WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Friday, November 30, 2012

Fear Factor with Aaron Aziz


Takut nya... X nak laaa
Seram nya... X berani laaa
Geli nya... X mau laaaa
Gerun nya... X kuasa laaa..

Ini adalah faktor emosi dan tindakan mrk yg tak mungkin turut serta dalam program 
realiti bersiri ~ FEAR FACTOR ~  

Hakikatnya ~ These will be the facts,
 yg selalu kita alami bila FAKTOR TAKUT melanda~!!

Sebenarnya, itulah matlamat rancangan utk menguji ketahanan mental & fizikal sesorang -
mengawal situasi terhadap faktor TAKUT....

haaa...Ade BERANI ka??

WAIT A MINUTE~!
Rasa nya ML berani! .....berani!
he he he

Leh caya ke??
Well....pada ML la kennn....
KALAU diberi tugasan 
atau cabaran beraksi dgn AA ...
haaaa...jawapan nya
PASTI BERANI gtewww!! {'='}

Confirm~!
semua faktor diatas ni..akan HILANG....

Korg sure tertanya, 
"hhhhmmm seriussss  ML ni?"

adusssshhhh....
X Percaya? 
hmmmm...

Macam ni......
cuba la korg tgk rauk wajah AA ni..
klu direnung baik baik mata AA ni ~ pasti segala perasaan tadi 
H I L A N G serta merta.....

klu x percaya - tengok je siaran Fear Factor bersama Selebriti Malaysia
yang menemukan AA dgn ML ....hu hu hu
(sudah..sudah ML..ko jgn nk perasan!!!)
Pulangla kepangkal Entry ni...he he he

yezzzaaa...Fakta nya
Manalah ML mampu bertanding dlm FF ni...
Apa tah lagi bila AA sebagai Host nya !!
Mau pengsan ! Bangun! Pengsan semula Mak Lady...

Biarlah para Selebriti Malaysia yg terpilih sahaja yang menjayakan rancangan realiti antarabangsa ini.
ML sekadar memberi tumpuan pada siarannya yang dah pun ke udara mulai semalam 
kat Astro Ria & Mustika HD ...

MakLady : X sabar nk tengok Adam & Hawa hingga ke episod 80...!! Huhuhu lari topikkk beb :)

Thursday, November 29, 2012

Safiq Rahim + Safee Sali + Wan Zack + Khyril Muhyemeen

Segala pujian pun tak putus2 dicatatkan utk pasukan Malaysia setelah membenam Loas
 dengan keputusan berpihak kpd KITA ~  4 berbalas 1
Di FB, Di Blog, Di Twitter malah di mana saja media ....
ada saja pujian ~ no doubt abt it. 
(of coz ...sebab MENANG! cuba klu kita KALAH...???)
ntah2 mau stadium Bukit Jalil tadi dikepung plak....
ha ha ha ha

Hebat dan Berkuasa Penyokong dan peminat bola keennn....
Macam dah tak cukup ayat nk ucap TAHNIAH DAN SYABAS
utk pasukan kesayangan MALAYSIA @ HARIMAU MALAYA

Berkat doa ML jugk ni  ~ Malaysia berjaya Kalahkan Loas - ewahh tetibaaaa....:)
TERIMAKASIH HARIMAU MALAYA... 
kasi kemenangan 4 gol berbalas 1.

Tahniah & Syabas 
Safiq Rahim + Safee Sali + Wan Zack + Khyril Muhyemeen
kerana jaringkan GOL buat MALAYSIA

Lepas ni, Xdelagi kot org nk suruh Datuk K Rajagobal step down....
sebab tanpa usaha melatih & komitmen anak buah beliau
korg rasa team Malaysia mampu ke, mempamerkan permainan yang cemerlang 
untuk terus buktikan bahawa Malaysia akhirnya BOLEH MENANG!!

Tahniah Harimau Malaya !! Congrate semua yg berusaha utk Menang! 
Sape main utk Kalah yer tak.... afterall U'oul tak LEMBIK....
walaupun tak dibekalkan SNEAKERS... (",)

BUKTIKAN MALAYSIA BOLEH ...
Sabtu ni, bila kita bertemu dengan 
INDONESIA...

Kepala Blog Baru ~!

Blog Dear Lady

Assalamualaikum ...SEMUA~!!

Tolong jangan ubah muka blog ANDA... Anda tak salah blog. Ini semestinya Blog Mak Lady...
Taraaaaaaaa...Ini lah Muka Baru Blog ML - "header" baru Blog Dear Lady....

Mulai HARI INI - secara Rasminya, Blog Dear Lady bermuka kepala BARU!

CANTIK tak? - klu tak CANTIK pun di mata Uolz - ianya tetap cantik di mata ML ;).Apa Ntah lagi, bila
HEADER ni adalah hasil usaha blogger kesayangan ML, yg sangat rajin mereka khas Header utk blog Mak Lady ni. Sebenarnya dah lama dah ML nk tukar header. Tapi ML tak pandai nk proses bendaalah ni..

Bagai dikata - Rezeki ML, semalam petang ketika ML berkunjung ke rumah keluarga D' Adza. Alkisahnya, secara kebtulan idea tercetus setelah puan pereka header ni sendiri berbesar hati menawarkan khidmat utk reka kan  header blog ML ~ Hurraaayyy...ML pun GUMBIRA la Uolz! Bagaikan org mengantuk lagi disuruh tido dengan bantal yang empuk ...Suka! suka! MakLady Suka!!
Bicara Mak Dara
TERIMAKASIH teramat sangat kepada Mak Dara @ Adza Irdawaty
dengan hasil kerja beliau menyediakan Header
yang SWEET utk blog Mak Lady. Cantik sgt!

Untung sungguh~! ML ada sista yg kreatif mereka cipta
blog dengan bakat beliau.
Klu korg tgk blog Bicara Mak Dara ini,
pasti teruja dengan gaya yg kreatif beliau..

~ Sebagai menghargai usaha Mak Dara , MakLady bercadang utk kidnap Mak Dara~
Tungggggguuuuuuu ....

Aku Bogel...! Aku Potong ...!

Salam Piala AFF Suzuki 2012

Keputusan yang gembira kan kita
ada kala timbul kurang menyenangkan...

The GOOD news....
Tahniah 
Harimau Malaya atas KEMENANGAN
menewaskan Laos di mata dunia

The BAD news
Takziah
tapi dlm kita masih meraikan kemenangan
ada plak 2 individu yg berani 
mempamerkan KEBODOHAN masing-masing
(actually i cant say much for them)
di ruang status Facebook & Tweeter

ML hampir terbeliak bijik mata bila membaca
THIS STATEMENT 
......
from : a Arie Van


and from a 
Hazwani Syamimi
(below)

What Are They Thinking??
.....
Are they Out of their MIND??
.....
or
.....
They Are , simply STUPID??



MakLady : issskkk...anak sapa ni??
Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata
......??? badan binasa ~~

Wednesday, November 28, 2012

Malaysia Tebus Malu, Kalahkan Laos : 4 -1

Mungkin itu lah yg berlaku pada semangat perjuang pasukan Malaysia malam tadi 
setelah teruk "dibelasah" oleh penyokong dan rakyat sendiri sehari dua ni.
Malah ada antara rakyat Malaysia merasa hampa dan malu...
sebab kekalahan kepada Singapura itu mampu dielakkan....

Siapa Tak MALU? 
Siapa Tak RASA DOWN...
bila pasukan negara kalah teruk ..
atas sebab2 yang tidak boleh diterima akal.....


Bukan sahaja Pemain malah, Jurulatih pun terpaksa menerima berbagai kritikan 
selepas tewas di tangan Singapura dengan 3 berbalas 0 ..
Rata rata penyokong sendiri meluahkan rasa tidak puashati mreka terhadap corak permainan
pasukan Harimau Malaya. Mereka begitu marah sampaikan menyalahkan jurulatih kurang bijak bertindak. Turut menerima nasib yang sama adalah, penjaga gol termahal negara - kerana membenarkan gawang dibolosi dengan mudah! Bukan sekali tapi 3 kali!!! walaupun hakikatnya KEKALAHAN ini dapat dielakkan 

Waaahh...Hebat kennn Peminat Bola! Sedar akan kesilapan ini, sekali lagi peminat menuding jari ....
Bukan main lagi penyokong selepas perlawanan malam tu. ~ 
sampaikan ada yg melahirkan ketidakpuashati dengan berkelakuan diluar kawalan.
Segalanya berlaku krana tidak dapat menerima kekalahan diperingkat awal ...
terutama KALAH menentang Singapura plak tu!!??

Well...Nasi dah jadi Bubur. Keputusan kekal. Kena telan jugak laaa...Dah takleh nak tarik balik.
Kini yang penting adalah baki perlawanan yg harus ditandingi oleh team Harimau Malaya itu sendiri! 
Redha je laaa....Lupakan apa yg berlaku pada perlawanan tempohari.

Sekarang kita saksikan pulak permainan malam ni....
Ternyata permainan malam ini berpihak kpd kita, walaupun ada yang berpendapat masih bnyk kelemahan nya yg perlu diperbaiki. Mngkin betul kata setengah penyokong, kita terlalu selesa dgn perhatian yang diberi hingga alpha dengan tanggungjawap & komitmen bila di atas padang...

SYUKURALHAMDULILLAH... segala nya ada nmpk perubahan positif. 
....Setelah segala kata caci dan KUTUKan, pasukan Malaysia telah mengotakan kata & janji mereka
~ Tebus Malu dengan Nekad utk Kalahkan Laos

TERBUKTI MALAYSIA MENANG !!! 


LOAS  1  vs  MALAYSIA  4


Rajagobal Ubah Strategi Lawan Loas

Mlm ni ada game~!

Malaysia lawan Laos.

 ... ML harap ada perubahan dgn corak permainan Harimau Malaya.

Datuk K. Rajagobal pun dah bgitau...yg beliau telah merancang misi utk game malam ni.
Dengan komitmen permain diharap beliau berjaya dengan misi utama utk kembalikan semula semangat sokongan para peminat terhadap pasukan negara kita...

Apa apa pun, kita jumpa Laos malam ni...  GOODLUCK Harimau Malaya!!

Benam ATAU Membenam : Sebelum perlawanan malam ni, pemain disarankan agar tidak MANDI supaya ada alasan jika berlaku kemungkinan.( Rasanya relevan jika pemain tak mandi sebab hujan lebat telah turun dengan lebatnya petang ni seolah memberi TANDA rahmat keatas pemain kita ...)

Untuk merealisasi kan impian Malaysia utk mara ke peringkat seterusnya, haruslah Benamkan Laos!! Sekurang2 nya dapat COVER MALU setelah diBaham Singapura tempohari..

Untuk Lapuran selanjut nya , sila saksikan perlawanan malam nanti di stadium Bukit Jalil maupun di siaran Astro. Bagi ML yg akn menyaksikan siaran langsung melalui ARENA ~ 
InsyaALLAH mendoakan kejayaan MALAYSIA... !!

Moga peristiwa semalam tidak menjejas keputusan malam ini....

Tuesday, November 27, 2012

Fenomena Artis YouTube Terkini


Dengan bilangan penonton #YouTube yg teramai, Psy - "Gangnam Style" berjaya meletakkan video musik persembahan penyanyi Pop Korea yang popular ini, di carta Video Paling Ramai Di Tonton. 

Oh My GangNam!! Video beliau telah menarik lebih 809 juta penonton dan angka itu dijangka akn terus bertambah menurut berita terkini yang ML dapat.....

WooooOppa !! 

Hebat la si Psy ni kan.  Skrg dah kira TOP meLeTop abg kita ni. 
Ini lah dikatakan Rezeki. Rupa paras bukan ukuran. Di tambah dengan body takde langsung commercial value. Mungkin kah Suara??...hmmm pun bukan hebat tara mana pun... 

Mungkin kini, Style dunia hiburan berubah mengikut peredaran masa. Skrg bukan rupa paras yg diamik kira klu nk jadi POPULAR. Ada gaya, ada bakat ada style, siapa pn bleh popular mcm Psy - artis YouTube yg mencipta nama dengan Fenomena GangNam Style - hebat diperkatakan. 

Skaligus menyaksikan kejayaan Psy, mengatasi kepopulariti penyanyi cute lagi comel lagi ensem si Justine Bieber. Mungkin ada yg masih ingat VC JB - "Baby"  yang penah menduduki carta tertinggi dengan 803 juta penonton YouTube. 

Bila melihat seorang artis Korea Selatan yang seblum ini, tidak pun dikenali di tempat sendiri, menjadi lebih terkenal di seluruh dunia kerana muatturun VideoMusic nya!!! Hati ML pun berkata, " Hebat! Sungguh Hebat Fenomena Artis YouTube ~ kennn...." malah ML pn bangga tau.sebab industri musik kita pun ade artis YouTube yang kini amat Popular dan mungkin ada ramai lagi kat luar sana yang teringin mencuba nasib utk jadi PENYANYI ARTIS YOUTUBE...

Jom Petik bbrapa nama artis dari Youtube yang ML kenal.... 



Monday, November 26, 2012

Rajagobal pulak kali ni?

assalamualaikum!
Salam Isnin

Malaysia Kalah! 
bukan satu yang boleh dibanggakan...

Malah Sejak Malam tadi lagi rata2 
ramai yg mula menunding jari...

Kekalahan kpd pasukan Singapura
dengan melepaskan 3 BIJI berbalas 0

Salah Siapa?
dlu kata Bangla Busuk..
masuk padang tak pakai minyak wangi 
SimplySiti ??

Hari ni....
dorg kata Datuk K.Rajagobal plak yg Busuk..
sbb tak pandai train budak2 
main bola dgn bijak!!!

Walaweeeiii...
Cian Si Abang Rambut Putih ni!
"Mana boleh salahkan saya..."
- mungkin itu ungkapan Datuk K Rajagobal -

ML setuju ~ tak leh nk salahkan dia sorg je..
It's a Team !!
So Kalah Menang Kena Tanggung Sama-sama...
It's unfair to blame on him...
ML rasa bukan salah guru klu anak murid tak dapat 
keputusan cemerlang di sekolah.....??
Commonlah~! klu dia tak mampu nk kendalikan
Harimau Malaya ... Xkan la pihak atasan sewenang2nya
nak guna khidmat beliau kali ni ...?? 

Foto
Photo : Credit to Berita Harian

Meh tengok apa komen Datuk K Rajagobal plak bila ditanya
wartawan Berita Harian  mengenai kekalahan semalam...

“Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak sangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (malam tadi). 

“Saya cuma jangkakan kita kalah 1-0 atau seri dengan Singapura,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. 

Nah ~ tidak keterlaluan dgn komen beliau. Sebab.... moral pemain DOWN!! hmmm klu tgk permainan semlam mmg hambar. Rata2 kita yg komen kat FB, twitter pun berani komen mcm2, bila tgk gaya Harimau yg mula lemau. Peminat serata melahirkan rasa tidak puashati pd si Harimau Malaya. 

Malas la ML nk ulas apa2 komen  sebab ML berada di luar padang. ML tak de dlm pasukan. ML bukan pemain pun. ML pn bukan Datuk K Rajagobal.  I rather sit back and read my newspaper.....

" Kuala Lumpur: Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menjadi sasaran kemarahan Datuk K Rajagobal selepas skuad kendaliannya tumbang kepada Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. 

Pengendali Harimau Malaya itu menegaskan kesilapan Apek yang gagal menumbuk keluar bola dengan kemas hingga menyebabkan kapten Singapura Shahril Ishak menjadikan kedudukan 2-0 pada babak pertama, menyebabkan moral pasukan merudum tetapi memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua. 

*ML tak mo cakap lebih2.  ML senyum je .... " Senyum Itu Sedekah"

Untuk peminat bola kat luar sana - Komen mengikut apa yang kita lihat..bukan mengikut apa kata hati!
Untuk TEAM Harimau Malaya ~ Terima lah kekalahan dengan bermaruah. Tolong belajar dari kesilapan. Ingat korg ni PEMAIN bola NEGARA. Kejar Bola bukan Kejar Benda Lain!
Ada tanggungjawab pd Negara! pd Malaysia. Jangan ALPHA. Kami kat luar ni, sentiasa menyokong HARIMAU MALAYA.....pleaseeeee...pleasssseeeee... Bangun! terus mengauuummmmmm....

MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA MALAYSIA TERCINTA.. 

Sunday, November 25, 2012

Pontianak Vs Orang Minyak

Pontianak Vs Orang Minyak
Poster : Google / Afdlin Shauki /
Pontianak Vs Orang Minyak
Semalam si Amer ajak tengok wayang cerita Afdlin Shauki - Pontianak Vs Orang Minyak ! 
Bersemangat nak bantu Palestin! Nak menderma utk tabung yg bakal disalurkan utk pergolakan yang berlaku di Gaza skrg ni..  Setiap tiket yg diberi..sebahagian kecil akn disumbangkan pd tabung tersebut. Itu akuan pihak tukang buat Filem ni...Alhamdulillah ~ semangat ni lah yg kita cari...
mudah simpati pd nasib malang yang menimpa sesama Islam.

Ok.. as what i understand and was told by Amer. 
Klu kita gi tengok wayang  cerita lawak ni, 
ehhh jap! tajuk mcm Seram...tpi cerita Lawak?
hmmm... mcm tak percaya!!

Anyway...tujuan utk menyumbang kpd tabung membantu Palestin. 
X kesah la, cerita seram ke, cerita lawak ke..
yg penting NIAT tu...
InsyaALLAH....

Maka dgn semangat berkobar2 utk membantu mrk yg sengsara di sana
ML dan Amer pn bergegas ke Galaxy MBO...
dlm hujan lebat petang semalam to catch the movie.
Alhamdulillah  kami sampai ke destinasi.

Setelah melihat trailer dia masa beratur beli tiket tu...
boleh dikatakan Macam Best....
hhhmmmm...Best ke? Syok ke? ...yg pasti mmg kelakar ~ 

Tak dinafikan lagi.... masa dlm panggung
penonton gelak tak berhenti henti...
haa haaa haaaaa...
hooo hooo hoooo (menahan gelak)

ada masa ML terpaksa tahan perut yg sakit akibat gelak yg tak hingat2.... Xcuse Me!!! 
Dlm panggung klu kita gelak ramai2 org tak perasan.
sbb semua org gelak~!! so tak perasan suara sape yg gelak...
ha ha ha ...he he he...ho ho ho

Pendek cerita - cerita ni mmg LAWAK dari mula hingga habis! 
Dialog dia pn dah LAWAK. 
Pelakun dia pn rata mmg Pak & Mak LAWAK. 
Kira bleh dikategorikan Filem Lawak Terbaik yg ML penah tengok!!!

X caya - korg pegi la tengok sambil menderma.....

Sipnosis Cerita dlm bahasa English
(sengaja suruh Amer baca ..to improve his English)
Also known as "Ponti Vs Omi", Afdlin Shauki's latest comedy tells the story of a rivalry between two supernatural beings, a Pontianak (Vampire) and a Orang Minyak (Oil Man) who have just been inducted into the otherworld, however, in order for newbies to be accepted by the others, they have to be tested on their skills to scare the villagers of Kampung Puaka, which also consist of five Malay shamans. Ponti is a male vampire who is hated by the other vampires because most of them are women while Omi is a soft-hearted orang minyak who drives his kind crazy because of his naivety. To make things worse, the villagers of Kampung Puaka are not afraid of supernatural beings, as they descend from lineages of shamans or are supernatural beings who have repented. What will happen to Ponti and Omi?

* Teringat : Lawak Ke Derr..bila Jozan wat lawak pasal MatLambung dgn Awek Cina dia tu....ha ha ha*

Saturday, November 24, 2012

Hijabista - Stylo dlm Fesyenista BerHijab

Happy Weekend Semua!!
Assalamualaikum

ML pasti ramai yg kenal dan penah beli & baca majalah Hijabista.
Alaaaa majalah utk wanita yang berhijab milik Karangkraf ni. 

So bagi wanita yang suka fesyen hijab yg up to date pasti tak ketinggalan 
utk melanggan majalah Hijabista pada setiap bulan :) 
Pendekata, sapa yg memiliki majalah Hijabista pasti akan rasa puashati dan berbaloi. 
Ada bnyk tips dan gaya tudung masakini utk digayakan. Make sure dapatkan setiap bulan tau!. 

OK - Dont waste time! Apa kata korg pegi cari keluaran terkini Hijabista ni.. Dengar cerita bulan Disember pun dah kluar. Personaliti muka depan dia kali ni - pengacara paling sweet dan sempoi punya jutaan peminat. Org dia mmg mesra & peramah. Sangat Versatile dan katanya asal dri Pulau Pinang. Lawa manis cute org dia bila mengenakan gaya hijab. ..Trust Me~! Lepas ni ramai yg akan ikut trend beliau berhijab dgn style yg baru...

Cepat2.. kalu nk tau sape personaliti yg ML maksudkan ni, get urself a copy of Hijabista, NOW!! 

INGAT Bulan Disember tau.... Coz masa pelancaran tu, dorg ade tunjuk the making of ...COVER photoshot utk kulit muka depan! Hasilnya ~ Memang cantik ala2 majalah luar negara Uolz.. ;)

Selain dari majalah ni, Hijabista came up wt a website yang link kpd isian majalah sebenar. ML dh pn tgk layout website dan amat menarik perhatian. Serba ringkas selain majalah Hijabista, Website ini memaparkan artikel dan segmen bentuk webpage yang boleh kita layari dengan mudah. Di hujung jari kaedahnya...

Syabas Hijabista! Syabas Hijabista! 
Sambil membelek belek fesyen tudung yang terkini, kita masih boleh saksikan paparan yang padat dgn rekaan tudung dan style ikatan, Hijabista juga lebih kreatif dlm memastikan kehendak wanita bertudung mampu bergaya dan lebih stylo. Memahami dan mampu menepati citarasa dan kepuasan peminat yang berhijab. Mungkin dengan ini nanti bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia mampu melayari Hijabista melalui webpage - www.hijabista.karangkraf.com
Jom Berhijabista ;)

Thursday, November 22, 2012

Hijabista - Website Lauch

 YES indeed ~ we were there!!!

Majlis Pelancaran Website by Hijabista - Stailo & Sopan
Majlis kali ni bertemakan baroque inspired ,
Apa dia *baroque? Oklaaa..bagi yg tak tau .. boleh
search kat internet...hehehe..Or boleh perhatikan corak
yang ada pda invitation card (atas) di sudut kiri tu...
That is what we called Baroque design....alkisahhhh..

Most of the guests menepati tema. Rata2 mrk ni dari bidang berbeza.
Ada golongan celebriti, ada personaliti, ada artis, ada model...
ada pemilik butik, ada penggemar fesyen, ada pembaca 
dan tak lupa kami, bloggers yg x brapa nk femes ni...
hehehe...sudi dijemput utk meraikan bersama.
Thank Q Hijabista for having Us ;)

Mula mula kita berdaftar & terima doorgift. Then,
kami di bawa ke lokasi berlangsung nya majlis.
Simple but yet elegan..Uolz ;))
Selain dari menanti para tetamu hadir,
 suasana di sini sudah cukup utk memanaskan majlis
 Sambil menanti majlis bermula...
kami yg sedia ada di dlm dewan tadi,.
diminta utk berkaraoke. Alamak! sapa yang nak 
menyanyi ni.. Sila ...Sila! Jom berKaraoke
usul pihak penganjur majlis.....
Setelah dipujuk oleh pihak tuanrumah,
kami telah dihiburkan oleh AcikTopi yang "sporting"
Wa caya lu la Mai~!!!... 
sementara menanti ketibaan tetamu,
Mai berkaraoke - her voice ...
i tell Uolz..WOWW.. mmg sedap!!
Terhibur sgt2.. Thanks Mai ;)) 


 Bukan saja Mai yang sudi menghiburkan kami pada 
malam tu, malah sebelum acara bermula .....
Dewan menjdi lebih gamat....lebih happening!!!
bila tetamu undangan muncul dgn lagu HIT...
 Then come our very own Anuar Zain
~ another superb performance ...
- kehadiran "Anuar Zain" -
 memanaskan dewan dgn alunan suara merdu. 

 and we the ladies terpukau seketika. 
Mau ada yang pengsan...
 klu betul2 Anuar Zain dtg hiburkan kami!! 
Seperti dijangka, selesai sahaja membuat persembahan, 
beliau terus meninggalkan dewan 
kerana terpaksa ke show di tempat lain, 
"menurut kata " pengacara malam tu. 

Almaklum la puan puan.. 
majlis ini hanya utk Ladies Sahaja...
Sejurus itu, dewan menjadi riuh dgn keriangan
tetamu yg terhibur sejenak. 

Untuk acara selingan je tu....
Thank U dear "Anuar Zain" 
(",)

KINI MAJLIS AKAN BERMULA...
Kelihatan Editor Hijabista sdg bersedia dgn
acara seterusnya.....
begitu juga dengan MC malam itu -
cer teka siapa??
Oppsss... Erma & Hubby turut hadir memeriahkan majlis
walaupun datang lewat... hmmm her tummy dah nmpk
.... welcome MOM2B ;))
Okey! back to Our Show....

 tanpa melengahkan masa...
pertandingan & acara  yg disusun pihak penganjur 
dah bermula...
Kali ini , Puan Maizura sekali lagi jadi perhatian..
 
bila Farah meminta 5 peserta utk ke depan pentas.
Beliau dengan rela hati ...
(of coz laaa together dgn sokongan kawan2..) 
bersama 4 peserta lain ke depan pentas.

- That was the GOOD news.....
Bukan kosong kosong yer... 
ada Hadiah bernilai RM100 utk setiap peserta 
ditaja oleh jenama komestik terkenal dlm penjagaan kulit. 
WOWW..branded tu..Lumayan ibu2 malam ni....
hmmm X kira menang atau kalah! Semua dapat! 

AND The BAD news was......
Jeng jeng jeng : Utk dptkan hadiah ni, bukan susah sgt pun....
Peserta hanya perlu beraksi sambil lagu karoake dipasang
baru la kami tau bahawa peserta diminta utk menggayakan 
style penyanyi lelaki korea yang femes tu....

Akhirnya .....
hmmm..cuba teka ~ who's the LUCKY one (",)
plus got to bring back Xtra Gift lagii....!!
Before...
EARLIER, bergaya dgn tiru style ~
X sangka plak..setelah photo ni dimuatturun ke Twitter
& FB ... ianya menjadi kenyataan ...
dgn Opa GaNam Stye.. kita bleh dpt hadiah jgk.
 NO one went back empty handed that nite~~ 
  All the guests went back with GOODIES.....
Sponsored by (and the list goes on.......)
the awesome DOORGIFT ...

TERIMA KASIH SEMUA....
klu ade event lagi ..jgn lupa jemput kami yer.. ;))

Wednesday, November 21, 2012

Ladies Nite Out ~ Baroque Nite

Assalamualaikum

Syukuralhamdulillah
ML berasa bertuah dapat undangan oleh sepupu ML, 
Mak Dara bersama anak ML owner of Closets of AmyAmy .
utk sama2 meraikan Majlis Pelancaran Laman Web Hijabista oleh Karangkraf
yang berlangsung malam tadi  - Tema dia Uolz ~ Baroque Inspired


Majlis berlangsung sekita jam 8mlm di sebuah pusat membeli belah. 
Kami bertolak awal sbb risau JEM kat area tu, mak aiii... ! 
Seawal 4ptg kami dah pn brada di sana. Apa lagi... lepaking time!!! 

Petang tu, kami bertiga ditemani our dear fren Maizura Adnan, also known as Acik Topi (of coz dearie.. She is also a blogger.) Femes mcm Mak Dara jgk...;)) Actually, ML sebelum ni belum penah kenal rapat dgn Acik Topi ni. Cuma pertama kali kenal melalui FB my kezen and lately ni je selalu terserpak bila sama sama hadir di hospital masa arwah my uncle, PakTam meninggal. Masa tu, ML baru dpat bersua muka dgn Mai. Sempat bersalam2 tegur2 senyum2 gitu2 je. Sememangnya Mai ni amat rapat dgn kluarga D' Adza. 

Ok enuf abt Herstory...hehe now lets continue my tale ~ 
So the 4 of us, lepaking sambil menikmati "lite snack"  
Hmmm best kan bila hujan lebat kat luar (masa tu..) 
kita kat dlm complex ni pekena Hot Drink, sambil Chit Chat  ~ 
Setelah berehat santai kat sini...kitorg ronda ronda
sekitar shopping mall ni... sebelum naik ke tingkat 3
untuk majlis malam itu...

 Wanna know what happened NEXT?
tunggguuuu...entry seterusnya :)....

Friday, November 16, 2012

GeRaaammmNya MakLady!!

Assalamualaikum! Wahai Rakan Bloggers dan Readers.... 
(even Uolz the Silent One!)

walaupun geram ....Mak masih leh cool down... Sabarrrrr...

alkisahnya... 

seperti yg diketahui terutama kpd rakan2 yg berkunjung ke blog utk baca entry ML - 
pasti tertanya tanya sbb takde pun  MakLady tulis apa2. Saban hari saban minggu..silih berganti. MakLady nk start wat entry ~

Dah kat sepurnama dah kot ML tak berkarya..
SEBABnya si Lappy ni wat hal. Dia majuk minta di pujuk.
Si tukang repair Lappy bagi tau yg system dlm Lappy ni ada demam skit...
Demam? OKla .. i can take that coz kita pn klu dah keja panjang sure ada sakit sana sini...rite?


NOW! Mr Lappy dah pulih dari demam. So ML dah excited nk berkarang...
Pepagi dah pasang semangat utk mula buka blog ...
BERSEMANGAT dengan bbagai idea datang ..

Unfortunately....
my angan2 musnah Uolz!! bila ttiba muncul screen yg ML benci sgttttt...

Oh Gerammmm... gerraaammmm....sangattt ni..!!
Please laaa... DO SOMETHING ABOUT IT ...

naaaahh.... INILAH PUNCANYA....
kepada tuan punya website yg terkena virus ni..
PLEASE PLEASE....do something!!

I need to login to my blog... :((

Thursday, November 8, 2012

SePurnama Kehilangan mu

Assalamualaikum wahai rakan2 bloggers & blog reader....

Terima kasih kpd semua krn masih sudi berkunjung. Kpd Kawan2 yg berkunjung ke blog ML dalam seminggu dua ni pasti tertanya2.. what happened? xde entry ke? 
well... mcm yg telah ML nyatakan earlier, bukan dah x aktif ...
cuma ML sibuk sibukkkkkkkk sgt!! Ditambah plak dgn Lappy ML yg dok meragam minta diberi perhatian. hmmmm...

Ini baru ada kelapangan dan mood lappy ni mcm OK je skrg...
Almaklumlah....si Lappy ni pun pandai merajuk tau...
iskk iskkk...jgn la majuk Mr Lappy...

MakLady bukan lupa nk syg U..tpi ML dok cari idea nk menulis entry. Kira otak sejak dua menjak ni agak beku skit...hehehe..Tambah pula sejak selesai kenduri then dengan peristiwa keluarga yg memuramkan ML utk berkarya.

Kenapa leh jadi mcm tu....??
Mungkin ada yg dah pun tau mengenai berita pemergian ayahanda saudara ML yakni abah kpd blogger terkenal Mak Dara. Arwah PakTam kesayangan kami kembali kerahmatullah sebulan lalu, yakni pada 8hb October 2012 bersamaan hari Isnin. Ketika itu, ML dan anak ML yang sulong turut bersama keluarga semua berada di hospital Ampang dari awal pagi hingga la arwah menghembuskan nafas terakhir. ALFATIHAH....

* Bagi mrk yg tak tau tu, PakTam ni adalah bapa kepada sepupu kesayangan ML, yakni Mak Dara - pasti ramai yg kenal dgn blogger @ owner of Bicara Mak Dara.

Al Fatihah buat arwah PakTam
(gambar terakhir ML bergambar dgn arwah Pak Tam
& bonda  kpd Mak Dara @ Makcik Aa'  ketika majlis
perkahwinan anak sulong ML pd bulan Syawal lalu)
Sebenarnya bukan ML nk bangkitkan syahdu pd entry kali ni. tapi bila melihat akan gambar di atas, hati ML sayu kerana di saat inilah, kemesraan Arwah bersama kami boleh dikatakan sudah nmpka kelainan. Berbanding pada hari2 biasa sebelum ini. Keceriaan arwah terpancar diwajah dan so excited ketika berada dlm majlis tersebut. Sambil menikmati juadah dan bermesra dengan tetamu lain, arwah amat selesa. Menurut anak2 arwah lagi, selalunya bila hadiri majlis perkahwinan tidak pernah nk duduk lama. Pasti akan ajak balik cepat....Kebiasaan ketika di majlis kawin walupn saudara terdekat, mmg payahlah nk stay lama. Kdg2 lepas makan je , dah minta diri. Namun apa yg berlaku pd majlis tersebut amat berbeza. 

Mungkin inilah yg kita tak nmpak secara kasar. Setelah pemergian Arwah kini baru la kita sedari .... Mungkin juga ketika itu, Arwah telah pun ketahui akan takdir. Secara halus, melihat akan kerenah Arwah ketika hadiri majlis - ini lah suasana yg paling seronok yang penah beliau hadiri. 

Kebtulan majlis kenduri kahwin cucu sedara yg ditunggu2, buat Arwah teruja. Seblum majlis lagi, arwah ada beritahu ML yg dia teruja utk attend. Siap bagitau yang SEMUA keluarga akan hadir. Mmg seronok mood arwah masa tu. Bila diimbas kembali, menurut anak2 Pak Tam lagi, arwah begitu teruja utk hadiri majlis ini wlaupn saat utk ke majlis mereka sesat. Arwah seakan tidak sabar utk menghadiri. Mmg Sifat dan telatah arwah ketika menghadiri majlis ini, lain sekali. hmmmm...

Tiada siapa yg menduga, itulah kali terakhir arwah dapat bersama kluarga utk majlis sebegini. Sesungguhnya setelah apa yg berlaku, kenangan ini tidak mungkin dpat luput dlm ingatan ML. Masih terbayang wajah arwah - mmg nampka keriangan. So lively. Yang paling tak lupa bila ML sempat bertanya akan pandangan arwah mengenai majlis tersebut. Dengan nada yang bangga dan selesa, arwah melahirkan rasa puashati dengan persiapan majlis dan hidangan yang pd pandangan beliau - Sedap sgt!! " Ingat nk mintak tapau...." gurau arwah pd ML. Ya ALLAH! masih terdengar2 suara Pak Tam. Mmg sungguh seronok! Apa idaknya, Arwah ni mmg susah tau nk puji masakan. Sebb pada Arwah masakan isteri + bonda sahaja yg sedap!! Maksud ML taste tekak beliau. Klu dia kata SEDAP tu ..mmg sedap la tu! That's how he was...

Knowing him...ML tak mungkin lupa telatah Arwah ketika melahirkan rasa puashati dgn majlis. Sesungguhnya terdetik jugak dihati ML namun menganggap ianya satu kesyukuran bila tengok tetamu kita berpuashati dgn layanan dan majlis. Teruja sungguh Arwah...Sampaikan selepas saja kami bergambar ini, arwah beriya2 nk diperkenalkan dengan bapa pengantin. Almaklumlah dah bertahun2 lamanya mrk tak berjumpa. Maka lengkap la semua kenangan bersama Arwah semasa kunjungan arwah ke majlis tersebut.Dihari itu jugak la, merupakan majlis kahwin terakhir yang dihadiri sebelum beliau meninggalkan kita....

Pak Tam ...We Gonna Miss U ...Al Fatihah...


Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]