WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Tuesday, July 31, 2012

Jalan Jalan @ New Castle (Part 2)

Assalamualaikum semua yg ML sayangi...

Dah baca entry seblum ni pasal trip ML ke New Castle? Hari ni, ML nk bercerita plak pasal aktiviti masa kat sana. (Maaf yer...atas sbb2 tertentu, ML tak sempat nk snap gambar2 yg menarik kecuali mana yg ada je dan ML google jer...) Bukan malas cuma mood nk bergambar kurang kali ni sbb penat kot. Anyway, ML hrp Uolz terhibur dgn celoteh ML ni....

OK, let's begin the journey. Mmg excited, nk gi KB kli ni, terlebih sikt sbb PutriSulong turut serta. Sbb slama ni, dia jarang ikut  ML. Atas cadangan ML maka dia berCUTI seketika dan ikut serta. Princess - My princess yg sorg lagi plak, selalu ke mana2 dgn ML. Malah klu ke KB ni, mmg selalu ditemani. Kira my tourist guide merangkap co-driver (walaupn mL jarang nk kasi dia drive..ha ha ha) Jadi peneman pn OK gak. Lagipn masa bercuti klu takde dia, rasa mcm sepi ... almaklumlah, dia ni penyeri suasana. Ada saja cerita n funny sfuff yg dia kongsi dgn ktorg. Tambah plak klu kena sakat dgn PutriSulong. Lagi la menjadi2 gelak tawa kami. Ada masa tu, kami digeletek dgn story mory & keletah sampai berair mata...bukan menangis tpi GELAK..ha ha  ha... Sememangnya my princesses ni mmg rapat dgn ML. We shared a lot of things together. The laughters and cries....
kuala lipis to gua musang road... - Gua Musang

Walapun perjalanan kali ni, amat jauh (melebihi 300km hokeyyy....) mmg something to kenang sbb dalam pada berkejar2 dgn masa utk sampai ke destinasi, ada mcm2 gelagat n peristiwa sepanjang perjalanan. Mostly manis! But im not going to bore Uolz wt the storymory. This time pasal journey je dlu..;)) Mula drive dr pukul 7pagi menuju ke arah Pantai Timur melalui hway Duke dan Highway ke arah Genting menuju ke Bentong. Laluan Gua Musang menjadi pilihan. Bgi mrk yg dh biase dgn route ni, pasti akn mengalami suasana berbeza bila lalu jalan lama berbanding highway! Merentasi Bentong - Kuala Lipis - Raub di Pahang dan memasuki Gua Musang terus ke Machang, Kuala Krai sampai ke KB.

Perjalanan tak de la smooth sgt sbb jalanraya dlm daerah yg disebut mostly tak stabil. Lagipn what do u expect "jalan lama". Pemandu harus berhati2 bila OVERTAKE sbb selain lori yg banyak, masalah utama adalah jalan yg sempit dan yg kureng cantik kat sini. Kena extra alert dgn keadaan jalan yg bertampal2 sana sini. Permukaan yg tak rata [xmcm highway..] menjadikan my driving agak slow.Selain faktor diatas, suasana jalan yg tak ada lampu disetengah2 daerah ni, membantut kelancaran perjalanan.[just imagine paling tinggi is 80-100sejam] Uolz leh bayangkan betapa lama nya perjalanan....

Dgn pengalaman yg lalu, ML cadangkan kami bertolak awal pagi dan insyaALLAH sampai tengahari. Xberani nk keluar ssudah sahur sbb pengalaman lalu ketika bertolak jam 3 pagi melalui Karak sedikit masa dlu, amat menyeramkan. Maka sedang elok la klu bertolak ssudah subuh. Alhamdulillah perjalanan kami selesa cuma agak memenatkan bila terpaksa mengikut lori2 yg bnyk waktu tu. Pendekata, kami sampai destinasi pertama di Machang tepat jam 1tghari. Wlupn masa tu, waktu lunch, kami redha sbb bulan puasa. Atleast dapat berehat sebentar (especially ML - sbb jadi driver sepenuh masa hari tu.. huhu.) sblum meneruskan niat utama urusan rasmi kami. Selesai segala tugas di sana, kami bertolak semula ke KB. Xsabar nk jumpa katil, bantal ...hehehe...penat weiiii... drive hampir 6 jam non stop!!!

Tiba di hotel jam 4 ptg. 2 jam terlewat check-in. Tak kesah laa... janji ada tmpt nk stay. Ok! sampai sj bilik, ML dan my princesses, lakukan apa yg patut, then kami berehat seketika. Pada ML, dpt lelap seketika pn cukup dah. Jam 6ptg kami kluar hotel n start menjelajah sekitar pekan KB. We decided to buka puasa simple aje sbb terlalu penat. Selesai bbuka puasa kami balik semula ke bilik dan tunaikan kewajipan masing2. Then sambung rehat.... ha ha harruusssssss

Nite Market @ Wakaf Che Yeh 
Pelan seterusnya, melawat ke Wakaf Che Yeh. Very the popular Nite Market ada kat sana. Tempat yg wajib dilawati sbb the last time we came, hujan lebat dan suasana jadi Xbest utk bersiar2 kat sana. Driving @jalan kat KB agak confius sbb x mcm KL. But i managed to get us to our destination. Bgi mrk yg tak penah ke sini, tmpt ni mcm Uptown/Downtown kat KL a.k.a  nite market. Kwasan Pasar WCY ni yg sgt luas. Klu berjalan non stop mau amik masa 3 jam pn x tentu habis pusing! Barangan yg dijual lebih murah dr KL. Kira mcm2 ada!! Klu tudung ni, jgn cerita la. Bermacam2 jenis - selendang??, tudung bawal??, tudung dato siti?? tudung lapis2?? tudung lace, tudung berkerawang, tudung saji...ehhh bak kata, SEMUA ADE laaa...!
Gambar2 : Credit to Cik google Search 

Klu berjalan sambil menikmati satu2 kedai kat sana, mau tercabut kepala lutut ML. Mujurlah, my princesess rajin melayan ML, klu tak mau sekerat je, ML dh ajak balik... Lagipn, biasa la org ppuan ni, klu bab Shopping, sejauh mana pn SANGGUP !!! huhuhu.. ML sebenarnya xsuka Shopping. Perangai ML, set mind nk beli apa, tuju tmpt tu, beli then balik. Xsuka nk window shopping tak tentu pasal!  tpi klu sekali skala berjalan2 mcm ni, boleh la. Lagipn, raya dh nk dekat. Mana la tau klu ada benda yg boleh dibeli kat sini. Tpi bak kata org local, klu dh mai KB tak beli barang dr sini mmg rugi!! hmmm..ternyata btul kata mereka.

End of our visit, we managed to buy some sandals plus shoes and some dresses... Murah2 & Cantik2 woooo... Tak lupa kami jumpa satu kedai jual jambu batu jeruk. Besar buah jambu dia. Siap pencelup warna hijau lagi.... rasa dia mcm jambu batu yg kita cicah dgn garam halus tu... but much better. Abg yg jual jambu tu pn agak JAMBU ...[serious cute mamat tu...hehehe }tu yg wat kami xsampai hati tak beli kat dia ... siap dia tolong potongkan semua buah tu. Senang la nk makan nanti, katanya!! Terimakasih cik abe weiii... wat susah2 jaaa.. :) [serious sedap buah jambu ni...hehehe]

Sebelum balik kami singgah kat tepi sungai kelantan, Kota Bahru WaterFront namanya klu taksalah ML [ML panggil benteng je tmpt ni..] Berdekatan dgn Pelangi Mall. Tempat ni mmg best sbb xramai org sgt, [mungkin sbb bulan puasa kot org xluar sgt. lagipn weekdays, esok org kerja] Terlanjur kami di situ sambil pekena nescafe tarik, kami beli makanan for sahur sekali. Almaklumlah... takut xlarat nk turun makan sahur baik kami beli and makan kat bilik nanti. Sebenarnya tempat ni mmg ML suka kunjungi klu ke sini. Selain selesa hotel2 kat area ni pn boleh tahan gak. Selesa dgn harga yg berpatutan. Mmg lebih murah dari KL dan tmpt yg bersih. Yg penting, senang tmpt makan depan mata sj. So apa kata, korg check this place out for your next visit to Kota Bahru.

Gambar Kota Bahru WaterFront waktu siang - credit Google.Search

Okeylah Uolz.. ML nk beradu dlu. Esok kita sambung lagi. Sbb ada lagi aktiviti yg harus dilapurkan...terutama SHOPPING..!! hmmm seingat ML kan...dari KL lagi,takde pn sessi shopping in KB, dlm list aktiviti kali ni..hehehe tu la dia org Pompuan..!! 

Sambil pejam mata ML dok bayangkan...ke mana esok Princess nk bawa kami gi shopping....hmmm...nak gi shopping...Nk gi shoppinggg...nk gi shoppiinnggggggg... nakkkkkkk.....ZZZzzzzzz 

Monday, July 30, 2012

Jalan Jalan @ New Castle

Salam Ramadhan buat kawan2 semua..

Semasa entry ni dibuat dan diuploadkn, bermakna MakLady sekali lagi berada di bandar Kota Bharu...hmmm wat apa plak ML ni ke sini?? Bercuti2 Malaysia dibulan puasa ni ker??? issskk sungguh tak ssuai tauuuu.... Segalanya kerana urusan peribadi...(peribadi la sangatttt.) Ok - rasanya kali ni, seperti lawatan seblum ni. ML suka stay kat area bandar - Pekan KB. Sbb senang nk bergerak! wlupun dgn bantuan si VivaD'Vass ML. Sebenarnya, ML lebih selesa drive tmpt yg familiar. Lagipn kemudahan senang skit. Lawatan kali ni, bukan la utk leisure sgt tapi bak kata org, klu dah berjalan jauh sampai sini, apa salahnya ronda2. Cuci mata. Tambah plak kali ni, ML ditemani oleh my 2 princesses. Ladies Day Out gitew!

Memandangkan bulan puasa xde la nk jalan2 sgt. Lebih kpd urus KERJA then ada masa utk bersiar2 belah ptg nya. Sambil rekey tempat utk bbuka puasa nanti, apa kata kita ronda2 kota bahru...huhu.. Lepas ni, ntah bila plak nk sampai lagi...kenn! Seterusnya kami di sini, plan nk jumpa kawan lama tu ada cuma takut tak sempat masa. Esok dah nk balik dah. Kami pn redah je jalan2 sambil cuci mata. Nak tau kat mana ML & Princesses lawati? TENGOK je pic kat bawah ni.......kat mana ML singgah!! enjoy ur view uolz & Selamat Berbuka Puasa.... ;))


pusat kraft tangan
Hotel yg kami stay for 2 days.....
kopitiam utk kmi buka puasa nnti
Ini lah dulu bingkisan dari KB.. nnti bila dh balik KL klu ada pic yg menarik ML share k... ;)) Doakan perjalanan kami selamat sepanjangan "percutian singkat" ini ... Happy Holiday Happy Blogging..!!

Sunday, July 29, 2012

Bukan Sebarang Spa


Bismillahirahmanirahim

dengan rasa berdebar2 ML pn memberanikan diri 
untuk meletakkan kaki ke dalam air kolam yg penuh
dengan ikan. Mula tu mmg teruja bila jumpa spa ikan
ni. Ye laa selama ni dengar org bercerita je. Kali ni apa
kata ML cuba sendiri! Maka inilah pengalaman pertama
ML utk cuba FISH SPA ni. Tengok la photo yg ML amik 
semasa sesi bermanja dgn ikan2 halus ni.....
Pada mula perasaan seram pun ada, tapi ku gagahi juga kaki
masuk ke dalam kolam. Namun dengan rasa teruja nya tadi
terhapus la rasa seram tu. Malah seronok plak bila rasa ada
macam "benda" berebut2 dok gigit2 manja kat kaki ML ni..
hehehe eeee geli pun ada! Syiukkk pun ada...ha ha ha
Tengokla tu! bnyknya ikan .... mereka berkerumun kat kaki
ML - terasa mcm celebriti la plak ken...hehehehe issskk ke
situ plak ML berangan... ha ha ha. Bukan apa, ikan-ikan
ni mmg tertarik kepada bau kaki sbb tu bila kita masukkan
je kaki dlm kolam, mcm pirahna mereka datang... tolong
ragut segala kulit2 mati dan daki2 tebal yg menjadi dah lama
bertahta dikaki kita. Lagipn kira makanan lazat mrk kot..
hmmmm... gamaknya la kot..hahaha
 Pengalaman ni mmg seronok. Tapi pada mereka yg jenis "pengeli" mungkin tak sesuai. Dikuatiri nanti ikan-ikan itu akan mati lemas dengan kejutan mereka. Pada ML tak salah klu sekali skala manja kan kaki kita dengan urutan tapak kaki - refleksologi- dan seterusnya menerima rawatan spa melalui ikan2 kecik ni.
Namun, ada plak ML terdengar yang rawatan Fish Spa ni kurang sambutan sbb orgramai takut akan rumors yang tersebar luas mengatakan dgn cara ini, jangkitan penyakit boleh tersebar. ALLAHUALAM..ML bukan ariff bab2 gini. Nnti kena minta kepastian mreka2 yang pakar dlm perkara ni. Yang penting ML dah pun berani kan diri cuba rawatan spa ni. Merasa pengalaman yg menarik utk dikenang. I do enjoy the moment ;))

WHAT ABOUT UOLz....??

Saturday, July 28, 2012

Letih sangat ke, Berpuasa ?

Rasa penah lelah berpuasa sehari pun tak sehebat "LETIH" bila.....
kita karang SMS, skit punya cantiqqq -  tapi balasan yang diterima....???

hhmmmm....dugaan , dugaaaaannnn....  ('_")
Sabar! Sabar!... puasa ni MakLady... jgn nk gi tumbuk org plakkkk kaedoh nya...

ML: he he he he... dont panic la Uols... gimik je tu...  ;)


Jalan Jalan Cari Baju Raya

Salam Ramadhan buat semua..  
.
Puasa tak arini? hmmmm rasanya ada yg tak puasa kan?? hehehe
takpe2..org tak tau ...sshhyyy.....
(bgi kaum wanita sahaja yg tau..hehe)


Oklaaa wlupn kita baru seminggu berpuasa. ML rasa ramai yg dah bersemangat nk dapatkan baju raya. Tambah pula gaji dah masuk! Bgi kakitangan kerajaan plak, dapat bonus RAYA... waaaaa meriah nyaaaaaa.... ;))


Raya kali ni, rasa tak complete la klu tak ada baju baru..tul tak? Tpi jgn la berbelanja berlebih2an. Biar ikut keperluan dan poket kita....


Bagi ML sendiri, dah tempah 3 pasang utk raya! alahaaaiii 3 psang jerrr....hmmm cukup ke? Cukup la tu ML... sehelai utk raya pertama, sehelai utk ke rumah bakal mak mertua... isssshhh silap2..hehehe bakal bisan! sehelai lagi - simpan utk majlis keraian yg bakal menjelang sejurus raya nanti....klu nk tau apa baju ML tempah. sila berkunjung ke My Worth Buying Shoppe


Korg plak berapa pasang tahun ni bju raya. Tema warna apa tahun ni...?? Xtau lagi???....Xpe Xpe..meh ML bawa korg berjalan2 utk dapatkan baju raya yg chanteeekkkk- canttteeekkkkkkk..... Nak tau kat mana??


Kat mana lagi?? e@Curve damansara
Promosi Anak Rantau - balik kampung
Datang ke butik ARCA & KAZARA terletak di Bazaar Aidil
Fitri 2012 - Dendang Anak Rantau di pusat
membeli belah @ Curve - 
Berbagai jenis pakaian utk dipilih dengan harga yang
berpatutan. Mungkin kat sini korg leh dpatkan pakaian
yg dihajatkan utk korg maupun org disayang. Pilihan yg
menarik dan tertarik uolz... tak caya? meh la sini tgk..!:))
Kedai ni bukan milik ML tapi milik ahli keluarga ML .. ianya
terletak dikawasan lobi pusat membeli belah ini. Klu korg,
perasan, ini adalah pandangan dari dalam ke arah pintu
utama. Kat luar sana, adalah The Curve.... Sure Boleh
Jumpa Punya la Bazaar Raya - Anak Rantau ni....
APA TUNGGU LAGI?? meh jom meh..kita shopping &
window shopping ramai2  bersama MakLady... di pusat
membeli belah e@Curve, Jom Jalan Jalan Cari Baju Raya

Seronoknya Dapat Pahala...

Khas Buat Para Suami
Haaaa... Jangan Ingat Isteri Sahaja Banyak Pahala Dengan Amalan Seharian. Semua kita tahu PAHALA yang org perempuan boleh dapat jika dia (isteri) membuat amalan jariah terhadap Suami dan ahli keluarga. Tapi kali ni MakLady nk kongsi ilmu ini utk Para Suami plak. Jadi utk lebih memahami suami apa kata kita
renungkan bberapa perkara yang membolehkan Suami dapatkan PAHALA. Kpd isteri, tolong war war kan utk SUAMI yer.. Tengoklah betapa seronoknya kalian, dengan hanya melaksanakan amalan bersama ini, alangkah baik nya kalau isteri dpat pahala, suami pn turut dapat pahala. Baru la org panggil Kerjasama..
x gitu? ;)) Sape tau, amalan yang sebelum ini kita pandang remeh temeh ni, juga membantu para Isteri memahami sang suami lebih baik dan mampu memberi kebahagian berpanjangan. [Minta kongsi dgn suami]

MakLady sentiasa mendoakan pasangan suami isteri kalian beroleh kebahgiaan yang dicari..AMINN...

Friday, July 27, 2012

Permainan: Waktu Kanak2 Dulu

MASIH INGAT TAK MASA KANAK2 DULU......
PERMAINAN TRADISI "teng-tent" yg femes!
permainan OutDoor yg paling kami suka main
di masa lapang. Masa tu, habis simen kat rumah
kena conteng! Klau kat skolah, kami tulis atas
tanah. Klu waktu rehat pn sempat main tau....
"teng-teng" jadi kegemaran budak ppuan
mana budak lelaki lebih gemar main buli.....
Jangan tak tau , budak ppuan pn main gak. Siap ketuk
2 biji guli tu, sebelum campak kat guli lawan...hehehe

Kalau budak lelaki (masa skolah) nk join kami main, ktorg prefer main "galah panjang"... boleh main ramai2. Budak lelaki satu kumpulan, budak ppuan satu kumpulan. Riuh nya budak main lagi laaa... Masa kanak2 dlu,  mana ada segan silu. Main je yg penting.... ha ha ha (gambar dari google - credit utk tuanpunya gambar gak)
haaaa...ni pn satu lagi permaisnan yg budak2
zaman MakLady suka main -  nama dia ML lupa
Congkak! Sape tak kenal dgn mainan  traditional
ni yg berasaskan kayu. Masa zaman seawal dlu,
org kita main congkak dng menggali lubang kat
tanah dan kutipla batu atau guli utk buahnya.
Buah dia plak, dlu kami main pakai biji getah, biji
asam jawa, lepas tu baru guli.  Skrg
dah senang! Kayu dan plastik congkak pun ada!  
Ni pun satu lagi jenis "teng teng" 
batu serimban yg di"moden"kan :buat dgn kain,
berbentuk tiga segi dan ditarukkan kacang hijau.
main batu serimban kerap dimain berdua atau lebih. Pada
masa dulu, kami main dgn batu. Cari la batu yg ssuai utk
dilambung. Siap dgn mcm2 gaya atau step. Ada yg
advance - wang ungcang tigasegi mcam gambar sebelah
Kami guna kacang hijau, pasir halus utk inti uncang.
Walau apapun "batu serimban" ianya permainan
tradisional amat nostalgia dari zaman mak2 kita dlu :))
SKIPPING - samada solo atau pn beramai. Klu  skipping  berkumpulan  tali diayam dgn gulungan getah. Diayam agar
lebih panjang. 2 org akan pegang hujung tali dan pusing serentak utk jadi gulungan getah. Maka yg lain akan "skip" mengikut giliran masing2. Siap dgn gaya lompatan. MakLady dah lupa apa nama nya. Sape ingat leh share.. la la la la
Konda kundi : satu lagi mainan favourite pastime MakLady masa kanak2. 
SERONOK BETUL ZAMAN KANAK2. BERBAGAI LAGI MAINAN TRADISI YANG MAKLADY PENAH MAIN SPERTI 'POLIS & THIEF', MAIN ANAK PATUNG, MASAK2, MAIN KAWIN2, "PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU"...Haaaaii bnyk lagi la memori pasal mainan masa kanak2 ni. Apa yg penting, permainan masa dlu memupuk ciri2 positif terhadap pembentukan KEPERIBADIAN ANAK2. Lihat la sekarang.....??

Anak2 kita membesar dgn games yg so called, "berteknologi serba canggih"...but i dont think they can recall those sweet memories while playing it, as much as we did those days .. Ada anak2 kita yg tak tau pun apa itu TENG TENG!, KONDA KONDI & London Bridge is Falling Down......

*PHOTO diatas semua dari rujukan encik Google.com 
.

Thursday, July 26, 2012

Abadikan Hati Dengan Sifat Terpuji

Masa Zaman Sekolah Dulu...

Salam Semua..

Ingat Tak Korg Masa Sekolah2 dlu ? Lebih kpd zaman skolah rendah kot....

Akan Makanan Paling Uolz suka beli & makan masa tu...

Well, klu ikut kan, smua yang boleh dimakan masa tu, were "the best thing" ever for us kot... Kira klu nk cerita mmg bnyk Favourite ! I can only name a few here. Macam  kanak2 lain, Pantang ade duit lebih skit, sampai la ML ke kedai yg tak berapa jauh dari rumah. Maupn masa di kantin skolah, pasti makanan ringan ni yg ML cari! Kini Smua nya sentiasa menjadi kenangan yg menggiurkan. he he he

Klu nk tau, masa zaman tu, inilah kira makanan yg ada yg kira paling BEST in the world Uolz. Hmmm ye laa masa tu mana ada KFC, McD, PizzaHut.... Cuma yg bestnya, wlupun macam tu, kami kanak2 dah kira BEST dah.... Kadang2 tu, terasa teringin! Yang syiuk nya, sampai skrg pun masih ada lagi yg jual makanan Fav ni. Pasti ML dan kawan2 seangkatan masih ingat kegilaan kami dulo dulo.... 

Now time anak-anak plak merasa....Bak kata org tua, klu tak de DULU mana kan ade SEKARANG!

Mungkin ada antara nya menjadi fav Uolz gak. Anyway, ML sempat kumpul berapa2 contoh gambar (terimaksih kpd cik google.com ) ...utk imbas kembali nostalgia zaman kanak-kanak Ribena... ;))

Sengkuang Calit
 Ais Krim Malaysia Aneka Rasa
Ais Krim Potong @ Ais Krim Tikam


Biskut Butang

(KIRI) Gula Ketuk2 @ Gula Kok-Kok.
(gula ni sangat keras jadi kena ketuk2 dlu}
Gula-gula Arnab 



Gula-gula Tarik


AIS KEPAL 
Kredit utk lukisan di atas :
(sejarah aiskepal- dari lukisan Lat - Budak Kampung)

Uolz masih ingat ke lagi fav food masa zaman kanak2 ? Best kan, ingatkan semula nostalgia hidangan perut masa DOLU DOLU.....

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]