot sekadar SUKA SUKA. Bila hari hari update entry, mula la rasa seronok. Rasa mcm dunia baru tanpa memikirkan tentang tujuan dan hala blog itu sendiri. For me, cukup lah sekadar utk melapangkan masa utk mengarang cerita atau luahkan demi masa dan ketenangan. Sesungguhnya MakLady suka menulis dan dengan cara ni, rasanya dapat memberi sedikit kelegaan dalam diri. Bila membaca setiap bicara membuat diri tersenyum sendiri. Masa tu, tak terpikir akan ada org luar yang akan membaca. Cukuplah sekadar kepuasan sendiri...

Sunday, February 24, 2013

Sometimes....we just have to...

Cuti Cuti Cari Makan ~ 

No matter what? Perut harus di isi...
walaupun bukan makanan rasmi perut kita~!
Tambah plak bila dalam mood BerCuti mcm hari ni ~
Namun, ianya tidak mungkin dapat halang citarasa asing hinggap ....
sehingga rasa ingin mencuba datang dengan tiba tiba ~!!!

Korang penah tak alami situasi begini?
Mungkin pada MakLady bukan jenis cerewet klu bab makanan. Tambah kalau mana tetiba perut jadi gedik ~ lapa la tu ~ takkala mata tertumpu pada menu yang ada ..hehehe

apa la MakLady ni....

Tetiba plak letak gambar kat entri ala ala Lapar! Lapar! Cari Makan!
Tengok pulak photo di bawah ni - yang mampu memproses airliur tempias ....
yumm yummm yummmmyy...
Sapa suka makananan ni??? sila angkat pinggan~!
Hmmmm...sape tau apa yang MakLady & BFF makLady makan, suatu hari di hari cuti sebegini??
Kalu nak tau, MakLady jarang jugak makan makanan cam gini....(tekak MakLady akan lebih selesa kalau ada sayur dlm menu...) Cuma sekadar menemankan my BFF, nak try makanan ni. Apa salahnya tukar selera mana yang mampu...

Actually makanan ni, Not Bad~! Sedap dan ringkas! Boleh pilih dari bebagai jenis set hidangan. Ada nasi, ada daging, ayam mengikut citarasa katanya. Paling best dlm menu ni adalah sayur tauge. Yang menarik tentang persediaan makanan asing ini, ianya dimasak dengan teknik yang unik disamping kita boleh duduk didepan "chef" utk menyaksikan bagaimana makanan kita disediakan (dimasak) depan mata kita~! Itu mungkin cara utk menarik selera orang ke atas hidangan masakan. Sometimes, we just have to sit down and enjoy the food (``,) as long as it is HALAL~!

Lokasi  & Masa : Suatu hari Cuti Cuti Cari "Makan" bersama Che Putih, Erin@ClosetsOfAmyAmy, Ms Liza.

Friday, February 22, 2013

10 - 11 : Kisah Kecemasan @ Hospital Ampang

Salam Jumaat 
Salam Sejahtera

Bukan 9-11
tapi 10-11

Photo by maklady

apa dia tu?

Sebenarnya inilah no giliran yang diterima ketika Bonda MakLady menerima rawatan di Hospital Ampang. Pada mulanya MakLady tak amik port tapi macam berkait pulak... Actually BUKAN ini yang nak diceritakan! Bukan pasal no giliran tapi pasal kecemasan yang berlaku dlm keluarga MakLady baru baru ni. Mungkin ramai yang tahu, kebelakangan ini, ramai yang kurang sihat. Termasuk la MakLady dan ahli keluarga yang lain. Ada batuk, ada sakit tekak ada plak yang sakit seluruh badan....

Oh yer! Sebenarnya - pada awal pagi tadi bonda MakLady telah dikejarkan ke sana atas masalah kesihatan. Perlukan rawatan segera. Alkisah nya.... Tokmama (panggilan anak2 MakLady pada ninda mereka) telah mengalami kesihatan yang kurang semenjak pulang bercuti di Utara minggu lepas. Sejak tu, Tokmama batuk - dan demam sedikit. Sudah pun dapat kan rawatan di klinik. Tapi keadaan tak kebah2. Mungkin akan pengambilan ubat makan dan keadaan kesihatan yang tak menentu punca dia LEMAH!

Keputusan menghantar Tokmama ke hospital adalah terbaik. Setibanya di hospital dan menerima no giliran seperti di atas ni, Tokmama pun diperiksa dengan terperinci. Diambil bacaan tekanan darah. Diambiknya darah - dan juga diminta utk XRay. Resultnya - ditahan di wad untuk rawatan seterusnya. Menurut pakar, TokMama kekurangan gula dalam badan. Darah pun tinggi naik nya - 230 wowww tinggi nyaaaaa
Photo by maklady

Amat Bahaya! itu lah yang dikuaturi. Namun kecekapan para doktor dan kakitangan hospital telah berjaya menstablikan keadaaan Tokmama. Setelah berada dihospital selang berapa jam, Tokmama disahkan selamat dari bahaya yakni darah tinggi telah distabilkan. Mujurlah .... 

MakLady bersyukur semua nya selamat. Berkat doa kawan2 juga serta doa anak2 , Tok mama selamat dari bahaya dan dengan cepatnya , kadar darah dan kencing nya dicatitkan " stable" -Alhamdulilah. Tok Mama dibenarkan balik setelah semalam tido di sana. Sempat juga TokMama berbisik kat MakLady - 
"tak leh nak tido....! Nape mak? ... depa bukak lampu sampai ke pagi - silau mata Mak~!
huhu *ingatkan apa tadi..... :))* hehehe

Anyway setelah kesihatan TokMama beransur pulih, beliau dibenarkan utk pulang ke rumah. Alhamdulillah sekali lagi - now she can sleep in her own bed. Padam lampu - boleh tido lena....zzzzzzz

Thursday, February 21, 2013

Fizz Putus - Tunangan Isteri Orang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MasyaAllah.  Agung sungguh kebesaranmu, Ya Allah.
Pertunjuk dari Mu sungguh terang lagi jelas.. 
Kita hambanye terima dgn penuh insaf. Moga kita sama sama amik ikhtibar ats apa yg berlaku. Setiap kejadian yang berlaku ada sebab musababnya. Segala musibah harus dilihat sebagai dugaan dari Nya agar kita lebih mengenali diri. Nescaya banyak yang dapat kita pelajari dari pengalaman ini. Tidak perlu lah kita menghukum, sesungguhnya ada hikmah yang ingin ALLAH berikan. InsyaALLAH.
Yg penting INGAT pd Allah slalu. slmt bramal :)

Dari Sumber : Harian Metro
Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Beginilah pengakuan FIzz Fairuz......
Seperti mana yang dilapurkan. Sedih juga bila hal ini berlaku dalam masyarakat kita, dimana orang yang kita sayangi, percayai selama ini, sewenang wenangnya melakukan sesuatu tanpa memikirkan hak atau perasaan orang sekeliling. Paling teruk jika ianya dilakukan dengan sengaja dan melibatkan hati orang yang penah disayangi. Apa pun yang berlaku - biarlah ALLAH yang menentukan selebihnya... Apa yang berlaku ini, tidak mungkin melenyapkan rasa di dalam hati insan yang terbabit, namun INI adalah ketentuanNya.

MakLady harap Fizz dan keluarga tabah dengan dugapan ALLAH ini. Untuk Almy Nadia - ALLAH MAHA Pengasih lagi Menyayangi dan hanya DIA yang tahu hati mu - terimalah dengan hati yang terbuka. Ini hari sidia, hari kita? kita tak tahu lagi.... assalamualaikum :)

Wednesday, February 20, 2013

Nuffnang 6th Birthday Bash

Yeaaahhhhh.... It's Party Time......

It's gonna be a SUPER DUPER BLAST celebration and excitement going on this coming March 2nd 2013. YES!! It's the Nuffnang's 6th Birthday Bash.....

Wanna be there?
OH DEAR....  I can hear the Music already... :))

1) Blog and share with us your favourite music album, and be sure to include the album cover (DONE)
Cover Album
Taio Cruz - The Fast Hits EP
Cover Album
Maroon 5 - Overexposed
Cover Album
Rihanna -  We Found Love
Cover Album
Carly Rae Jepsen - Call Me Maybe
Cover Album
Taylor Swift - We Are Never
Ever Getting Back Together
2) Sign up at www.deezer.com with your Facebook account. (DONE)
3) Create a PLAYLIST on the sidebar and name it “NN Stickman’s Birthday”.(DONE)

http://www.deezer.com/en/playlist/218176462

4) Pick a maximum of 5 tracks that you think we should play at Nuffnang’s 6th Birthday Bash. (DONE)
1. We Found Love - Rihanna
2. Call Me Maybe - Carly Rae Jepsen
3. We Are Never Ever Getting Back Together - Taylor Swift
4. World In Our Hands - Taio Cruz
5. One More Night - Maroon 5

5) Once you’re done, “Share” your playlist on Facebook and Twitter. You may custom your own message, like “I want the DJ to play my playlist during Nuffnang’s 6th Birthday Bash!” (DONE)

6) Make sure you include the Facebook post and Twitter post permalinks in your blog post (make sure they are set to Public(DONE)

You also can Check out my playlist, facebook & twitter here :
http://www.deezer.com/en/playlist/218176462 - playlist link
https://www.facebook.com/ininieza - facebook post links
https://twitter.com/ladyniza65 - twitter post link

Happy 6th Birthday Nuffnang!! 

Tuesday, February 19, 2013

Welcome Back MakDara ~!

Assalamualaikum Semua.
Pekabar dearie semua.

Ramai yang dah tahu sepupu MakLady telah berangkat ke Mekah beberapa minggu lepas. Syukuralhamdulillah, tertunai hajat nya untuk bersama suami mengerjakan umrah. Masa dia berangkat ke sana MakLady dan anak2 ada pergi hantar kat KLIA. Teruja rasanya, macam nak ikut serta. Namun belum ada rezeki lagi. InsyaALLAH - mohon bawa bersama doa utk dijemput ke rumah ALLAH. Aminnn..

Semasa Mak Dara di sana, tetap ingat kami di sini. Terima kasih yer Mak Dara sebab share dengan kitorg  keadaan kat sana. [she always update news and photo via Instagram] Teruja tengok potret di tanah suci yang dikirimkan. Sungguh aman jiwa...  Ramai jugak yang menceritakan pasal pengalaman mereka semasa di sana. Malah ramai yang komen - rasa rindu nak ke sana lagi. InsyaALLAH ada rezeki nnti - sampai la kat sana
Photo by adzairdawati
Gambar dari instagram Mak Dara
Sungguh seronok dan tenang hati bila baca entri di BLOG dan tengok instagram Mak Dara ketika di sana. Now she's back! Alhamdulillah... RINDU makLady nak jumpa Mak Dara smula. Sejak Mak Dara balik dari umrah, belum sempat lagi MakLady gi ziarah. Lagipun MakLady tak sabar nak dengar cerita menarik tentang pengalaman Mak Dara nanti...

InsyaALLAH bila MakLady dah sihat betul, akan menyusul ke rumah Mak Dara. Riinnnddduuuu sannnggaattt dengan my darling sista ni - terutama rindu nak baca entri dari Mak Dara !! Welcome Back Bicara Mak Dara!:]

Monday, February 18, 2013

Rita Rudaini Redha Cerai

Assalamualaikum Dear Lady,

Setiap yang mula ada akhirnya...
Setiap yang indah tak semestinya tiada pahitnya.
Namun segala kita kena terima dengan Redha.
Segala adalah KetentuanNya....

Bukan berita baru bila berkisahkan dua celebriti ni. Dari mula hubungan hingga ke perkahwinan, penuh dengan kontroversi. Sedih bila dikenang semula. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Walaupun begitu, mereka tetap harungi.... segalanya demi kasih...Episod demi episod kehidupan mereka menjadi tontonan umum. Ada yang bersimpati dan tak kurang yang menambah garam atas luka yang parah..
Ya ALLAH - berat juga dugaan yang mereka hadapi...Bagi kita yang tak berada di tempat mereka mungkin ada yang berani berkata ITU, INI. Ada yang mungkin bertepuk sorak. Ada yang mungkin akan senyum lebar. NAMUN jangan kita alpha kerana setiap yang kita lakukan dimuka bumi ni - ada balasan nya. Tak perlu nak berseronok sangat ~! Esok esok hari kita plak, tak de siapa pun yang tahu...

Been There Done That! - MakLady tersentuh dengan pergolakan rumahtangga mereka ini. MakLady tak berada ditempat mereka pun, dapat merasakan jalan yang mereka lalui amat perit. Ditimbang dengan mata kasar yang mana lurus, yang mana bengkok, tiba la masanya kita hormat keputusan mereka. Mereka lebih berhak menentukan masa depan perjalanan mereka.

JODOH sampai takat itu sahaja. Buat macamana pun ianya tetap berlaku. Selain itu adalah penyebab sahaja. Akhirnya rintitan hidup pasangan ini akan berakhir dengan perpisahan. Namun, percayalah, ALLAH maha mengetahui akan segala jalan cerita hidup kita. Apa yang Maklady dapat khabaran, perpisahan mereka ini bakal berlangsung. namun ikatan dan kasih sayang putera2 tidak harus dibelengu. Mereka berhak mendapat apa yang diamanatkan keatas mereka. Kasih sayang serta sikap tanggungjawap kedua ibubapa yang telah membawa mereka ke dunia ini....

Pengorbanan si ibu memberi kasih sayang terhadap insan tersayang, tidak perlu dipersoalkan. Rita Rudaini - MakLady doakan kesejahteraan dan tabah menghadapi ujian ALLAH. MakLady tau, Rita seorang ibu yang mampu harungi semua ni....insyaALLAH Rita ada ramai lagi dibelakang Rita utk memberi sokongan. Tetap tabah, pasti ada rahmat di atas semua yang berlaku. U R a strong lady ... and u have RAYYAN & ARJUNA with U all the way :)

Unsur dari Facebook: Aidil Zafuan & Rita Rudaini dikhabarkan bakal bercerai pada 25 Februari berdasarkan permohonan cerai yang difailkan oleh pemain bolasepak kebangsaan ini.

Adam dan Hawa muncul semula...

Mulai arini katanya (kata astro Ria 104 la tu)  peminat Adam dan Hawa akn berpeluang tonton smula drama bersiri ni, jam 6petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Tak cukup plak dengan siaran siang, dorang kasi lagi ulangan nya jam 1!.30malam hari yang sama! Best kenn... Kira sapa yg xsempat tengok petang leh ngadap astro malam nya. Jangan sampai lewat tido esok tak bangun nak pergi keje SUDAHhh....  nya klu tayangan ulangan ni, jarang ade iklan memanjang. Baru seronok tengok!

Pasti ramai yang tunggu...

 Apa pun.. peminat Adam Mukhris masih setia nk tunggu ulang tayang ni. especially bgi mereka yang terlepasd episod awal siri dulu... sure teruja nak tonton semula si Ain dan Adam .....dalam cinta yang penuh dengan suka duka sedu sendan tawa riang mereka. Memang hebat ~ tambah plak si AA dan AA yang berlakun sama ....

Kepada anda yang rindu nk tengok Adam Hawa - jgn lupa k...
Sambil serapkan kasih sayang yang ada dlm cerita tu ke dunia luar !
Maksud Maklady element yang memupuk rasa kasih terhadap insan tersayang....

Contohnya : Lihat sahaja kemesraan kedua pelakun ini. Wlaupun mereka di luar set,
kemesraan terjalin antara mereka ibarat bersaudara. Tak caya tengok saja gelagat mereka
ketika kluar dinner bersama pada minggu lepas....

Mesra bersama pasangan ....

Photo: The real and onscreen Adam dan Hawa

Harap kasih mereka kekal - seperti Adam & Hawa ;)

Saturday, February 16, 2013

My UnWanted Guests

Sejak seminggu lalu, kesihatan agak "kureng"

Bermula dengan TokMama nya then jangkit kpd Amer....

Alhamdulillah - selalu rombongan Mr XSihat jengah MakLady setahun sekali. 
Biasa la kenn.. dia pun rindu kat kita 
asyik segar bugar je - mana boleh
Nak jugak SINGGAH lepaskan rindu, katanya.

Kali ni, kunjungan MEREKA pada awal tahun.. 

Selalunya Cik Tekak akan send SMS atau wassap,
bagitau dia nak sampai...
kalau sempat MakLady pi la cari penawar..

Cuma kali ni, kawan kasi limau mandarin
makan terus penawar tak kesan! 
Jahat tul la limau ni - Cik Tekak dah bengkak

Then bila Cik Tekak sakit , encik BATUK pun datang melawat!
encik Batuk bukan datang sorang ...dia bawa teman baik dia sekali,
encik Kahak!
Apa lagi, makLady pun hidang la dorg dengan "cough syrup"...
Sedap x korang? ada rasa sejuk sejuk pudina ....

Sehari jamu Cik Sakit Tekak, Encik Batuk dan Mr Kahak... 
everything cam happy je.. :)

Pasti lepas ni, CikPuan Selsema nak jugak,
 tak nak lepaskan peluang - Jeles la tu... 
dah mula sibuk calling2 : nak datang melawat jugak.

Nampak gaya ni, kena lah MakLady siapkan sop panas!...
Tissue satu kotak utk sambut CikPuan.... 

Hope next week - everything OK! 
Bila my UnInvited guests ni balik semuanya :)
INSYA ALLAH..

Friday, February 15, 2013

Thursday, February 14, 2013

Nuffnang Premiere Screening of Flight

Credit from the FLIGHT
Semalam Terima Email dari Nuffnang
Dear Nuffnanger,  
You are cordially invited to the Nuffnang Premiere Screening of Flight on:
Date: 19th February 2013 (Tuesday) 
Time: 8:30pm
Venue: TGV, One Utama
TWO (2) tickets have been reserved under your name and email address at this point."

Excited MakLady!! 
THANKS Nuffnang Malaysia for the invitation. Jemputan ke Tayangan Perdana Uolz!  Bukan calang2 movie hokey...! Filem hebat lakunan Denzel Washington - Academy Award Winner! Frankly, that was the reason why I wanna join the contest and being a Nuffnanger - the opportunity of being invited to a great event like this, shouldnt be missed!!

Secondly, it will be an honour for me, to be able to mingle around and get to know other Nuffnangers. I was told that 30 special "heroes and heroines" will be invited to aboard the "FLIGHT" including ME! ( yeppy yeaaa.. thank you to my entry and Mr. Ultraman - who (according to my answer) saved the SouthJet flight 227 from disaster! :) 

Hmmm.. tapi apa kena mengena si Ultraman dengn MakLady & the Premiere Screening of Flight ni? 
Alkisahnya, sebelum MakLady layak terima "boarding pass" utk berlepas bersama Denzel, kami (the Nuffnangers) kena jawab soalan dlm contest premiere ni. Soalan cepumas yang berbunyi begini:~

what you would do to land the SouthJet flight 227 airplane safely without harming any of the 102 people onboard the airplane just like Whip Whitaker did and be a hero (or heroine) yourself!

So klu korg di tanya sebegini, agak2 apa lah jawapan korg? 
Yang penting 30 peserta CONTEST telah pun diketahui berdasar jawapan yang diberi. Ada jawapan berupa humor - Memang kelakar dan tak masuk akal pun ada~! Termasuklah yang MakLady punya~!! ha ha ha... Tak percaya boleh tengok sendiri page contest dan COMMENT

Sambil MakLady bersiap sedia untuk berangkat pada hari Selasa depan ni,
apa kata kita sama2 intai trailer FLIGTH ni... 


Synopsis:
In this action-packed mystery thriller, Academy Award winner, Denzel Washington stars as Whip Whitaker, a seasoned airline pilot, who miraculously crash lands his plane after a mid-air catastrophe, saving nearly every soul on board. After the crash, Whip is hailed as a hero, but as more is learned, more questions than answers arise as to who or what was really at fault and what really happened on that plane?

Wednesday, February 13, 2013

Al Fatihah Buat Arwah Azhar Ramli (Jejai)

Al Fatihah ... 
Moga Arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. 
Aminnn...
Teratakarmo
Blog Arwah : www.teratakarmo.com
Gambar dari koleksi blog Arwah
bersama isteri tercinta
Terkedu seketika, apabila menatap bingkisan rakan blogger tentang pergi nya seorang insan yang penah terlihat akan kelibatnya ketika MakLady menghadiri majlis Bersama Bloggers anjuran Denaihati tempohari. Apa yang MakLady ingat adalah riak wajah Arwah Azhar Ramli (Jejai) yang bersahaja. Pada ketika itu, MakLady tak penah tahu siapa empunya diri. Hanya pandang dari jauh. Sedetik hati MakLady berkata, Hebat Blogger ni, pasti! takkala Arwah turut diberi penghormatan. Masih segar diingatan MakLady, sebak dihati bro Denaihati memperkenalkan Arwah ketika berucap di pentas. Segala persoalan di benak hati MakLady, mengenai siapa kah blogger Jejai yang diperkatakan oleh Bro Denaihati ini? Terdetik hati MakLady berkata, "He must be someone SPECIAL di hati rakan nya ini!" Tapi siapa Jejai? masih tidak terjawap! hingga lah ke hari ini.....

Terus terang MakLady terkejut dengan berita kepergian Arwah. 
. Walaupun MakLady tak penah berkawan dan mengenali arwah dari dekat namun ternyata ada ISTIMEWA nya insan bergelar Jejai ini. Rasa macam semalam je, MakLady nampak akan arwah di majlis itu, tanpa bertegur kerana dari jarak meja Maklady boleh nampak Arwah berkerusi roda. Demi Allah tidak pulak terpikir MakLady akan khabar kesihatan yang dialaminya. Maaf jika MakLady tak sempat utk mengenali insan setabah Arwah. Bagi blogger yang baru dalam dunia blogging in, MakLady tak mengenali blogger2 hebat di DenaiHati Network, termasuk Arwah. Tapi dari apa yg dapat rasakan kala itu, bahwa Arwah amat istimewa di hati rakan2 beliau. Sayu hati membaca bingkisan rakan blogger di entry blog masing2, menceritakan perihal sifat mulia pada diri arwah ketika hayatnya. 

Ternyata, Allah lebih menyayangi Arwah. Pemergian Arwah sehari selepas menyambut kelahiran yang ke 42, diterima dengan redha oleh ahli kluarga & rakan blogger sekelian. Moga Rohnya dipelihara dan dirahmati ALLAH disamping mereka yang beriman. AL FATIHAH..... 

Begitulah, janji ALLAH pada hambaNya. 
Dari Nya kita datang - kepada DIA juga kita kembali. 

Bloggers & MakLady masuk TV1

Tak sangka Maklady masuk TV1 ~!!

 
Itulah dia ~ memang tak sangka !
Semua berpunca dari majlis Sepetang Bersama Blogger Denaihati 2013 . In fact baru baru ni , MakLady penah catitkan entry pasal Majlis anjuran Denaihati Network.

Kalau nk tahu suasana petang tu dengan lebih menarik lagi - apa kata korg klik kat video yg merakamkan rancangan TV1 ni...

Selamat Menonton

Tuesday, February 12, 2013

GA MakLady : I love to see you smile!

Salam Sayang Blogger, Assalamualaikum....
GA MakLady
I love to see your SMILE
DAH LAMA TAK BUAT GA!

Idea tetiba tercetus...
nk wat contest paling simple ~
khas utk ANDA yg suka senyum..

Senyum itu kan Sedekah.. 

Jadi apa lagi... Put on your best SMILE and snap a photo.

*Lepas amik gambar ANDA dlm post "senyum", write a SIMPLE entry - tajuk " GA MakLady : I love to see your smile!"
**Paste gambar anda yg menawan tadi. Cerita sikit pasal gambar tu & KENAPA mood SENYUM anda terserlah pd gambar tu. Pastikan ianya Short & Sweet :).
... senang kan...!!
  
Nak terpilih utk sessi Minum Petang & Beramah Mesra dengan pemilik Blog  ~ Elia : Short & Sweet ~??

SYARAT NYA MESTI:  

(1) FOLLOW blog MakLady (2) Buat entry kat blog anda dengan * dan ** diatas tadi. (3) Tampal kan banner yg bawah ni pada post anda tadi. (4) Nyatakan alasan KENAPA anda harus dipilih utk sessi Minum Petang & Beramah Mesra dengan pemilik Blog ~ Elia : Short & Sweet ~  Akhir sekali, (5) Letakkan link post anda kat COMMENT entry MakLady ni...Senang je kan?

2x PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN  GAMBAR "SENYUMAN" TERBAIK  & JAWAPAN PALING KREATIF & SWEET KEPADA SOALAN BONUS (syarat ke 4)


INGAT : Ini bukan contest ratu cantik or Miss Blog jdi xperlu wajah yg CUN atau muka ENSEM utk join segmen SMILE. Pilih je gambar senyuman yang pada pandangan ANDA - boleh wat org yg pandang, terus suka nak tengok senyuman itu. Gambar tahun lepas pn x kesah! Janji gambar senyuman ANDA (Pemilik blog) bukan org lain!  


TARIKH TUTUP CONTEST SMILE : sebelum jam 10.00 malam pada hari Khamis 21/2/2013

Monday, February 11, 2013

Fizz Fairuz Bertunang ! Tahniah

Salam Semua...
Sambil Bercuti cuti Malaysia ;)

Sambil bercuti - sempat juga belek2 FB...
Alangkah Terkedu MakLady bila baca kat status rakan FB MakLady - tajuk dia berbunyi begini :
Bila sepupu bertunang dengan artis

Alkisahnya - 
Sepupu kpd rakan FB maklady telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang artis lelaki....
Majlis dilangsungkan di Kuantan, Pahang. 

Sambil belek gambar kat situ, terpinga jugak la MakLady....
Mungkin kabur mata MakLady atau tersalah teka -
Masih membelek wajah gadis disunting artis ni .... 
rasanya tak penah plak MakLady kenal....
tapi artis tu memang tak salah dah....

yang dimaksudkan adalah Fizz Fairuz
Yerr... pelakun yang femes satu masa dulu bila dia berlakun dalam
NUR KASIH disamping Tiz Zakiah & Remy Ishak

Kini Fizz sudah pun bergelar tunangan orang , TAHNIAH !
Moga jodoh sampai ke jinjang pelamin dan hingga hujung nyawa.....

Sunday, February 10, 2013

Terharu bila ada Follower setia

Salam Sejahtera

Walaupun
Terharu bila hasil kita dihargai walaupun oleh segelintir followers. Walaupun tak ramai pengikut blog MakLady klu dibandingkan dengan mereka (bloggers) yang kreatif di luar sana. MakLady jauh lebih ketinggalan dlm hal ni. Tpi semua tu tidak mematahkan semangat utk rasa teruja - utk jadikan blog ini dikenali kpd org di luar sana. Tak kira la kat mana pun dorg brada. 

Paling seronok bila dapat berkongsi pengalaman. Dapat berinteraksi dengan kawan2 blogger yang lain. Klu ikutkan blog Mak Lady ni mmg tak femes pun. Suam suam kuku pn tak berani nak ngaku. Tapi itu lah hakikatnya, bila berada dikalangan para bloggers yg terdahulu dan yang hebat2 rating mrk. Memang tak tercapai minda pd Mak Lady nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mereka. Namun sedikit pun Mak Lady tak rasa gentar sebab dengan adanya mereka ni, MakLady dapat belajar ilmu yg harus utk majukan diri dan blog. Tak rugi pun blajar ilmu walaupun dalam seUsia Mak Lady ni....

Tak kira sapa pun. Samada yang MakLady kenal dlm alam maya aje maupun yang dah kenal Face to Face. Semua dorg ni, MakLady tak pernah lupa. (walaupun memori MakLady ni lembab klu bab2 nk ingat nama- tak tau la kenapa?. Faktor umur sebenarnya tu...huhu ) .....

Syukur lah Mak Lady ketemu dengan mereka yg tak lokek ilmu. Ketika mula berjinak jinak dlm dunia penulisan blog, MakLady sendiri tak pandai sangat pasal komputer. Buta IT - namun dengan bantuan dan tunjukajar . Sedikit sebanyak Blog ni, dah ada kawan2 yang sudi berkunjung. Yang paling terharu, bila ada follower dari zaman blog terdahulu pun turut sama FOLLOW BlogDearLady ni... Alhamdulillah... Terima Kasih tak terhingga ~ 
Salah sorg blogger nurmala@Nur_Rosalinda yang masih
 setia follow blog MakLady
(dari zaman "MyDearLady")
Now my blog, in her coming 3th year around....still going! hopefully dapat lebih bnyk sokongan. Bukan utk jadi mcm blogger yg TOP meleTOP tu, cukup sekadar mampu kongsi sama penulisan kita - klu kita luah bakat (writing), org tak baca maupun tengok atau nilai ~ baik simpan je dalam kotak then tunggu dia reput dek zaman... Sekurang2nya, BlogDearLady ni, melahirkan tulisan dari ikhlas hati insan yang bergelar wanita, anak, mak, kawan dan teman blogger!

Saturday, February 9, 2013

Imbas Kembali Blog Awal MakLady

Salam Sejahtera ...
Terima Kasih kerana masih sudi singgah...

Alhamdulillah ....
Kian ramai yg tahu, wujudnya Blog Dear Lady
Syukuralhamdulillah

Im glad Im happy - ceria dengan aktiviti baru...
Syukur kini hidup lebih tenang. Lebih bermakna
Malah seronok berkarya di dunia blogging ...
yang saban hari mewarna setiap sudut hati.

Apa idaknya....

Pejam celik pejam celik - kini Blog Dear Lady sahaja, dah pun capai usia ke 2 tahun. Mungkin ramai yang tidak mengenali kewujudan blog ni. Almaklum lah bukan nya glamour pn sampai org nak kenal, yer dokk..Mula dikenali dikalangan followernya ketika dibuka semula setelah terpaksa diTUTUP (pertengahan 2011) atas sebab sebab yg tertentu... ..

Namun apa yg berlaku tidak mematahkan semangat MakLady utk terus berkarya sebab menulis , membaca adalah hobi dan dunia MakLady. Alhamdulillah sangat ~ bila MakLady mendapat sokongan dari ahli keluarga utk terus berkarya dengan blog yang baru ni. Sekarang dengan nama yang baru - MakLady tak pandang belakang dah...Terus go straight! No conar, conar (corner) dah.....
Tanpa Mereka - Sape La MakLady
Sebenarnya - MakLady dah lama menulis blog sejak 2007. Blog asal MakLady guna tajuk lain. Sejak mula hingga awal 2011, dah beribu ribu lemon followers dan entry yang boleh tahan jugak. Semua nya kira (entry2 tu) terpaksa di HIDE kan atas sebab sebab tertentu. Namun masih disimpan dalam lipatan kenangan....Sedih mmg sedih sebab org sanggup melakukan apa saja semata mata sikap BENCI dan MELUAT di hati yang hitam. Well, let it be. Sape la MakLady nak menghukum mereka. Hanya Allah yang berhak. 

Setiap kita kena terima hakikat bahwa dunia blogging ni macam dunia artis. MakLady cakap MACAM, sebab ianya tak serupa, cuma ada persamaan. Setiap sudut kehidupan yang tercatit menjadi tatapan dunia. Seolah diri kita menjadi tumpuan - tanpa kita sedari. Itu hakikat yang perlu diambilkira bagi seseorang lifestyle blogger khasnya. Wlaupun kita tak sehebat #artis - namun kadang2 life as a blogger ngalahkan artis or celebriti Uolz!! Dgn blog saja, boleh wat cerita, boleh cakap apa saja, boleh hentam sana sini - like no body business. Yang penting rating & trafik meletop Uolz... Hmmmm itu pun risiko gak klu jadi blogger cam gini. Sebaik2nya jadilah blogger yang ada etika. Mampu tulis cerita persis penulis script drama tapi punya hati persis pendakwah Semanis Kurma. Hakikatnya - buat baik berpada pada, buat jahat pada org - nanti ALLAH bayar Cash~!! 

Memandangkan blog yg sebelum ni telah dikuburkan namun hanya entry yang sesuai telah pun MakLady uploadkan semula ke dlam blog baru ni.. Yang selebihnya MakLady simpan di tempat lain. Mungkin ramai yang tak perasan, entry pertama Mak Lady dah pun wujud seawal 2007/2008 (walaupn dalam ni hanya kecik bilangan nya...)  Itulah entry pertama ketika MakLady start menulis di blog - selain nya biarlah menjadi kenangan abadi - stays forever in my heart. 

Semalam adalah Sejarah...Jadikan ianya Semangat Hari Esok!

Friday, February 8, 2013

Maaf Kawan ...

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat
Salam Solat Jumaat.

Diluar sana masih hujan... Hujan Rahmat ;)

To All the ladies kat pejabat tu...
Jom kluar gi window shopping hehehe
Aktiviti bila sampai lunch break on Fridays..
Bagi MakLady plak - time to Terjah Blog :)

Maaf ..lama sungguh tak join sini. 

Teringat nak jengah blog kat sini. 
Mula kan search...tetiba, "Mana pegi nye EKawan ni....??"

Kalau nak ikutkan - ekawan.com ni lah portal pertama yang MakLady kenal masa mula berjinak dengan blog. Tu pun kawan pejabat yg kenal kan. Dia kata kat sini boleh blajar wat blog.. So sambil wat keje, curi curi masuk create blog... hehehe

Seingat MakLady - masa tu tak kenal lagi dengan blogspot.com 

Tapi yang sedihnya - bila MakLady teringat nak terjah skrg, benda ni dah xwujud ke? Tak leh nak cari dah.... KENAPA yerr??? 

Apa dah jadi pada Ekawan.com ni? Pada blog yang satu masa dulu penah dijadikan flatform utk MakLady asah bakat menulis..... uwaaaa...sedih nyaa....:(

Tempat jatuh lagi dikenang...
ini kan plak tempat awal belajar buat blog...

Bukan Senang Nak Wat Skrip Drama TV tau...

Assalamualaikum

Selesai sudah Setia Hujung Nyawa....
Happy Ending
sama macam dalam novel dia ;))

MakLady mmg puashati dengan keseluruhan drama....
TAHNIAH kpd SEMUA yang terlibat
merealisasikan sebuah cerita dari Novel ke layar kaca TV
utk tatapan kita semua. Walaupun dalam hati ...pasti rindu 
pada kesetiaan dan kebahgian "Zain Hakimi & Ersalina" ...

Hmmm.. apa la agaknya dorg buat sekarang?? Tengah sibuk 
berkasih sayang la gamaknya. Terus setia sehingga hujung nyawa la kata nya....

Dalam imiginasi MakLady - mengikut skrip/sinopsi MakLady sendiri :
Teruskan musim kedua dengan abang EL nikah dengan Doktor yang cantik lawa tu...Tambah skit konflik cerita mereka. Then Ikhram kecewa , balik semula (ke oversea) sambung belajar dan nikah dengan minah salleh dan tinggal dengan keluarga di sana
Sambil menanti anak lahir mereka lahir, Zain & EL teruskan hubungan romantik perkahwinan. Then El sambung belajar sampai masuk U. Zain tetap pikul tugas sebagai suami & bapa. They leave happily ever after....[sampai El belajar tahap Ijazah.] Mereka tetap setia dan bahagia dengan anak dan anak dan anak dan anak...

Apa jadi pada Hady & Eriza?
[hhmmm kalau MakLady jadi penulis skrip dia...]

watak Hady - Mak Lady cipta utk Hady dah tak keje dgn Zain. Dia keja dengan Dato Kamal. 
Ingat tak Dato Kamal? yeee Dato yang Zain janji nk jumpa kat opis tu...hahahahaha
- masih terpinga pinga cari sape Dato Kamal :p

watak Eriza plak - MakLady wat bagi dia pulak kena dera dengan suami dia. 
Masa tu baru dia sedar, setiap perbuatan dia pada EL dlu - ALLAH balas Cash!
Amacam? OK x [sape suami Eriza? kita cari watak baru...]

Rasa rasa patut ke MakLady tukar minat ke Penulisan Skrip plak..??
hhhmmmm ....????
Ini CONTOH skrip drama :
Kredit utk penulis skrip
drama slot akasiaTV3
Setia Hujung Nyawa
& fanpage @ FB 
eehhh ...Melalut la plak MakLady ni..hehehe
TAK DE DALAM SKRIP PUN...saja maklady berangan FREE...
(jangan marah - tuan penerbit...ampunnn)
 MakLady amat berterimakasih kepada SUHAN MOVIES 
for a lovely story to share (TQ everybody...)
for a good skrip writing ( TQ script writer)
for a great directing (TQ tuan director)
for an excellent job (to all crews yang terlibat)
and NOT forgetting...
for a superb performance from ACTORS & ACTRESSES 
who are committed and together with their talent & skill, brought
the drama near to OUR hearts, the fan of Slot Akasia TV3 and
SUHAN MOVIES
Congratulation!
SETIA HUJUNG NYAWA

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]