WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Sunday, January 22, 2012

Syiling Emas! Syiling Perak! MakLady Kayooo..




Mulai skrg, duit syiling baru dah mula diedarkan. Maknanya kita dh boleh "jumpa" syiling keluaran 2012 ni, semasa urusniaga di bank, pasaraya maupn di gedung2 membelibelah. [Seperti yg penah dilapurkan oleh Bank Negara, ianya akan mula diedarkan pd awal tahun baru...]  Klu minat dgn syiling baru ni, leh la surf ke laman sawang bank negara. Tpi klu korg malas, cer baca dr link MakLady ni, sbb penah buat entry psl Syiling Baru 2012 ni bbrapa bulan yg lalu.

Kat atas ni pn ada gambar duit syiling tu. Rekabentuk lebih unik sbb lain dr yg sudah2. So rasanya, bukan MakLady saja yg teruja nk dptkan duit baru (emas) & (perak)... tapi yg pasti, ramai di kalangan kawan2 blogger yg penah terima duit syiling baru ni...Apa yg menarik dan pengalaman pertama??- bleh la share kat sini (comment)..

Pasti ada komen2 mengenai penemuan baru dgn syiling2 ni kan? What Say Uolz pasal duit syiling ni jika dibandingkan dgn duit syiling yg sediaada..??

* MakLady suka simpan duit RM1 syiling suatu masa dulu...tpi skrg xbest sbb duit emas dah kecik nilai dia..jenuh nk penuh tabung...uhuhuhu..*

Saturday, January 21, 2012

Duit Baru mulai 2012

Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
 
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai nanti....
(Gambar dibawah) adalah koleksi wang kertas dan duit syiling terbaru yang akan digunakan di Malaysia mulai Julai 2012. (Gambar atas) Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya. Ini merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun 2012.

Friday, January 20, 2012

Tentang Dia ~ subhanallah aku mencintaiNya

g

Jom kita layan lagu ni yg penah diperhangatkan dlm drama TENTANG DHIA..
Ya Allah... mmg tersentuh hati MakLady bila menghayati lirik yg mampu singgah ke hati.

Pada Dia yang lebih sempurna
BukTika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya
Tajuk Nasyid : Atas Nama Cinta
Artis : Unic
Album : Tika Itu

Seakan kecintaan digambarkan utk si dia... namun amat jelas.. dalamnya cinta adalah
utk DIA... Subhanallah Aku MencintaiNya.

Friday, January 13, 2012

Tahun Baru Fenomena Baru



Semenjak 2menjak ni, drama2 yg telah diadapsi dari novel2 hebat dari penulis tempatan kian mendapat tempat di hati penonton. Tiap2 hari, kita sanggup menanti masa tayangan dgn harapan dapat ikuti apa  sudahnya sambungan cerita sehari sblmnya. Haaa...ini lah dia fenomina yg melanda diri para peminat drama bersiri masakini. Ape ntah lagi klu mereka juga adalah pembaca novel2 tersebut. Ye laa..., klu dlu cerita novel yg kita baca dari buku (novel), hanya menjadi inspirasi minda selari dgn jalan cerita penulis itu sahaja. Tapi kini, kita dpt saksikan segalanya dipaparkan di kaca TV!  Pasti hebat!! Kira mcm tgk LIVE story. Seolah2 mimpi yg nyata, seolah2 kita dibawa ke alam yg penah kita bayangkan ketika mmbaca novel2 ini. MakLady yakin itulah punca drama2 ini diminati...


Terimakasih kpd penulis, dan penerbit drama sbb mampu merealisasikan cerita dlm novel terus menerus. Menarik lagi bila apa yg kita baca dulu, lebih jelas dari segi  penceritaannya. Kita mampu utk menerima suasana seperti membaca novel itu sendiri, yg dilakunkan semula ke layar perak maupn TV kita. Drama spt Nora Elena, Tentang Dhia dan tak lupa filem Legenda Budak Setan, Ombak Rindu mampu membawa penonton ke dunia dlm novel dan berjaya mengutip rating yg tinggi. Tak heran la lepas ni ramai lagi penerbit drama akan bekerja keras utk hasilkan drama2 yg diadapsikan dari novel2 yg lain. 

Hasil dr fenomena ni, rasanya pihak TV3 selalu menghidangkan slot Akasia nya dgn drama sebegini. Terbaru adalah drama GEMERSIK KALBU.. drama bersiri yg sedang HOT dipasaran. Dimana2 skrg ni, ramai yg bercakap pasal crita ni. Sehingga minggu ini, cerita agak lebih PANAS sbb penonton menjadi lebih teruja dgn hubungan Raihana dan Sufian yg seakan mudah bergoyang. Sikap Raihana yg masih tak dpt nk terima Sufian wlpn dah bernikah~! Tapi pd MakLady yg dh penah baca novel ni, kira macam tak suspen laa sbb dah tau akan ending crita ni. Tapi masih lagi teruja utk saksikan reaksi Raihana bila Sufian dah mula "dingin" terhadapnya. Haaa...disitu la bermulanya golakan perasaan Raihana terhadap Sufian terserlah. Bak kata org, bila depan mata diendah pn tidak tapi bila dah tak de baru la nk meroyan...hahahaha...hammbik kooo Raihana...~!! 

Xpelah. nnti kita tgk la sama2 apa kesudahan nya... Bgi mrk yg tak penah lagi tonton slot drama Akasia ni, sila2 kan la diri anda utk mengenali isipati novel tersebut. Di bawah ni, MakLady sediakan SINOPSIS : Gemersik Kalbu dari Anis Ayuni...


Raihana seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri. 

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri. 

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra. 

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Tuesday, January 3, 2012

NAIK tapi TAK Turun Turun...!!



"Apa benda..?? klu dia naik... susah benor dia nak turun-turun?..."

Clue bagi jwpn pada soalan ni adalah:
Ianye ada kena mengena dgn kesan penggunaan harian, memberi kesan kepada kaum hawa & adam, mengawal kelancaran kehidupan secara peribadi,.

Walaupun ketika ianya naik, takde sape boleh turunkan dia, semua kena akur dgn kewujudannya..! Hanya mrk yg kuat dan bersedia sahaje yg akan berjaya hidup dgn tenang..walaupun ianya tetap naik!!   ...


Cuba teka, apa dia...???

Monday, January 2, 2012

KLCC & BungaApi~!

Happy New Year and Welcome 2012...!! 

Memandangkan it's a long weekend celebration ~ sambutan Tahun Baru semalam lebih meriah. Dapat juga kita warga KL sambut sama2, Kat mana lagi kalau bukan di KLCC... Ada konsert katanya. Klu ada konsert so ada la BUNGAPInya~!! Atleast trasa Excited jgk la kannn...wlpn tak berapa minat utk ke KLCC.  For sure SESAK dgn orgramai. !! Isskk x kuasa laaaa....Baik dok rumah tgk kat TV atau tgk dari jauh jer...Anyway - what is NEW YEAR EVE without fireworks.....

Hmmm...like tahun2 lalu, sambutan tahun baru kali ni xde la special mana pn. [dh agak dah ..juz like yesteryears...] Mmg xde apa2 plan nk celebrate. But last minute my kezen ajak lepak rumah baru dia semalam. Agenda mlm tu - BBQ for Uncle's - 31st Dec 2011's birthday. Kita ALL in One celebration~~

Nk jadikan cerita, malam tu , lepas je attending the house warming BBQ at my kezen's , me & my son rushed back home. Kami pn minta diri awal sbb takut nnti Jammed @ KL sbb sambutan tahun baru. From Denai Alam to DUKE highway lebih kurang 45minit. Sampai je kat highway lepas tol - berpuluh2 kereta berhenti tepi jalan utk sama2 dtg tgh FIREWORK. Highway DUKE yg mengadap KLCC tu berubah menjadi seperti suasana d malam raya plak....Mungkin keseronokan bgi org ramai yg berpusu2 membanjiri DUKE semata2 melalui lebuhraya utk tgk bungapi. But for us, watching the firework will alwez the best of ALL but not along the road. BAHAYA~!!
But we had a better idea to celebrate the New Year that nite - drive back safely and worthy to catch the show from our very own Home~!! So we arrived safely juz in time before Midnite. Wlupn dlm perancangan masa drive back tu - Tak nk ketinggalan utk saksikan FIREWORK! Sperti yg diharapkan, bila mana pd detik 12 nanti, sempat sampai di rumah. Syukuralhamdulillah, juz ON TIME to watch the "bungapi" from our home. Facing the venue of the New Year Concert & Celebration held @ KLCC .

Home Sweer Home....And what a splendid view too~!! 

Marvellous !! even for both of Us.....:)

Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012


SELAMAT SAMBUT TAHUN BARU 2012 ~ SYUKUR DGN SEGALA PERISTIWA SEPANJANGAN 2011, SEGALA SUKA DUKA JADIKAN PENGALAMAN YG BERHARGA DAN PEDOMAN UTK SAMA2 MENGHARUNGI KEHIDUPAN DI HADAPAN KITA! MOHON ALLAH KAYAKAN RAHMAT & REZEKI UTK KITA SEMUA, BERKATI KEHIDUPAN KITA DUNIA & AKHIRAT. mohon kemaafan zahir & batin sekira terdapat salah silap, terkasar tutur bahasa,keterlanjuran perbuatan yg disedari maupn tak disedari. Kemaafan yg ku hulurkan ikhlas. Moga kita kekal menjalinkan talian siratulrahim dgn lebih hormat. Salam Sayang utk semua , Salam Tahun Baru ~

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]