WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Wednesday, August 29, 2012

Guest Book & Sessi Bergambar

 Mereka yang meRaiKan.... 
@ the Wedding - 25th August 2012




 GuestBook : Tetamu mengambil kesempatan
 menulis ssuatu buat kedua mempelai ....


Tuesday, August 28, 2012

Raya & Rai bersama MakLady :)

 Assalamualaikum Buat semua blogger kesayangan MakLady.

Maaf Zahir Batin ... Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 10 Syawal to ALL!

Masih ...? in raya mood?? Harap2 mcm tu laa....Bagi MakLady, tahun ni agak suram. Bukan sedih ke apa cuma tak berapa nk raya.. Agak busy dengan aktiviti yg takde kene mengena dengan raya! Sampaikan ada blogger yang tanya kat ML - kenapa dah lama tak update blog? 

Betul tu, Mmg dah lama tak update! Rasanya Blog ML ni, dah mula nak berabuk. Nasib baik tak bersawang....Almaklum lah.. Uolz...Ketika org lain beraya ... ML tak rasa pn meriah beraya sakan.... SEBABnya..???

suasana beraya telah diambilalih dgn persiapan majlis
perkahwinan puteri kesayangan MakLady yang jatuh pada hari raya ke 7 baru2 ni....

Kerana itulah, ML tak berkesempatan dan agak sibuk sehari dua ni. Last ML update blog (kalau tak salah ML) sehari 2 lepas raya. Then, ML sepi.... ye lah, Mana La ada masa kan... Nk sambut raya, mana lagi nk buat persiapan majlis, mana lagi nk atur rancang Majlis paling meriah - sempena raikan majlis perkahwinan julung2 kali kluarga ML.. AlKisahnya...

Kpd semua rakan bloggers yg sentiasa mengikuti blog ML pasti boleh agak perkahwinan siapa? Hmmmm.. yg pasti bukan ML ...ha ha ha (ML stop perasan diri hokey!!!!) Oh yer...Maaf sangat2 sbb tak dapat memaklumkan terlebih dulu akan majlis yang diatur. Semata2 menghormati permintaan pihak keluarga pengantin lelaki dan juga kluarga kami. Majlis dirancang secara sederhana tapi meriah ini, berjalan dengan teratur dan lancar mengikut jadual. ALHAMDULILLAH....

Majlis berlangsung dalam suasana sederhana tapi tetap meriah. Dari lubuk hati MakLady, amat rasa puashati dengan persiapan dan aturcara majlis. Segalanya dirancang oleh si pengantin sendiri dan juga dibantu oleh rakan2 rapat dan saudara mara terdekat, yang sama2 bertungkus lumus menjayakan majlis. Kesempurnaan majlis pernikahan dan persandingan berjalan dengan kegigihan mereka yg terlibat secara langsung. Dari seawal acara Berinai ...hingga lah kepada kerja2 hiasan dewan dan aturcara majlis semuanya kawan2 anak2 ML dan saudara sepupu ML yg membantu .. TERIMA KASIH tak terhingga MakLady ucapkan kepada semua yang terlibat. ML sangat berpuas hati.... serious...!! without uolz.. rasanya kita tak dapat saksikan majlis terhebat dan semeriah ini!! SyukurAlhamdulillah....

Moga diharap dengan bermulanya, majlis akad nikah seterusnya, resepsi dan jamuan utk para tetamu pada hari yang sama - telah dihadiri oleh kaum kerabat terdekat dan sahabat handai ini bakal mengeratkan lagi sebuah ikatan yang direstui & berkati oleh ALLAH swt.

 Doa dan ucapan untuk pasangan pengantin baru ini, diiringi dengan restu dari keluarga dua belah pihak dan sahabat handai, akan menyerikan lagi kebahgian jodoh mempelai berdua hingga ke hujung hayat mereka. InsyaALLLAH....

Saturday, August 25, 2012

Walimatul Urus

Assalamualaikum ...
Selamat Kembali ke Blog kesayangan MakLady ni...

Salam Syawal :)
Selamat Berpuasa Enam!
MakLady mohon maaf zahir batin
atas segala khilaf sedar maupn tidak...

Maaf juga dipohon kerana dah lama dah tak update entry...
Bukan sengaja cuma tak berkesempatan Uolz..

Ini adalah berikutan dengan kesibukan MakLady
sempena Majlis Pernikahan Puteri MakLady
pada hari raya ke 7 bersamaan 7 Syawal ...

Mohon doa agar kedua mempelai hidup aman damai dan berkasih sayang
sepanjang masa. Dapat mengharungi kehidupan yang bahagia hingga ke hujung nyawa.
Aminnn...aminrabbilalamin...

Monday, August 20, 2012

Ucapan Ikhlas dari MakLady Sekeluarga

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN 

Salam Aidul Fitri kpd semua sahabat taulan, teman bloggers, rakan FB, dan kalian yang mengenali kami, jauh dan dekat, tak kira la di mana kalian berada. Ucapan ikhlas dr kami sekeluarga...Selamat Hari Raya Aidil Fitri
maaf dipohon di atas kekhilafan sesungguhnya kami hanya manusia biasa yg tidak pernah lekang drpd melakukan kesilapan. Doa kami kpd ALLAH smoga Kalian semua diRahmati Ar Rahman setiap masa...
Amin..

* anak bungsu MakLady tidak ada bersama ketika ini kerana berada bersama nindanya beraya ...*

Suka Sayu di Pagi Raya

Dipagi raya (2 Syawal), anak anak kembali memeriahkan suasana raya bersama MakLady ...
Sbb tahun ni giliran mereka beraya di kampung halaman belah abahnya..

Seperti lazim, sessi dimulakan dengan....
Sessi Bersalaman
"Mohon KeMaafan & KeAmpunan"
dari hujung rambut sampai hujung kaki..
 diikuti dengan sessi bergambar ....
Tak Lupa juga....sessi bersama2 berkunjung ke rumah saudara mara...
Kunjungan Utama ke Rumah Makcik Kesayangan ML
(bonda Zaleha Darus & Family)

Sunday, August 19, 2012

Jalan RAYA di KL

Suasana Pagi Raya - Ketika takbir bergema di subuh. ML telah pn bersiap sedia utk ke rumah kekanda ML di Klang. Bonda telah pn brada di sana sejak semalam. Tak sabar rasanya utk bersalaman dengan bonda dan keluarga d sana. Tahun ni, ML bergilir dgn anak2 utk beraya. Fenomena biasa dlm kluarga ML. Bak kata org, hidup ni kena la tolak ansur. Macam pasangan suami isteri, bergilir2 setiap tahun utk beraya bersama kedua2 keluarga.... hmmm.. ttiba teringat - mesti meriah sambutan raya di rumah rakan2 blogger Ml masa ni kan ...::)) Pada yang baru merasa hidup berkeluarga, harap2 bertambah2 lagi bahagia disamping tersayang.... di mana pn Uol braya!!

Suasana raya tahun ni, lebih santai pd ML dan keluarga kerana tak lama lagi, kami bakal meraikan lagi satu lagi suasana keraian kluarga. Anyway, Raya is still a Raya. So pagi raya, setelah bersiap dengan jubah warna hitam dan labuci lilap lilap, dan tudung coklat (maaf ML tak amik gambar sendiri..hehe), ML pn memandu dengan rasa yg lega..... lega selega lega nya....

haaaaaaaaa...Nk tau knapa ML rasa lega???...

semasa perjalanan MakLady utk menuju ke Klang - alahaiiiiiii best nyaaaaaa...KL lenganggggg...
tak banyk kenderaan on the road uolz!!! Haaa..lega kan? Otak tak serabut...huhuhu...

Kpd yg beraya di kampung ....sure jeles kan? X merasa suasana mcm ni..... Uolz balik KL nnti, dah mula berdepan dgn sesakan lalulintas dan highway Federal akan kembali sibuk~!!!...:((

Selamat Memandu & berhati2 dijalanraya tau... * ML beraya di KL jer tahun ni......yeeehaaaaa...*

Sampaikan Salam..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MAAF ZAHIR BATIN
DARI 
MAKLADY SEKELUARGA

Kepada Semua Followers, tak kira la samada yg ML kenal dlm blog ni maupun diluar sana. Samada pembaca setia maupn my silent readers. 
Khas utk Semua yg mengenali kami secara dekat maupun secara jauh. 
Sahabat handai dan kenalan, keluarga dan rakan BLOGGERS yang ML hormati..
Selamat Sambut Hari Raya bersama kluarga tersayang dan Maaf Zahir Batin

"Terima kasih atas kunjungan kalian berserta ucapan ikhlas kalian...amat2 ML dan keluarga hargai"
moga raya kali ini, kita lebih bahagia dan ceria dan suci selalu di hati ..love Uolz :)

*kad ucapan ditaja oleh MakDara dari Bicara MakDara*  -
TERIMA KASIH daun keladi .... :))

Friday, August 17, 2012

10 Perkara ML Kena buat sblm RAYA

1 . Tunaikan Puasa & Solat Terawih
2. Iftar dengan kluarga @ Rakan 
3. Buat/ Tempah Biskut Raya?
4. Bayar Zakat (wajib)
5. Tukar Duit utk budak2
6. Beli / Tempah Baju Raya utk keluarga
7. Hantar kereta utk servis - sblum bertolak ke destinasi
8. Kirimkan kadraya /SMS - ucap slmt ari raya utk kawan2
9. Bawa Mak Beraya ke Rumah Abang sehari sebelum Raya
10. ELAKKAN melakukan perkara yang SALAH semasa berhari raya...

PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN MASA RAYA


MakLady ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua umat islam , di mana ANDA berada, terutama bloggers yang MakLady kasihi,
moga setiap kita dapat meraikan hari yang mulia dengan jiwa yang bersih lagi mulia, sesuci Syawal .... 
~ Aidil Fitri ~

Thursday, August 16, 2012

Bahaya Mendatang dalam FaceBook, Blog maupun Twitter


Penjenayah Boleh Menceroboh,
serta meRompak kita....
tanpa kita sedari.
~ Kredit to Google~
Salam buat bloggers yang ML kasihi,
Terlebih dulu ML nk mohon maaf jika entri kali ni mungkin ada yg kurang selesa. Ini adalah pemerhati ML dan juga utk berkongsi info.

First sekali : MakLady nk nasihat kan utk diri ML dan rakan2 blogger semua agar lebih berhati2 bila berada di alam cyber ni. Almaklum laaaaa..Dunia internet ni LUAS. Kira mcm2 info jugak bleh capai. Bak kata, sesaat kita klik, dalam sedetik dah sampai maklumat ke merata perusuk dunia. Semua dapat tahu. Maklumat di hujung jari. Rasanya kalian lebih tahu dan mahir dlm hal internet, kan...??. 

Hal ini termasuk la dlm espek KESELAMATAN diri & keluarga. Sudah bnyk kita dengar akan kes2 yang mlibatkan wang, harta, nyawa melayang kerana hal2 sebgini. Seelok2nya, marilah kita sama sama mencegah dari berulang. Tidak mustahil segala jenayah ini, berpunca dari kealphaan kita sendiri. Tidak mustahil juga jenayah ni, bermula dari info2 yg kita muatnaik utk dicapai dengan mudah. 

Langkah sewajar yg perlu diambil ketika kita melayari alam internet harus dipatuhi demi keselamatan kita jgk. Sebaik nya kita JANGAN SEKALI KALI expose alamat / tempat tinggal kita dlm blog, FB, twitter maupn mana2 media seumpamanya. BAHAYA. Tambah plak org bleh je detect dan jejak kita! Mrk boleh jgk tahu kat mana kita tinggal dan klu melalui apa cara pn, sedikit sbnyk benda ni amat bahaya.Tambah plak, sekarang ni dah bnyk sekali kes2 pecah rumah. Kes2 rompak bersenjata yang berani datang ke rumah. Pada kita mungkin rumah kita ni, alaaa xde apa2 pun. tpi mreka (penjenayah) tahu ke? Janji ada peluang.....

Lagi ketara jika kita senang2 memuat turun gambar2 tentang "KeMeWaHan" kita. Lagi laa dorg ni suka. Misalnya, peraga kereta mewah, rumah mewah, banglo baru beli siap dengan kelengkapan perabut serba canggih. hmmm lagi laaaa mrk ni suka! Walaupn pada awal nya niat kita hanya nk share atau nak beri peluang kawan2 kita kat FB atau blogger tengok sendiri keadaan rumah kita. Sedangkan kita tak tau, kemungkinan besar penjenayah ni, keja dia memantau bakal2 mangsa mereka...  Terutama melalui FB, walaupn bukan rakan FB pn, ada masanya org lain pn bleh tgk gambar2 maupun info yg dimuatturunkan. Serama ML bila pikirkan perkara yg boleh berlaku dan sedang berlaku dalam dunia serba canggih sperti skrg ni.

Seperkara lagi, ML tulis entry ni adalah utk berkongsi sedikit info, dimana ada antara kawan2 yg dengan sengaja atau tak meletakkan alamat rumah mrk. Mak Aiiiii...klu ye pn nk berkongsi dgn kawan2 lain pasal apa2 - elok je jgn ditulis alamat kat WALL. Klu kat inbox atau private group, takpe la. Yg tau pn kawan2 itu je. Ni tak!!! Habis satu DUNIA tau dia dok mana.... BAHAYA dik noonn ooiiii....

So rakan2 FB dan bloggers yg lain,  yang mungkin tak perasan telah meletakkan biodata diri dan keluarga - elok la di edit semula. The best is "takpayah letak langsung" termasuk masa isi kita punya info diri tu, jangan la too direct sgt. Paling bahaya klu stated our home address dan tempat belajar anak2 terutama alamat tadika/sekolah. Ini pada kita, mungkin tak de hal! Tapi kena ingat! bila org boleh access our detail kat FB pasal kita, tak mustahil dorg tak leh dapatkan info pasal anak2 kita. Bukan ML nk takut2 kan atau nk berpikiran negatif tapi juz imagine kes2 culik di sekolah2, tempat2 sekitar skolah semata2 penjenayah ni tau di mana anak kita berskolah... wlupn kita ni Bukan Org Ternama tpi tak mustahil org leh wat mcm tu, semata2 nk dapatkan duit. Mungkin itu jgk sebabnya hari2 kita disajikan dgn berita jenayah - most of it bersangkut paut dengan dunia internet yang serba canggih. Please Be Careful....

MasyaALLAh.. mohon dijauhkan benda2 mcm ni terhadap insan2 tersayang ML dan rakan2 bloggers dan ahli kluarga kita. 

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGALAKKAN JENAYAH CYBER BERLUASAN
Jenayah dapat info dari FB, Twitter, Blog
Photo: Credit to Google

Wednesday, August 15, 2012

Kenangan BerIftar Bersama Keluarga

~Assalamualaikum Smua~
Wordless Wednesday







 Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka Puasa 
pada jam 1927hrs nnti...[masuk waktu Maghrib di Kuala Lumpur dan kawasan2 yang sewaktu dengan nya]

Tuesday, August 14, 2012

Entry BerHabuk...

Assalamualaikum 

Salam Ramadhan Semua..
my darlings Bloggers

Entry ni sebenarnya dah lapuk. Sbb dok dlm draft dah lama rupanya. 
Masa ML godek2 terjumpa entry & gambar yg tak publish2 rupanya...
ML terlupa atau terlepas pandang akan entry lapuk nirupanya..

isshh... brapa bnyk rupa nya daaaaaaa...
hehehe

Oklah - jom kita tengok apa yg ML missed to share. Sebenarnya photo2 ni, diambil masa ML attend satu
event anjuran satu BRAND ni. Malas la nk cerita panjang lebar pasal event ni. Nnti luka lama menanah kembali...apa yang penting. masa event tu, ML dapat berkenalan dan berjumpa dengan bloggers yg hebat2!!

Memang teruja. Memandangkan ML ni dah masuk dlm kategori agak "veteran", trasa ganjal pada awal. 
Almaklum FIRST time menonjol kan muka ML kpd umum semenjak jadi unofficial blogger. Tu pn sbb dapat jemputan dan utk memenuhi jemputan sahaja...Klu tak, malas gak.... [ML sebenar2nya lebih suka pd LOW Profile Life...xsuka org tau sangat pasal life kita. Lgipn ML bukan artis, celebriti, jauh sekali ahli muzik atau ahli sukan berbakat ...oh No! No! NOOOOOO.... Im juz an ordinary MakLady ... ;))

issskk melalut la plak ML ni - teruskan kpd story asal kita hokey ML....

Apa yg dipelajari adalah sesuatu yg berharga kpd bloggers yg hadir. Contohnya, we shared idea, concept dlm melaksanakan tugasan yg diberi. Kami dibahagikan dalam satu kumpulan seramai 6 org tiap kumpulan. Tugasan pertama - Sketsa Muzik 
Pada peringkat awal, dlm acara selingan event tu, the bloggers
took part dlm sketsa pendek. Diberi tugasan utk melakukan
lakunan sambil "menyanyi kan" lagu yang diubah lirik kpd
situasi yg diberi. (rekaan kumpulan) - sangat mencabar....
Kumpulan MakDara yg wat persembahan pertama..
 Kumpulan ML plak tak ketinggalan. Nasib baik ada Maria Elena. She came out wt an idea and together with other male bloggers, we did well. Unfortunately, we didnt win !! Anyway, it's fun to learn something from this segment. We can create something different from something is already exist. And with that, we bring in a new meaning into the worth of blogging. Kat event tu jgk, kami dapat bnyk ilmu dan berkongsi idea dan pengalaman among bloggers. ML mmg kagum dgn talent and ideas and they willing to share! That's the beauty of it. Sharing is Caring ...
Bloggers yang terlibat sedang beraksi di pentas...
Then come the next segment : How to create a vBlog. Menarik sgt. Selain dr vblog, kami diperkenalkan dgn pembikinan Vidoe utk dimuatkan dlm YouTube. Kan skrg ni ramai bloggers yg minat utk muatnaik, video mrk dan menjadi tatapan ramai. Ramai pn yg femes sbb video mrk. Antara mereka yg berjaya adalah Maria Elena. She loves wat tutorial via her YT videos.[walaupun ada masanya she create Haters]. Well itu lumrah what! Bukan semua org suka kita! Masing2 ada hak masing2. Peduli kan je.. Janji video kita masuk YouTube dan rating baiiikkk punyaaaaa... ;)) Thanks for ML - lebih penting.....
Selain menjadi blogger yg hebat,
ML kagum dgn blogger pilihan ML ni. Sape lagi klu bukan
si gadis yg COOL .....Maria Elena!!! Beliau sering
dijemput utk bagi TALK. Trust mea, Her Talk Sgt2 Superb!!
Best giler ... sampai rasa mcm tak cukup masa je..
With her natural style, ML LIKE sgt2. She's slamber habis.
ML mmg suka tgk how she handle her haters.
And her spirit shared, make her stays
COOL & ADORABLE even more. 
Go Maria! Go...
So do the rest of the bloggers yg sempat ML jumpa pada hari tu. Masing2 ada keistimewa sendiri. ML mmg kena belajar dengan mereka ni. Selain dari skill tersendiri utk majukan blog, mereka ni sudi berkongsi pengalaman mereka bersama.
THANK YOU for sharing wt me :)  I LOVE UOLS so very much .. ;)) - GAMBAR ADALAH DARI KOLEKSI MAKLADY


Siapa Kenal Bloggers yang ada dlm photo ni...,
sila angkat tangan..... Ohh ada makwe kat blakang tu kenal
kami laa.a..ha ha ha...femes gak kitorg kan..kan ..kan..
ha ha ha - mode: ML perasan!!!!!

Kami sempat bergambar dengan Maria Elena

Sunday, August 12, 2012

Abang Pakai Samping ..

Assalamualaikum Semua Adik adik, Akak akak, Abang abang..
Selamat Berhari Minggu. Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Selamat Membeli Belah bagi mereka yang bercadang nk 
Shopping hari ni.. Jgn lupa beli samping !! 
ala kain yang dililit keliling pinggang tu...
Makin segak bila dikenakan dgn 
baju melayu baru... (",)

Sebelum tu...
Mari kita lihat FAKTA mengenai pemakaian Samping.



Lepas ni, klu Uolz kluar beraya nnti, boleh la usha kat che abang korg tu.... samada dia pakai samping dengan STATUS yang betul. Untuk para isteri, check samping suami tu, takut dia pakai salah gaya. Mana la tau, kalau dia pakai samping di atas lutut.. Paling takut klu - dia bergaya dengan samping singkat plak nanti ...ha ha ha...

Klu yg anak dara tu, tolong ye... make sure che abang korg maupun yg korg dok usha tu, tak pakai samping paras bawah lutut.... hhhmmmmm...itu utk mereka yg sudah ada wife ! Seelok2nya biarlah si dia tu pakai samping di atas lutut...makna dia masih Single & Available... (ye ke idok??)  Baru la ngam. Bujang dgn Bujang...!! X gitu MakLady nye.... ?? 

[Ini adalah lapuran yang boleh dipercayai.. :) 
Selamat Berhari Raya Uolz..

Saturday, August 11, 2012

Who? What? When?.....


Duit Raya dari Bank Negara

Duit Raya Baru....menjadi buruan sejak diedarkan mulai Julai baru2 ni. Sejak tu, ramai yg teruja nk kasi duit raya baru.. hehe.. Mayb sbb cantik lagi dri yg sediaada. Apa2 pn ML tak kesah klu dapat duit raya lama. ke baru ke... sbb yg penting bukan rekabentuk atau baru lamanya duit. Tpi pemberian dari sipemberi itu...hehehe..termasuk nilai wang itu sendiri...*klu dpt wang kertas warna ungu pn lagi laaa ML suka* Oh yer..sape nk kasi duit raya kat ML ...sila2 laa yer.... ;)) ha ha ha
gambar hiasa dari koleksi Bank Negara & Bernama
Setiap tiba hari raya pasti ramai yg dari awal memperuntukkan wang "angpau" duit raya utk mereka yg layak!
Siapa yg layak agaknya.....

* Kanak kanak  * Anak anak sekolah * Remaja yang masih bersekolah menengah maupn kolej...
* Kekadang tu, remaja Uni pn masih dapat duit raya - bergantung kpd ihsan pemberi [terutama ahli keluarga] termsuk anak ML yg msih blajar kat Uni wlupun dh 20+ thn..huhu

Nak tau tak serba ringkas pasal sejarah DUIT RAYA ni..
Kalau dlu, duit raya ni tak penah wujud dlm masyarakat Melayu. Tetapi telah diadapsi kan melalui budaya memberi "angpau" oleh kaum Cina. Maka dgn budaya itu, org Melayu Islam juga memberi wang lebih kpd amalan "kluar zakat" kepada golongan yang memerlukan. Cuma masa dlu - kanak2 tak semewah skrg! Mrk cuma menerima wang siling. Masa tu, kanak2 tak materialistik sgt mcm skrg...huuhuu Zaman ML plak dulu, seingat2 ML, 20sen pn kami terima~! hehe Maka bila dikumpul - jdi banyak laaa...seronok tak terkira masa tuu.... ;))

Sekarang ni pulak, duit raya diletakkan ke dalam sampul angpau. Bila diterima, xdapat mengagak berapa nilai angpau yg diterima! Ada kalanya kanak2 ni, teruja dgn nilai angpau yg diterima. Ada tu, hanya mongok klu dlm sampul tu hanya ada RM1. Ada budak2 yg daring, bleh SOUND..."hmmm takkan seringgit je..?" tambah plak klu dia sound depan2 org yg bagi tu??  ha  ha  haa...Itulah senario pasal duit raya dulu & skrg.

So tahun ni Uolz dh siapkan duit raya berapa ringgit malaysia? Raya dah nk dekat dah ni. Dah sediakan utk Adik bradik? hmmm agaknya brpa laaa rezeki dorg thun ni...Anak sedara berapa ringgit? Mak Ayah berapa agaknya duit raya kan..?? huhu.. SERONOKnyaaaaa...[ bagi  yg menerima dan yg xbrpa nk seronok nya bagi yang nk kuarkan duit raya...;)) he he he

Friday, August 10, 2012

A FOOTBALL Star Is Born

AL FATIHAH buat arwah Ba..
bapa kesayangan ML yg telah 
pergi menghadap ILAHI pada
31.Nov.1989

Pada ML, beliau adalah HERO 
MakLady... sampai bila2...
He's my Superdad in my heart
FOREVER...
Arwah merupakan seorang pemain bola dlm era 60/70's. BOLASEPAK & Hoki adalah kepakaran arwah hingga mewakili negara diperingkat antarabangsa. [Arwah penah bersama Dato Ghani Mirhad dlm pasukan Selangor suatu masa dlu dan mewakili negara] Slepas itu, beliau melatih generasi baru dlm pasukan Selangor.

 AND NOW... segala hanya kenangan abadi kami sekeluarga. Moga Arwah diberi limpah kurnia dari ALLAH swt dan ditempatkan bersama org2 yang beriman. Aminnnn...

Itulah doa ML terhadap bapa tersayang. Apa yg ML tanggung selama pemergian Arwah, sedikit sebanyak telah mengajar ML agar lebih kuat dan tabah. Melihat akan kegigihan arwah memberi inspirasi kpd ML tuk teruskan kehidupan wlu apa pn berlaku. Kehilangan arwah amat2 ML rasa. Tiada lagi gurau senda, tawa riang, kehangatan dakapan dan sentuahan kasih dari arwah. Sssungguhnya terasa kehilangan yg tiada tukar ganti. Namun ML harus redha. Segala nya adalah ketentuan Ilahi. Setiap yg hidup akan kembali kpd Nya.

DULU...ML bersama Amir ketika beliau kurang dri setahun
*maaf setika ini ML tidak bertudung...*
Sesungguhnya, Arwah amat rapat dgn ML ( almaklumlah ML ni anak ppuan tunggal) Maka kerapatan kami amat dirasakan ... namun kini, ALLAH "ganti" kan kesepian dan kerinduan ML kepada kehadiran anak bongsu ML... [ketika gambar diatas ini diambil si Amir ni baru je 10 bulan rasanya] Sedikit tak tumpan macam arwah! Wlupn kurang pd rupa tapi anugerah ALLAH tiada siapa yg sangka. InsyaALLAH inilah hadiah ALLAH utk mengingatkan ML kepada bakat Arwah suatu masa dlu. Sape tahu satu hari Amir mampu beraksi seperti arwah TokBa nya.[Amir sgt2 meminati bolasepak.] Ada la jgk cucu TokBa yg ikut jejak beliau selain anak sedara ML, Azim Annuar -anak abang ML- yg minat main hoki sjk skolah lagi. BOLASEPAK & Hoki adalah kepakaran arwah hingga mewakili negara diperingkat antarabangsa. [Arwah penah bersama Dato Ghani Mirhad dlm pasukan Selangor suatu masa dlu dan mewakili Pasukan Hoki Veteran Sultan Ahmad Shah bersama Sultan Azlan Shah (Perak) dan beberapa pemain hoki veteran]
SEKARANG: Amir dah besar!
Meminati sukan bolasepak dan
bercita2 utk jadi pemain bolasepak
Macam TOKBA...

Thursday, August 9, 2012

Kidnap Nasi Briyani Bukhara

Assalamualaikum
Nasi Briyani Bukhara Ayam Special
Jangan ade yg terliur plak tenguk gambar kat atas ni yer... Kuatkan iman Uolz!! Lagi bbrapa jam je lagi nk berbuka..... Harapan ML atleast ada lah antara yg membaca entry ML ni, tak pening kepala nk pikir - nk makan apa hari ni..??

Nasi Briyani Bukhara Ayam Special - inilah menu utama semasa MakLady berbuka puasa semalam bersama, MakDara (sepupu ML yang gojes & sporting ni...I love u ) dan tak ketinggalan Princess ML, Elia. Sebenarnya, dah lama jgk mengidam nk makan nasi Bukhara yg super duper sedap ni. Jadi bila Elia mencadangkan - apa lagi bagai ngantuk disogok dengan bantai peluk la ML. Disokong pulak dengan rekemen MakDara, maka ke Restoran Syed la destinasi seterusnya kami dlm misi KIDNAP kami kali ni. Yeeezzaaaa... kami anak beranak telah berjaya KIDNAP MakDara yg dari asal lagi mmg dgn sukarela diKIDNAP. ...ha ha ha.. Ade ke org RELA dikidnap? hmmm... takde kan...!!  Tapi dengan kami - Kami Ade! Ko Ade???....

Haaa.. ini yg MakLady nak story sebenarnya -  Sessi KIDNAP kami bermula seawal jam 3 petang semalam waktu tempatan. Kala tu, MakDara telah pun sampai disebuah daerah. Setelah menerima Sistem Pesanan Ringkas dari CikBoss ML, akan lokasi MakDara maka ML pn bergegas ke sana. Ternyata MakDara telahpn berada disitu dan siap sedia utk menjadi habuan KIDNAP kami... Jeng! Jeng! Jeng! Ini adalah peluang yg dinanti2kan. Kereta MakDara kami ekori dan terus memintasnya. Tanpa membuang masa, MakDara dengan senyum lebar menghampiri kereta kami. Pintu pn dibuka dan MakDara dengan wajah yang berseri2 dengan senyuman, memasuki kereta kami tanpa was was ..ha ha ha ha..
Wajah MakDara yg berseri2 setelah
menikmati keRelaxan ketika sessi rawatan
FACIAL.. Muka MakLady tak menerima
rawatan sbb tu mcm rupa org menahan lapar
 & dahaga ketika berpuasa...cewwwahhh...
hehehe
Uolz nk tau tak - ke mana ML & CikBoss ML bawa MakDara sebelum ke Restoran Syed??
 [yg pemes dekat dgn Taman Permata Ulu Klang, Selangor...(betul ke alamatnya ni...?) ]
Mesti Nak tau kannn.... setelah misi KIDNAP berjaya dilaksana kami dah lama merancang dengan pelan pertama - Singgah di sebuah pusat rawatan utk manjakan diri. Di sana, MakDara & CikBoss menikmati layanan yang terbaik dari pemilik SPA. Ketika ini, CikPrincess @ Erin tak join lagi. [Ada hal she gonna join us later] Memandangkan ML tak wat facial sbb takut tak sempat nk berbuka puasa plak nnti, ML manjakan diri dgn my gadget jer. Tkasih CikBoss sbb dapatkan gadget baru utk ML brmain2..hehehe. Almaklumlah... bukannya kejap tau nk wat facial ni. 2 jam setengah nak spent semasa sessi memanjakan diri dalam misi KIDNAP kali ini. So ML tak de la boring sgt menungguuuuu..

Dalam memastikan kita punyai kulit yang sehat, proses ini juga memastikan wajah kita sentiasa segar dan pengaliran darah ke muka nampak lebih natural. Tak perlu rawatan yg canggih2. Botox bbagai. Cukup dgn rawatan pemulihan sel. Proses demi proses dilakukan. Bukan sakit tapi syiukkkk! Tambah kata mereka masa proses membersihkan sel, jerawat & blackhead pn, tak de la sakit sgt. Lembut je cara pekerja di pusat Spa ni wat keje. Terasa Relax dan dapat merehatkan minda seketika. [ Uols pn bleh lelapkan mata & terus terlena..] Inilah dinamakan Memanjakan diri. 

Bukan senang nak dapatkan wajah yang segar & sehat. Muka ceria selalu tak semestinya sihat. Muka sihat tak pulak bergantung kpd senyuman menawan 24jam. Penjagaan kulit muka pn perlu. Lagipun setelah menerima rawatan nanti, kulit muka akan lebih gebu dan lembut serta beri2 selain memastikan sel kulit lebih sehat dengan rawatan mengikut tawaran penjagaan yang sesuai dgn kulit kita. 

Uolz tengok la sendiri..... dalam entry blog kesayangan MakDara mengenai pengalaman diKidNap dlm   bicaramakdara. Misi kidnap dan membawa kepada "penahanan" beliau semasa bersama kami..... ;) 
Bukan saja si kena Kidnap yang dilayan super tiptop tapi
si Kidnapper pn diberi rawatan yg BEST sangat2 katanya
- sambil awt PEACE kat ML yg tak wat apa2 rawatan ni :P
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwDehNaQRj1Oic5CkcJlBsDW2BJrqE-K-Ck2NugTAHXu0esXwJ-WiECZIHrcIg9QW1mGcaSzDdjPN-GP_5VKTCOY7cYSnnSbIO4Jh_PgWMeQUiRPCBqwKq2NViIzs37maqY8v97jEl-aM/s2560/1344418251539.png
MakDara plak, diberi rawatan muka yang
menRelaxkan minda & mencantikkan lagi
wajah ... lepas ni fresh la minda MD dan
boleh la wat skrip lagi, dan lagi..
dan lagi..dan lagi..

HASILNYA....???
Uolz tengok la sendiri.....
Wajah elia + MakDara setelah dimanjakan...
BerSeri - Seri bagai bidari... I loike...
Mesti teruja.... dan kalu ada antara Uolz yg nk diKidNap oleh ML & CikJejariruncing, sila rajin2kan diri join BlogDearLady dan sape tau, sessi KidNap akan datang - bersama MakDara, MakLady & MyPrincesses Erin & Elia @Jejariruncing ke Salon bersama2 lagi.... ;))

Balik Kampung...

BALIK KAMPUNG....HO HO BALIK KAMPUNG...!!
HO HO BALIK KAMPUNG...HATI RIANG....

waahhhh..bersemangat ML hari ni..
bukan apa...
org lain sibuk beli tiket utk pulang ke kampung
ML dok je kat KL ni..:((
sbb nya ????
ML tak de KAMPUNG!!!
uuuwaaaa..uuuwaaaaa...

yeeeee...ML beraya di KL slalunya...
sbb KL ni la Kampung MakLady!!
*sedih x...? *

So utk merasa "bahang" org balik kampung
ML dan anak2 berkunjung ke pusat membeli belah
e@Curve utk FEEL suasana balik kampung....

But WHY kat e@Curve?
haa..Uolz gi la sana  TENGOK promosi 
"Dendang Perantau" 
Apa yg menarik kat sana adalah...
DEKO ala2 bas stesyen Kluang..
siap dgn Bas nya, jalan raya, kedai2 jualan..
kaunter tiket, pondok menunggu bas....
MACAM REAL...Uolz...!!! 
jalanraya dihadapan bus stesyen Damansara Perdana
ala e@Curve

ML suka replika bus stesyen ni. Siap dgn..
kerusi menunggu. Tgk la rekabentuknya
mengingatkan ML rumah pusaka arwah
nenek ML .. (silang pangkah serong)
VERY THE CLASSIC....
Sempat jgk ML berposing...@ pondok menunggu bas...
*jgn CURI @copy paste pic ni tau...ML
TAK HALALkan dunia akhirat..*
klu nk jgk - sila minta izin dlu...TQ 
Cuba la tengok hiasan dalam pondok menunggu ni...
cantik kan... Ada papan Jadual Perjalanan lagii..
Nak tgk bus ke destinasi ke kampung halaman...
boleh rujuk kat papan jadual ni... huhu

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]