WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Saturday, June 30, 2012

Review : BlogWalking Bersama MakLady [4]

Weekend macam hari ni, selalu Maklady gi Terjah blog milik rakan2 yang follow Maklady termasuk yg Maklady follow jgk. Then utk share dgn rakan2 lain. Utk kenal bloggers, jom la baca my REVIEW. TQ


 Apa yg ML review adalah pandangan PERIBADI. Jdi apa sj pendapat ML nnti, adalah dari sudut mata turun ke hati ML sahaja. Ianya semata mata, sebagai pandangan seorg peminat blogger terhadap blog yg dikunjungi. Dengan fahaman bahawa " CitaRasa Individu adalah HakMilik Tersendiri." , maka ML dgn rasa lapang hati utk menulis dlm ruangan REVIEW bersama MakLady ni, sbgai penghargaan blog milik rakan2 yg MakLady sempat terjah. Klu ada pn teguran yg kurang disenangi oleh ANDA, terlebih dulu ML mohon maaf. Niat sekadar utk share & promote among bloggers. Sharing Is Caring... :  


(1) DeebPunyeCite -  http://deebpunyecite.blogspot.com/
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA: 

DeebPunyeCite - Nice blog to visit. Serious ML tertarik dgn muka blog ni. Buat ML terus nk berada di sini. Gaya penulisan dan Rencana yg menarik. Bila baca rasa selesa mcm tengah duduk berSANTAI kat tepi pantai.. Syabas! FIrst time ML masuk, dah jatuh hati utk terus Follow blog dan mengenali penulis. Terasa ML xnak kluar plak dlm dunia Deeb ni. Hmm seronok mcm dok kat ats pelangi..  hhhmmmm... [isskk ML ni terover imaginasi dia.. ML jgn nk lebih2 k..]
OK ML ada baca Entry blog. Mampu menarik minat pembaca. ML yakin follower blog ni akan setuju dgn ML. Dari cara dia bercerita, bersahaja.. Basically cerita pasal penulis. Dah nama pn DEEB PUNYA CITER... :)) Bersahaja tpi penuh dgn cerita. Seronok nk FOLLOW. :))

(2) Asmara Life:  http://asmaradayana.blogspot.com/ 
 
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:
seorang rakan kita yang stay kat Jepun. Bnyk cerita dan gambar mengenai kehidupan penulis di sana. Tiap entry menarik, dan gambar2 penuh disertakan memeriahkan lagi story yg nk disampaikan. 
MakLady pn suka dgn gambar2 yg disertakan jelas, Munkgin dari Kodak?? :) (jgn marah...ML gurau2 manje je...) 



APa yg menarik hati ML utk follow - blog dia best sgt. Banyk info ttg kehidupan penulis dan keluarga. So sambil baca kita dpt pengetahuan. Kan org tua2 ckp, luas pandangan luas pengetahuan..... Blog ni wat ML rasa mcm berada kat Jepun plak. Bahasa yg santai , mcm dia bersembang dgn kita. ML teringin nk wat gaya mcm ni tp selalu je ML terOVER. 


YG PENTING: Blog ni mmg seronok sgt. ML dh follow. Pd pandangan ML, sape2 yg minat nk belajar pasal life kat sana, boleh buat blog ni sebagai rujukan. Leh tau serba ringkas pasal negara dan budaya org Jepun. 


SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA: 
MOHD NASER.COM


(1) First time masuk blog MOHD NASER.COM ni..! Actually, MakLady terjah Blog ni, atas "tag" dari blogger yg join contest ML. Thanks Fieza ;) kenalkan ML dgn blog & pemilik  tagline - "aku hanya seorang lelaki biasa yang hidup di muka bumi ini" ..  
It's COOL!- my first impression .. Mula2 masuk blog, dah pn suka dgn isian beliau. Sgt bersantai. Ringkas. Berinformasi. Suka dgn segmen SANTAI MINDA.  Sebenarnya bnyk yg ML nk ckp psl blog naser ni, tapi bila ML terus membaca, ternyata ML kena "angkat topi" pada blog :  http://www.mohdnaser.com/  Rajin update entry dgn isu harian yg mana ML sendiri dpt bnyk info dri nya. Hasil karya org muda ni. Syabas Naser. Keep it up k bro.. Terimakasih jugak sbb sudi intai2 blog ML [ yg ntah apa2 tah ni..hehe] & saling Follow memollow ;)) TQVM

SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:  

Full HouseNwife~~
(2) Bila melangkah ke blog Puan Linda, pemilik Full HouseNwife, ML dpt rasa yg sememangnya beliau sangat gigih berkarya. WALAUPUN fulltime mom..kpd 4 cute kids. Tp msih sempat uruskan semua termasuk update blog. Mcm ni la, klu dh minat ssuatu perkara tu, Kena pandai nk susun waktu. Btul x Kak Nda..? ;) 
Apa2pn ML suka tgk header dia. Sweet sgt2. Ada photo anak2 ... (dari sini la ML dpt kenal serba ringkas, naluri seorg ibu spt puan linda) Family comes FIRST. Bercakap pasal entry plak, ML rasa ianya mengikut citarasa penulis. Isian yg ringkas dan mudah difahami. Disusun begitu rupa agak nmpk lain dari yang lain. TQ sbb sharing. Blog yg Simple & Kreatif.  


SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:  
.::Ceriteraku::.(3) .:: Ceritaku ::. bingkisan dari Puan Hana buat MakLady terpaku dok diam kat blog ni. Apa yg menarik? hmm bnyk jgk yg bleh ML terokai kat sini. Header dia - so SWEET sgt! Ada icon2 yg cute2 menemani ruang pengenalan. Bila ML intai entry2 beliau. Mak Aaaiii bnyknya... ;) huhu.. Tpi semua MENARIK! Mmg ini la sebenarnya pemanis ssbuah blog. Org kurang minat kt blog kita klu segmen & entry ala2 suam suam kuku.
Dari apa yg disenaraikan - ML terpanggil utk baca - 1 - 2 segmen. Terutama pasal WEDDING. Isskk xtau nape suka tgk photo org kahwin. Ehh, jgn nk gossip lebih2 k. Sbnrnya lebih tertarik pd gambar2..Pendekata, x sia2 la di "tag" utk dikongsi bersama. Blog yg harus diterjah selalu :) 

Hati Kami X Sape Yang Tahu..

Actually...
photo2 ni dah agak berabuk, brada dlm simpanan MakLady.. 
apa kata ML share entry yg mungkin bleh relate dengan rakan2 blogger
especially young parent - yang penah berdepan dengan situasi begini.... 

It's natural to have this kind of feeling.... 
WHEN anak kecik kita sakit, demam 
mahupun terpaksa dirawat di hospital.
This is my niece. He's 4 y.o Anak tunggal (buat masa ni)  Amat rapat dgn ibunya ..
Pada suatu hari  si Anak dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Setelah diperiksa, dia terpaksa menjalani minor operation ...

Mak aaiii... masa tu, tak tau nk ckp kan, perasaan seorang ibu
padahal operasi tu, BIASE je, xde la bahaya or what -
cuma .. sebagai IBU , perasaan itu tiba tanpa dia undang ..
We wanna be strong for them but....
sayu sedih risau kecian - semua datang menyapa diri..
Tambah plak bila anak kita TAK PERNAH lagi
lalui situasi sebegini.

 As A MOTHER... rasanya dapat tak bayang kan
mcm mana perasaan si ibu mengalami situasi begini?
KALAU ANDA ditempat si ibu...
macamne agaknya emosi ANDA ketika ini..
- My niece sempat say PEACE -  sebelum Operasi
Anak Ceria Je - Ibu Yang Cuak ..
Namun. End of the day, semua berjalan
dengan baik . Berkat Doa Keluarga & Kekawan
si Anak Dah Sembuh.. Alhamdulillah

Friday, June 29, 2012

Once Bite, Twice Shy

MakLady percaya ramai yg minat pelihara binatang kesayangan.

TAPI tau x Uolz yang binatang kesayangan kita pn ada masa nya boleh memberi ancaman kpd kita? 
Kucing sangat manja, comel, dan sentiasa menjadi belaian pemilik mereka. Tapi kita lupa, bahaya yg mengundang..Selain dari bulu halus mrk, yg kerap menimbul alergi. Cakaran dan gigitan mereka pn mampu memberi masalah kesihatan jika tidak dirawati. 

X kesah la mcm mana MANJA nya si PET kita tu. PLEASE ALERT! Gigitan terutama dari kucing, anjing atau tupai boleh bawa bahaya kpd kita. Yezzzaaa ... Jangan Ambil Mudah! hal ini...Walaupn pd pandangan kita, gigitan atau cakaran adalah kecil tpi infeksi nye kita tak tau.... Apa yg perlu kita buat, jika masalah begini berlaku ? 

Seperti yg berlaku pd MakLady bbrapa bulan yang lepas - MakLady kena gigit dengan Kucing adik ML yg ditumpangkan ke rumah ML. Si Meow ni kucing rumah. Xpenah dibawa kluar. Tpi bila dia berada disuasana yg x familiar, dia mungkin rasa diri dia terancam. Dia yang "panic" bila dlm keadaan tertentu, telah menggigit ML kat tangan. Sedangkan ML hanya nk "pujuk" dengan lembut. 

Nasib baik ML cepat bertindak! Klu tak mau hospitalize ke apa.... issskk minta simpang segala kecelakaan dan di rahmat Allah sentiasa. Apa yg berlaku, gigitan tadi mengakibatkan taring nya menyusuk dalam dan terkena urat tangan ML. Masa tu darah terpancut ~! Xsangka plak seSerious mcm tu bila kena gigit. Rupanya gigitan dia terkena salah satu urat. Darah tak mahu berhenti dan lubang gigitan nya nampak jelas. Bukan satu, tapi 2 bekas gigitan. Berlubang beb.. :(( Klu dulu penah jugak kena Cakar dan gigit manja kucing2 pet MakLady. Tpi belum penah lagi alami saat mcm ni...

Nampak tak ada  2x tanda "lubang" pada
pergelangan tangan ...ITULAH tanda gigitan
 si Meow.. Besar sungguh taring dia..
( 15minit kemudian - ketika baru sampai klinik)
Yang Penting : Wlpun mcmne serious ke x, kena ingat yer.. PERGI KLINIK! dapatkan rawatan. Jangan ambil mudah je tau. Gigitan binatang amat bahaya sbb mereka ade air liur yang mampu masuk ke dalam luka kita dan menyalurkan virus dan kuman yg mungkin membahayakan diri & kesihatan.
X sampai pn bbrapa minit masadi klinik, terus membengkak.
Bengkak dan lebam kat area gigitan (double the size) 
Di Klinik, setelah menerima rawatan dan oh koz! kena 1x suntikan.. doktor nasihat kan agar pastikan makan ubat yang disarankan. Klu tak surut atau masih teruk dari skrg ni...HARUS CEPAT ke hospital. Jangan amik ringan klu kena gigitan binatang ... hmmmm Nasib baik MakLady terus ke klinik utk dapatkan rawatan!
Dah mula rasa berdenyut2. Bengkak tak surut2.
Tanda lebam dah mula timbul. Efeksi la ni...
Setelah mendapat rawatan, hati ML pn lega skit. Walaupn bengkak dan lebam nya tak surut2. Xpe la, nnti baik la tu.., pujuk hati ... Di rumah, keadaan makin scary..but i kept taking the medicine ... and klu esok tak berubah kena jugak ke hospital semula - takut ubat yang diambil tak ssuai ke ape.. We'll see how..
Ni gambar masa lepas balik dr klinik . So scary.
Lebam blue-black dan bengkak nmpk sangat !
Mungkin bisa dia ni kot... (pandai2 je aku ni..)
Oklah - cukup la sampai sini je...nnti org kata "ngada2" plak. Apa yg Maklady nk share bukan pasal pengalaman MakLady. Tapi utk ingatkan Uolzi : KALAU KENA GIGITAN - TERUS DAPATKAN RAWATAN! JANGAN TUNGGU LAMA2... BAHAYA!!
Leh nmpk bekas gigitan ?... yg rupa merah
- bekas lubang - tu... Gambar ni, 1 week
after check semula d klinik!
Lama jugak lebam nk surut. Bengkak makin reda. Cuma bekas gigitan tu sampai sekrg masih ada....
LUKA DAH SEMBUH TAPI PARUT NYA MASIH ADA...

Final : Spain Vs Italy?


Punah! Hampeh! 
Itu je 2 perkataan yang terkluar dari mulut MakLady bila Italy mendahului jaringan gol di masa pertama !
hmmm... What happened ? Ramai peminat Germany yg terlopong mulut - tenganga lopong bagai berputih
mata bila ITALY jaringkan satu lagi GOL oleh mat hitam warga {tak tau la plak nama dia tu..) Mario Batelolli kot - sorry Im not a Spanish fan here. Lepas ni sure dapat Medal la ko yerrr..huhuhu

Frankly, bukan saja peminat bolah German malah ramai peminat tak leh terima GERMANY terpaksa anggur kepada Italy. Sampai sekrg  pn masih terasa kebengongan bila tgk team German bleh KALAH dengan Italy.

So Akhirnya Germany terpaksa akur, Kasi kat Italy - 
MakLady dah leh bayangkan kemeriahan rakyat Italy skrg!! 
( i was in Venice when they won a game -berPESTA sakan dorg!)
- X tido malam dorg, berarak keliling bandar, very the patriotic - 

tapi kan....cer korgperihatikan patung mascot kat atas sana
MACAM DAH TAU2 DAH SAPE MASUK FINALE SBLUM GAME BERMULA LAGI
[ade konspirasi ke apa ni?? - sorang pakai putih merah sorang pakai kuning biru]
Awal2dah tau sape akan ke FINAL ke ???? hahahaha...
[ambbooiii..maklady! x baik tau bersangka buruk]

Hmmm Melepas la MakLady nk melawat sedara mara kat Germany :(( uuwaaaaa....
Nampak gaya nye kena la ML belanja My Spanish Eye - Nasi Kandar D' Kayu :((
- FINAL-
SPAIN vs ITALY

Thursday, June 28, 2012

!! Go German Go!!

The National Stadium Warsaw hosts its last game at UEFA EURO 2012 as Germany play Italy for a place in the final. 



Kemuncak Semi-final : Germany vs Italy

~ Spain dah tempat tiket ke Final....
*Chisssss! Berlagak :p!! yer my Spanish eyes...
~ Ok kita tengok nanti , sape julang piala Euro 2012 ..


Semua peminat EURO Cup  - ternanti2 siapakah yang akan berentap dgn Spain ?


Italy Favourite??.... No! No! Germany semestinya Favourite ke FINAL ...
Ramai yang kata mcm tu...[ML pn percaya si Hitam Putih akan bermain ALL OUT  pagi ni..]

Walau apa pun yang berlaku nanti, GERMANY sentiasa di hati... !! Go German Go!!
*  Harap perlawanan pagi ni - pasukan yang menang , Xmo la menang Penalti... *

*X sabar nanti tunggu Ahad ni - ada kawan MakLady nak tempah tiket MAS ke Germany untuk MakLady kalau GERMANY menang Final nanti....!! :PKorg agak2 sape menang nanti?? 

Review : Award Terjah MakLady # 5


Apa yg ML review adalah pandangan PERIBADI. Jdi apa sj pendapat ML nnti, adalah dari sudut mata turun ke hati ML sahaja. Ianya semata mata, sebagai pandangan seorg peminat blogger terhadap blog yg dikunjungi. Dengan fahaman bahawa " CitaRasa Individu adalah HakMilik Tersendiri." , maka ML dgn rasa lapang hati utk menulis dlm ruangan REVIEW bersama MakLady ni, sbgai penghargaan blog milik rakan2 yg MakLady sempat terjah. Klu ada pn teguran yg kurang disenangi oleh ANDA, terlebih dulu ML mohon maaf. Niat sekadar utk share & promote among bloggers. Sharing Is Caring... :


Makin dekat dengan tarikh tutup GA anjuran blog MakLady, makin ramai yg sudi utk turut serta. Ada yg suka join contest/GA , ada yg suka akan hadiah yg ditawarkan. X kurang sbb rakan blogger tag dan turut sokong usaha MakLady yg pertama kali ni : TERIMAKASIH tak terhingga kepada SEMUA yang telah join dan yang baru nk join.... Sharing Is Caring :)

(1) LydSunshine @ Lyd
http://lydsunshine.blogspot.com/2012/06/award-terjah-maklady-of-month-contest.html 
Entry Blog kali ni, datang dari sorg blogger yg pd ML rasa sgt ikhlas. She knows what she want in her life.  Gaya tulisan bersantai. Wlupn katanya, baru dlm dunia ni, tpi rasanya cara menulis mcm dh ada pengalaman. Mungkin sbb suka join blog2 yg boleh belajar. Entry utk contest ni sgt kreatif. Padat dengan info. Sweet sgt bila dibagitau niat join contest ML huhu. Siap dgn doa utk dapat hadiah pertama - Perfume (insyaALLAH - jika rezeki tak ke mana) sgt suka pd akLady suka sbb bahasa yg digunakan Sementara tu, MakLady nk terjah blog yg  Lyd ceritakan dlm entry dia kali ni...
FAV BLOGTERJAH: 
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA: 
"Saya suka terjah blog nim sebab gaya penulisannya menarik, lawak spontan, bahasa santai dan ceritanya menarik. Kalau baca entry blog ni, mesti baca setiap patah tak tertinggal. [Padahal semua entry blog lain pun saya baca sepatah pun tak tinggal. Saya hargai setiap apa yg orang cerita dalam blog.].."
FAV BLOGTERJAH:
(2) Asmara Life:  http://asmaradayana.blogspot.com/ 
 
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:
"Blog ni plak saya suka terjah dan tertunggu-tunggu entry terbaru sebab banyak cerita pengalaman hidup di negara orang [Jepun]. Baca review yang ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri tentang negara Jepun lebih-lebih lagi dalam bahasa Melayu yang simple bukan ayat skema persuratan Melayu Melaka, membuatkan hati rasa dekat dengan negara Jepun...."


Rakan BLOGGER yg jadi mangsa TAG: 
1.  Republik Makwe Kintan - Suka tag beliau sebab saje nak suh dia update blog. Lama dah tak update makwe.

2.  Maszull - Puan Maszull ni rajin join segmen dan contest. Peace mama! Join ye.
3.  Ujie Othman - Saje bagi cabaran skit kat Pn Ujie ni. Hehehe..
3.  H.A.T.I - Lya Afrina - Ni tuan punye blog yg selalu saya terjah bile dia update. Join ye Lya. Jgn memalu.
3.  Kesuma Angsana - Blog ni ada banyak petua-petua yang best2.



(2) Syaneis La'Vera :http://hanynysha.blogspot.com/2012/06/award-terjah-maklady-of-month.html
Peserta contest ni, khabarnya diperkenalkan (tag) oleh Cik Beruang. Entry Syaneis membuat ML tersenyum sendiri. Memang menarik utk terus baca... Amat sinonim dgn tajuk blog beliau "setiap detikku indah".. mmg indah hati ML bila berada di blog tambah plak entry yg sempoiiii... wlupn pd mula nya ML suspen gak, ingatkan Syaneis nk lelong lappy ML huhu..cuak reda bila baca dia BERGURAU....hehe [selamat ML] pssssttt...penyokong GERMAN gak ker ;)) ..[high5] huhuhu..
FAV BLOGTERJAH:
◕‿◕Teratak fiQ'Ra◕‿◕
"blog yg cun ..pink2..suka update entry yg menarik selain blogger yang comel "
"blogger yg rajin blogwalking,, suka terjah..suka  komen kat blog rakan2. She's superb & awesome !

Rakan BLOGGER yg Syanie tag pun , klu berminat nk join ... JOM Join Cepat... 
AWARD TERJAH MAKLADY OF THE MONTH( Contest berakhir pd jam 2359- 30 Jun 2012)

Review : Award Terjah MakLady # 4



Apa yang menarik, masa adili contest ni, ML enjoy blogwalking kat entry2 mereka. 
Selain itu, dapat kenal lebih rapat dgn blog dan tuan punya blog sekali~! 
Memang teruja .... sambil follow, sambil blogwalking, 
sambil kenal & rapatkan siratulrahim antara blogger semua
Image Detail
Yahoo! .. thanks for this photo ;))
Apa yg ML review adalah pandangan PERIBADI. Jdi apa sj pendapat ML nnti, adalah dari sudut mata turun ke hati ML sahaja. Ianya semata mata, sebagai pandangan seorg peminat blogger terhadap blog yg dikunjungi. Dengan fahaman bahawa " CitaRasa Individu adalah HakMilik Tersendiri." , maka ML dgn rasa lapang hati utk menulis dlm ruangan REVIEW bersama MakLady ni, sbgai penghargaan blog milik rakan2 yg MakLady sempat terjah. Klu ada pn teguran yg kurang disenangi oleh ANDA, terlebih dulu ML mohon maaf. Niat sekadar utk share & promote among bloggers. Sharing Is Caring... :  


Hari ni, MakLady happy sebab Terima bnyk penyertaan. Masih ada tinggal lagi 2 hari je lagi! Sebelum MakLady tutup contest "Award TERJAH MakLady", JOM kita sama-sama terjah menerjah blog yang baru sign in dlm contest GA MakLady:


(1)  Mia Liana http://www.mialiana.com/2012/06/award-terjah-maklady-of-month.html
Blogger MiaLiana ML kenal melalui MakDara. In fact dlm entry Mak Dara utk contest yg sama ni, ade sebut blog MiaLiana sebgai her Fav Blog yg selalu Mak Dara terjah. Alhamdulillah, Mak Lady - berpeluang utk bertemu dgn Mia bbrapa bulan dulu. Wlpn baru kenal ML dpt rasa bhw Mia sorg blogger yg suka belajar utk jadi lebih BAIK. Saling membantu rakan blogger lain. X rugi kenal dgn Mia ni tau...
Syukur sgt2 ML, punya rakan blogger yang saling sokong menyokong.Tengok je la network yg mereka jalinkan. Terbukti - blogging ni bnyk kenalkan kita dengan rakan2 lain. ML pn kenal dan mula jumpa dgn Mia masa sama2 sertai satu program utk blogger gak. Wlpn baru kenal tpi insyaALLAH siratulrahim tetap kekal di dlm dan luar sana. :) Bercakap pasal blog Mia - simple tapi penuh dgn informasi. Kira blogger baru mcm ML bleh la blajar something from her blog. Thanks Mia for sharing :))


FAV BLOGTERJAH: 
(1)  Kak Pah - Ahli Kabinet Dapur/Spy Tingkap/DJ GOMOFM.. mcm tu la intro kat blog Kak Pah kita ni. Patut la ... bila ML bukak blog Kak Pah, terasa mcm bukak radio. Hmm siaran dari Kelantan yer ;) seronok gak wlpn x fahem sgt apa demo kechek!

(2) Mak Dara  - korg klu nk kenal sapa Mak Dara, rajin2 la terjah blog mialiana.:)
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA: 
1. Sebab dorang berdua ni GORGEOUS.. - (ML setuju!) 
2. Selalu bantu Mia berkempen ( dlm blog Mia) - kira penyokong merangkap kempen manageress gtew..
3. Mereka berdua ni, klu xde sama... kempen x meroyan & kecoh. - ahli jawatankuasa mroyan club :) i loikeeee... 


Rakan BLOGGER yg jadi mangsa TAG: 
1) Cik Beruang  -  
nurshifatuzzinnirah: join contest setelah ditag.. 

2) My Sweet Moment
3) Bermula Ceritaku - Ummiarissa: join contest setelah ditag.. 


APA YANG MENARIK HARI INI: Peserta seterusnya adalah dari network MiaLiana sendiri. Rakan blogger yg Mia tag sudi ikut serta: TERIMAKASIH MakLady ucapkan...

(2) Cik Beruang
 My Photo
 http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2012/06/award-terjah-maklady-of-month.html 
 nama Blog yg cute sbb kata penulis ni, dia suka beruang. Hmmm.. mmg sweet n cute, just like her blog. Santai tersusun cantik. Entry yg Cik Beruang share sgt berinformasi dsamping leh jgk MakLady intai photo2 menarik yang diletakkan kat blog n entry. Very the santai Uolz... try la klik kat SINI

Cik Beruang: Thanks for joining & sharing yer :)  Maaf, sbb x minta izin paste yr enrty blog kat bwah ni. Halalkan yer.... :)) [wat mata mcm pussy in the boot ... ]
Ni statement Cik Beruang tentang jawapan beliau : Blog yang paling beliau suka terjah. And WHY?....
Blog Kak Mialiana sebab blog beliau simple, entry pun simple tapi best-best belaka *ini bukan bodek okey :p*

2. Blog Hadi Muti sebab beliau suka letak lukisan-lukisan EPIC beliau di blog. Dan entry pun simple & menarik :) 

Saya nak tag Ezy ChiakiNoraimi Lavera. :)
Blog Hadi Muti tu, ML dah lawati. Mmg best sbb entry dia letak gambar lukisan - menarik. Lain dr lain. Nnti ML nk terjah semula. [teringat pd sorg blogger terfemes kat Youtube dan blogspot yg lukisan dia mmg ML minat sgttttttt...cuma skrg jarang2 nmpk karya beliau - khabar nya dah keja - busy kot :(( ]

Blogger yang Cik Beruang tag plak adalah : Rakan bloggerEzy ChiakiNoraimi Lavera. :)

Rakan blogger yang sudi join contest ni seterusnya... juga rakan tag MiaLiana - 
(3) Ummiarissa  Apa pendapat ML ttg blog Bermula Ceritaku ?? 
Sangat teruja bila tgk blog yg "ceria" ni. Kreatif sgt. Wlupn ada widget tpi tersusun teratur. Rekabentuk yg  menarik buat ramai yg akan follow bila kali pertama singgah! MakLady pn terus FOLLOW :)  Thanks for sharing. Korg klu tak caya...- rajin2 klik ke BLOG dan baca ENRTY idazaidi yer.

FAV BLOGTERJAH dan kenapa minat sgt nak terjah?
 
"Blog Mia banyak kongsi ilmu,ada je pengetahuan yang dia nak kongsikan bersama,sebagai orang baru,saya memerlukan orang seperti Mia membimbing,dia juga sangat ramah walaupun kami tidak pernah bersua sekadar berbual di email dan twitter.Apa sahaja persoalan atau masalah yang ditanya pasti berbalas,biarpun lambat(kadang-kadang)." 

".....Saya suka untuk menjenguk blognya bagi menjiwai darah muda untuk saya menangani segala permasalahan orang muda terutamanya anak-anak saya yang kini semakin naik remaja.Yana juga salah seorang blogger yang saya pernah jumpa,seorang yang cantik dan peramah..." 

Blog yang ditag:  Yana,Lydsunshine dan Qhaifa

Sekian review ML buat entry REVIEW - klu rasa panjang entry ML maafla ... amik masa ANDA :) 

Countdown: Siapa ke FINAL...?


Semi Final - UEFA EURO 2012

 

Portugal 2   Spain 4

Permainan yang sangat hebat. Sakit jantung tengok beb. [suspen dari awal sampai abissss...] Tapi ML rasa puas jugak laaa.. Both team played the game so well. In fact, bermati-matian utk mendapat tempat ke FINAL. It was a Fair Game, indeed. Cuma klu ML peminat Portugal sure rasa RALAT sebab kalah dengan sepakan PENALTI. Oh DEAR, rasa mcm tak berbaloi. Ye la, main setengah mati tapi end of the day, hanya sepakan penalti yg menentukan kemenangan. Akhirnya, Keputusan berpihak kepada Spain selepas seri 0 - 0 pada perlawan asal awal pagi tadi.

Apa2 pn MakLady harap peminat dan pasukan Portugal jangan nangis. Jgn ade yang hiba duka nestapa, sedih tahap meroyan ke apa...Relax ! jangan hampa - Jom sama2 sokong Germany, belasah Spain....hehehe.. :) Jangan kasi chance~!! hahahaha [sambung gelak lagi..]

Awal Pagi tadi my Spanish Eyes text me ;p.. Dengan Bangga nya - Text dia berbunyi, "Spain Menang Lagi.." 
MakLady tersenyum lebar mcm kerang wangi...Huhuhu  sebab dari awal lagi kami dah omfiden yang pasukan kesayangan MakLady dulu & skrang ni, [Germany]  akan jumpa pasukan My Spanish Eyes [Spain].. 

Tapi kita xleh konfiden sangat kennnn....:) sbb bola tu bulat!! Anything can happened....
Apa2 pn kita saksikan perlawan Kelayakan Akhir pagi esok [Friday, June 28] Go! GERMAN Go! 

See You In Final :)  

Wednesday, June 27, 2012

Review : BlogWalking Bersama MakLady Lagi..[3]


Blogwalking - Jgn salah Ngerti. Saya bukan Stalker. Saya hanya minat utk singgah ke blog sambil baca entry yg menarik. Klu berkenan Saya Follow..... Seperti yg dijanjikan, MakLady nk kongsi dgn blogger, KENAPA MakLady follow blog dan TERintai2 kat blog mrk ini. Untuk followers MakLady sediakan review - mana tau klu ada rakan2 blogger yg nk join sama blogwalking bersama  MakLady... 

Apa yg ML review adalah pandangan PERIBADI. Jdi apa sj pendapat ML nnti, adalah dari sudut mata turun ke hati ML sahaja. Ianya semata mata, sebagai pandangan seorg peminat blogger terhadap blog yg dikunjungi. Dengan fahaman bahawa " CitaRasa Individu adalah HakMilik Tersendiri." , maka ML dgn rasa lapang hati utk menulis dlm ruangan REVIEW bersama MakLady ni, sbgai penghargaan blog milik rakan2 yg MakLady sempat terjah. Klu ada pn teguran yg kurang disenangi oleh ANDA, terlebih dulu ML mohon maaf. Niat sekadar utk share & promote among bloggers. Sharing Is Caring... : 


Take NOTE : MakLady namakan "List" MakLady ni - as Award MakLady for the Awesome BLOGGERz  ( MakLady rasa perlu MakLady beri penghargaan untuk rakan2 blogger yang MakLady Terjah...) Mak Lady kreditkan kpd tuanpunya blog yg MakLady follow selama ni....


1.  Biar Hati Berbicara
 Biar Hati Berbicara-
 http://bukandua.blogspot.com/
Terpancul dari mulut ML, "Laaa...sweet nyeee.." bila tgk header blog DamiaZara. Comel sgt gambar "lukisan kartun" penulis dan suami. Sure masa majlis kenduri kawin ni ... ML mmg suka klu ada kartun [entah apa ntah org panggil lukisan ni..] dlm blog. Wlupn ada yg kata mcm "X sesuai" tapi itu la sebenarnya yg wat blog kita lebih menarik dan santai ;)) For me: Biar Hati Berbicara buat hati ML tenang kala bersiar2 di dalamnya :)


Dear DamiaZara, ( i guess ni nama baby penulis blog ni kot - maaf klu salah!)
Terimakasih sbb follow MakLady. Your Blog yg santai dengan entry yg sempoi. Serious i like yr style. Siap Ada tips utk kaum wanita/lelaki ;)) Thanks for sharing [harap2 dah sihat dari demam dan terus berkarya ;)) wsalam]


2.  Eny Abdullah - http://trueny.blogspot.com/ 
Eny Abdullah
Xsalah MakLady, first time ML jumpa photographer wanita yg sudi berblogwalking ke blog ML. Ye la.. ni pn sbb Im new here..hehehe Xdinafikan ramai kat dlm ni, but ML bangga Eny wat blog sambil share your photos and amazing entries.


After reading some of your amazing journey, I can tell that, you are, a strong lady. Seriously, ni bukan nk kipas or what. I ckp ni ikhlas. I wish u all the very best and keep blogging :)) Psssttt... ML minat gak amik gambar cuma ... now hanya guna camera hp je..;))


3. Color of Bitt - http://b1tt.blogspot.com
/Color of Bitt
The first time MakLady visited her blog - terus fall in love .Boleh? then cepat2 click FOLLOW THIS BLOG :)) Ms Bitt,  THANK YOU yer..sudi singgah blog &  follow me. Now i follow u back... :)


My Review : Bwow...Biru! Suka...Nice design. Cute gak blog Ms Bitt ni. Tambah dgn entry yang awesome.  hmm especially yg terkini tu. Best tgk dorg kat dlm kolam. Meriah kan klu dgn anak2 kecil ni..Frankly, y I love to follow ur blog ? .. sbb bnyk kesah dlam ni. Rasa klu sehari tak habis katam. Syabas - hope i can learn something from blogger like u. ML paling suka ur segmen : tips & tutorial. Lama gak MakLady kat sana....Anda Hebat! Tahniah krn dijemput utk siaran @ TV, GoodLuck! Thanks Bitt for sharing wt us. 


4. Sudin Shaari - http://sudinshaari.blogspot.com/

Sudin Shaari

Blog kali ni, ML suka nk komen. Mulanya, dari zahir nampak SIMPLE tpi klu ML berjalan2 kat blog Sudin ni, ML terleka dgn "cerita" entry beliau. Mungkin cara dia menyampai kan tu, lebih santai dan ringan. Short & Sharp kata org putih.. huhu Janji x jemu nk terokai..For a male blogger rasanya, tak keterlaluan utk Sudin Shaari memberi sesuatu kelainan dlm rekabentuk blog. Ini sekadar cadangan. 


Apa yg pasti, blog Sudin mmg menarik utk ML follow. Itu PASTI! Rajin jugk ML tgk Sudin ni, blogwalking! InsyaALLAH, wlpn baru, ML percaya Sudin bleh pergi jauh. GoodLuck bro :)


Haaaa... ini saja buat kali ni. MakLady pun nak try improve my blog. Mungkin korg ada idea baru utk ramai kan follower & trafik ke blog MakLady - SAYA LADY BARU BELAJAR ...
Komen dialu2kan... Sharing Is Caring :


Jumpa Lagi... Happy BlogWalking Uolz...



CatWalk or KekWat...

Sambil menikmati secawan nescafe tarik, ML rancak berbual dgn my BFF. Selesai dinner kat Restoran KA, ada tetamu yang tak diundang join ktorg. Pada mula nya ML tak de la kesah sangat dengan kehadirannya. Tengah leka berbual, tetiba si Tetamu yang berlegar-legar dari tadi, singgah menyapa. Dengan muka yang tak malu tu, skrg berada kat sebelah tempat duduk ML. Sikit punya comfy dia ni. 

Tanpa menghirau kan dia, ML terus berbual. Sekali skala ML menoleh kearah nya. Penuh manja renungan si dia, mcm nak minta belaian.. 

Alahaiiii....Ktorg bleh berhenti sembang kjap, perhatikan dia ni. Rimas pn ada...Kelakar pn ada. Boleh plak dia melepak sekali dengan ktorg...?? Dah mcm kita lagak dia plak. 

So the CatWhat!! Cer tengok gaya dia duduk bersandar atas kerusi batu ni... Ya Allah - so unique...

 ML cepat-cepat capai my handphone and snap these photos. Kelakar sebenarnya...tengok gelagat siMeow ni dengan posing MAUT ala model iklan "CatFood" kat TV tu.....huhuhu... 



Si Meow ni duduk bersandar santai...
Siap termenung panjang tuu... Ingat masa depan ke apa ni?? hahaha..... 
Selesai je, MaMarazzi amik sekeping photo dia
Terus dia tersedar dari lamunan...
Terus Pose: 
Ala2 Top"CAT" Model 


"OK Uolz... Im Ready for a CatWalk...."
Issskk ...Over la si Meow ni...
Dengan Manis Muka
Sila CatWalk...!!!
 :P

Tuesday, June 26, 2012

Buat JAHAT jangan SEKALI...

Assalammualaikum Semua..
Penah dengar kan, perpatah Buat Baik Berpada-pada, Buat JAHAT jangan Sekali.
Ya..sudah pasti - peribahasa ni, mmg sinonim dengan budaya kehidupan harian kita. 


Buat Baik tu, kira macam kita wat perkara yang baik2 belaka. Apa saja perbuatan atau benda baik memang dituntut. Buat baik dengan SEMUA ORANG mmg la digalakkan. Cuma yang JAHATnya tu, bila kita buat baik tapi dalam masa yang sama, kebaikan kita itu disalahertikan.. 


* Pada mrk, kebaikan kita tu, berlebih di mata mrk*. 
Sedangkan kita tak de pn niat nk lebih-lebih! Nk menunjuk-nunjuk! Kita buat pn, dengan niat yang ikhlas. Tak pernah ada udang sebalik batu ke, dibalik mee ker..Klu terlebih dimata dorg pn, mungkin sbb dorg tak pernah buat setahap yang mampu. Mungkin! Klu pada dorg ni, benda yg kita buat tu, MELEBIH skit dari dorg, perlu ke nak meroyan??


*Niat buat baik sekadar yang kita mampu*.
Kebaikan yang diberi bukan balasan yang diharapkan. Selalu org kata, "hari ini kita baik dgn org, esok lusa org baik dgn kita".. Bukan utk mengharap balasan tapi cukup sekadar pegangan agar kita selalu berbuat baik dan bersangka baik. Kita buat benda baik pn bukan utk dapat publisiti murahan atau nak minta balasan. Lain la klu buat baik depan dorang duit berkepok-kepok jatuh dari langit. Baru la boleh kata, buat baik ada MAKNA tu....


"SAKIT PULAK HATI KITA...." bila dalam diam-diam, kebaikan kita ni disalahguna. Klu dulu apa kita buat semua nya baik, semua nya tip top. Baik kita dengan dorg tiada rasa curiga. Malah Kebaikan kita diperah macam perah santan dari kelapa tua. Bila dah dapat santannya, hampas kelapa dicampak buang. Nak simpan pun dah tak guna lagi. Paling tidak pun kasi ayam itik kat reban tu makan! Hmmm mcm tu la juga ibarat, segala kebaikan kita dia "buang" seolah2 tak pernah berjasa.


*Sikap BAIK kita buat dorg selesa*. 
Sampaikan kita berbuat baik tak mengira masa, waktu, wang ringgit semata-mata, nak sempurnakan hidup kita dan org sekeliling. Senang dorg ambik kesempatan - pijak kepala kita balik~! Dorg sepak2 kepala kita~! Paling teruk klu kebaikan kita tu, dorg akan guna utk kepentingan diri dorg pulak. PaaRRaaahhh...Siapa yang susah? Kita & Keluarga Kita Jugakkkkk. Tak cukup dgn itu, semua kebaikan kita ditolak tepi. Akhirnya, mula terdengar JAHAT kita, klu ada pn sekali, Perlu ke nak syok syek bersidang [Gossip / nyumpat lerr tuu..] Mungkin kah "Buat JAHAT jangan sekali" dipandang ringan? Mungkin masih tak faham - sesungguhnya buat JAHAT tak perlu, walaupn sekali... 


Macam tu la gaya nya klu BAIK kita tak berpada-pada. Buat baik pn salah , tak buat balik lagi la salah~! 
Ramai yang akan setuju klu ML kata ~ setiap benda BAIK yang kita nk buat, harus la DONT OVER DO IT! Maksudnya, jgn berbuat baik berlebih-lebih. Buat biase-biase jer. Lagipn, kena la ade batas dia. Ada HAD @ Limit bila berbuat baik. Haaa bukan Highway je tau yg guna HADLAJU ni...
Jadi end of story, ML sarankan, biarlah kita amik jalan tengah. Buat baik kat siapa pun, biarlah SEDERHANA - Buat Jahat klu boleh dijauhkan. Jangan plak ikut cakap budak2 sekrang - Buat Jahat Jangan Sekali TAPI Banyak-banyak Kali ~!! hhhmmm mcm tu plak..??

Monday, June 25, 2012

Sebenar Benar Nya....

Salam 1Malaysia, Salam Sejahtera : 


Maaf la yer.. hari ni klu korg perasan ML tak sempat nk tulis entry pn. Ni pn di saat terakhir Isnin. Baru je habis siaplan assignment yg diberi.. 


OH My DEAR Lady, sian awk yer.. Hari ni , seharian ML Xlangsung jengah...
Jgn la merajuk! ML bukan sengaja....


SEBENARNYA...
ML sangat2 sibuk....


Yerrrr... sebenarnya skrg ni pn baru je selesai keje,
sakit bahu ML menaip dan penat otak pikio apa nk karang...
seharian dok merap kat bilik & now stay up utk print dia plak... 


Issskk Penat gak yer - tpi xkesah laa...
janji ada keja, ada gaji  ... :) 


Sebenarnya, 24jam yang lalu, dapat call dari cikBOSS baru ML
last minute minta tolong utk siapkan keje ni.


Sebenarnya, Hari ni, seharian ML sibuk sgt2 utk siapkan research ttg satu topik ni.
assignment ni actually utk projek terbaru dia - terlibat dengan program "forum"


Sebenarnya, ML ni kira PR terjun dia. Sbb PR sebenar2nya amatla BZ dgn tugasan lain.
then esok kena drive her plak... kira skrg jawatan baru ML
PR merangkap SuPiRR ....


Sebenarnya, CikBoss ni bleh drive tapi sengaja nak ngada2 suruh ML drive!
xkesah laa.. janji tau tempat yg nak dituju nya.... 


ALAHAIII... berapa banyak SEBENARNYA daaaaaaa...
[mcm dialog dlm Pendekar Bujang Lapok]


OK la SEMUA kawan2 yg rajin menjengah...
ML nk masuk rehat - Sebenar-benarnya...
ML dah ngantuk. Otak dah beku nak tulis entry ni..
Maafkan MakLady! Maafkan MakLady!...


Good Nite - Sweet dream 


Esok nak drive CikBoss baru , nak drive CikBoss baru...


zzzzzZZZZZzzzzz

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]